Friday, April 25, 2008

Tahanan ISA dibawa ke PRC tanpa pengetahuan keluarga - GMI

Anis Nazri | Foto HarakahDaily
Thu | Apr 24, 08 | 3:01:31 pm MYT


KUALA LUMPUR, 24 April (Hrkh) - Lapan tahanan ISA yang mencecah tempoh tahanan selama hampir atau lebih enam tahun didakwa dibawa ke Pusat Tahanan Reman (PRC) di sekitar Kuala Lumpur, tanpa pengetahuan keluarga mangsa.

ImageTahanan-tahanan tersebut dikatakan dibawa ke PRC sejak 19 April hingga 27 April ini tanpa sebarang sebab dan kemungkinan besar segala soal siasat dijalankan semula ke atas tahanan-tahanan terbabit.

Enam tahanan yang dibawa ke PRC itu ialah Mat Sah Mohd Satray, Abdul Murad Sudin, Mohd Khider Kader, Abdullah Daud, Suhaimi Mokhtar, Sulaiman Suramin, Yazid Sufaat dan Zaini Zakaria.

GMI, dalam kenyataannya hari ini berkata, GMI mengutuk tindakan pihak berkuasa memindah tahanan-tahanan dari Kemta ke PRC di Kuala Lumpur sewenang-wenangnya.

"GMI berpendapat tindakan pemindahan tahanan ke PRC dan soal siasat itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan polis telah diberi 60 hari penuh di bawah Seksyen 73 ISA untuk menjalankan sebarang siasatan apabila tahanan ditahan di bawah ISA. Selepas 60 hari, tahanan seharusnya tidak boleh dipindahkan lagi untuk sebarang penyiasatan mahupun soal siasat," tegas Setiausaha GMI, Nalini E.

ImageKata Nalini, sudah hampir seminggu mereka dibawa ke PRC namun isteri-isteri mereka masih tidak diberitahu tentang ketiadaan mereka dalam Kemta.

Sekaligus dalam keadaan ini, hak keluarga tahanan untuk melawat tahanan sekali setiap minggu juga telah dirampas kerana mereka tidak tahu di mana untuk melawat suami mereka, katanya.

Lebih penting lagi, tegas Nalini, GMI bimbang tahanan sekali lagi didera secara mental and fizikal semasa di PRC, di mana keluarga tahanan tidak diberitahu bila dan tempat penahanan manakala tahanan pula tidak mempunyai sebarang akses kepada keluarga dan peguam.

Sehubungan itu GMI membuat beberapa tuntutan pertamanya, meminta penjelasan daripada pihak polis dan kerajaan sebab-sebab semua tahanan tersebut dipindah keluar dari Kemta ke PRC.

Seterusnya mendesak Suhakam supaya membuat lawatan segera dan melawat tahanan-tahanan itu untuk memastikan mereka berada dalam keadaan baik, sihat dan tidak didera secara mental dan fizikal, dan mengumumkan laporan hasil siasatan.

Dalam pada itu, Nalini turut meminta pihak kem agar memastikan supaya keluarga tahanan diberitahu setiap kali tahanan dipindah keluar dari Kemta dan ke mana tahanan dipindahkan. /wann.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: