Sunday, April 20, 2008

Suruhanjaya Perlantikan Hakim dan Anwar Ibrahim

"Topeng Perak" poji2ya@gmail.com

Posted on Friday, April 18 @ 20:20:44 MYT by greenboc
Artikel Oleh trillion

"a
Berita Harian 18hb.April melaporkan "Badan kehakiman negara memasuki era baru apabila kerajaan malam tadi mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Hakim bagi membantu menilai serta memilih calon menggunakan kaedah yang sistematik dan berwibawa".

"Bagi kebanyakan orang, peristiwa 1988 itu berupa pergolakan dalam sistem kehakiman negara dan ramai yang mempertikaikan prosiding berkaitannya sama ada dari segi kesahihan atau moral. Bagi saya secara peribadi, ia adalah krisis negara yang tidak dapat dipulihkan sepenuhnya.

"Bagaimanapun tidak wajar untuk mengkaji semula keputusan lalu kerana ia akan hanya memanjangkan krisis ini. Justeru, sebagai menghargai sumbangan keenam-enam bekas hakim itu, kerajaan memberi sumbangan ex-gratia meskipun ia tidak sama nilainya dengan jasa yang sudah diberi dan kesengsaraan yang dialami," tegas Abdullah.

 Jadi terbukti selama ini Mahathir memang bersalah memecat Tun Salleh Abas dan hakim2 lain pada tahun 1988
dan terpaksa membayar ex-gratia kepada mereka. Namun peristiwa penyingkiran Dato' Seri Anwar Ibrahim dari dalam kerajaan dan dari jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri sejak 10 tahun yang lalu tidakkah mempunyai ciri yang sama?
Selama 10 tahun itu jugalah masih tiada pembelaan dari kerajaan , enggan meminta maaf ditambah lagi tuduhan demi tuduhan terus dilemparkan kepada Dato Seri Anwar. Tuduhan tanpa bukti seperti liwat, telah dibebaskan oleh Mahkamah. Agen Amerika, agen CIA, agen Yahudi, mana buktinya? Mengapa baru kini kerajaan Abdullah tersedar dari tidur sejak 2004? Apakah setelah dibogelkan oleh rakyat melalui pilihanraya atau mungkin setelah Pakatan Rakyat memerintah dalam tahun ini?

Berapa kali lafaz sumpah Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan lafaz nama Allah menafikan semua tuduhan yang dibuat terhadapnya nampaknya tidak dipedulikan oleh mereka yang mempunyai kepentingan politik BN. Ramai rakyat yang simpati kepada Dato Seri Anwar Ibrahim tetapi ada juga golongan yang buta mata hatinya dan masih mahu membenarkan tuduhan Mahathir . Walaupun jelas terbukti Anwar tidak bersalah, mahkamah
membebaskannya tetapi mengapa fitnah terus timbul?

Adakah kerana Anwar penentang BN dan tidak mahu bersubahat dengan perasuah negara? Mereka yang beriman tentulah menolak Mahathir sebagai saksi yang pernah menghina hukum hudud dan Rasullullah! Sebelum kerajaan Abdullah memimpin parti pembangkang ada baiknya bertindak meminta Mahathir atau kerajaan sendiri memohon maaf secara terbuka kepada Anwar. Sekiranya ini tidak dilakukan tunggulah saat kejatuhan yang paling hampir dan paling hina di mata rakyat!


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: