Tuesday, April 29, 2008

Sumbangan : Saham Akhirat.. Insya Allah.

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com

Assalamualaikum. ......... ..

Lihat web rasmi : http://www.tranungk ite.net/v7/ index.php


Maaf mohon tompang lalu. Jarang masok kat forum ni. Masok ni pun kerana mohon bantuan rakan2 . Kalau boleh tolong forwardkan pada rakan2 yang lain. Sekurang2 nya dapat juga menompang saham walau pun tak keluar duit.


Buat makluman sekolah pondok dan surau Kg Bundung ini adalah "anak angkat TKO" molek lah kita bantu mereka.


Bantuan anda di perlukan untok saham akhirat


Setelah lama tak dengar berita dari rakan2 di Sabah hari baru "terbaca" rayuan dari ustaz sattar. Pondok di Kg Rosok memerlukan bantuan anda untok membiayai pengajian anak2 yang di hantar mengaji pondok di Kelantan dan juga untok membina surau di Kg Bundung.


Sesiapa yang ingin sponsor atau ada rakan2 yang ada duit lebeh nak sponsor boleh lah hubungi ustaz sattar. Nombor akaun bank juga ada di bawah. Anda juga boleh hubungi saya ramlisdar


HP: 0123817845
atau
email: ramlisdar@yahoo. com


Moga Allah memberkati usaha anda. Aminnn


Assalamualaikum semua. Dah lama tak masuk forum ni, lepas sibuk PRU baru ni, sibuk pula ngan tugas harian.


Saya nak maklumkan mengenai pembinaan surau kg. Bundung. Kini dah tinggal pasang bumbung, lantai dan dinding dah siap dipasang. Nanti kalau ada masa saya akan lampirkan bersama foto2 untuk tatapan bersama.


Kami masih lagi mengharapkan sumbangan tuan puan. banyak lagi duit nak pakai ni.


Satu lagi mengenai pusat pendidikan Islam, Kota Belud, setakat ni kami terpaksa tidak ambil pelajar untuk tahun 2008 ni sebab kami ketiadaan guru. Dulu ada dua orang guru yang hanya sanggup berada di sini selama 2 tahun saja, mereka dah tamat tempoh seperti yang dijanjikan. Kami tak dapat cari ganti guru baru.


Kini pondok hanya beroperasi sekali sekala untuk kursus tarbiyah para mahasiswa dan pelajar saja.


Kami juga masih memerlukan sumbangan dari tuan puan untuk membiayai pelajar kamiyang kami hantar ke pondok tahfiz di kelantan. Kami hantar setiap bulan kpd mereka RM1,000 sebulan.


Harap tuan puan masih sudi membantu kami.


Akaun "PUSAT PENDIDIKAN ISLAM FII DZILALIL QURAN" Kota Belud
Bank : Bank Islam Cawangan Kota Kinabalu.
No. Akaun : 10-016-02-021293- 6


Akaun Surau Kg. bundong, Tuaran
Bank : Maybank Berhad
Nama : Surau Al-Bandari Kg. Bundung
No. Akaun : 510107619186


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: