Thursday, April 10, 2008

Sufiah Penting Atau Rakyat Malaysia Lebih Penting

"Pas Johor Bahru" pasjohorbahru@yahoo.com

Seminggu dua ini, negara kita heboh dengan kisah hitam armalah muda bernama Sufiah Yusuf yang satu masa dahulu menggemparkan tanahair kita dan seluruh dunia dengan kemasukan beliau ke Kolej St. Hilda, Universiti Oxford untuk belajar matematik pada usia 13 tahun(1997).
Beliau adalah warganegara Britain dan bukannya warganegara Malaysia, bapa beliau berketurunan Pakistan dan ibu beliau berasal dari Muar, Johor. Sibuklah kerajaan Malaysia ketika itu untuk memberikan biasiswa kepada beliau memandangkan beliau adalah lakaran sejarah dunia akademik suatu ketika dahulu.
Tidak perlulah saya ceritakan panjang lebar kisah hidup lampaunya yang gilang-gemilang. Cukup disini saya ingin mengajak kita semua berfikir apakah kebanggaan & kecemerlangan akedemik seseorang menjadi ukuran yang seseorang itu berjaya dalam hidup.
Ternyata kisah hidup Sufiah adalah testimoni kepada kegagalan manusia yang berusaha mencari kejayaan dunia akhirnya tercebur kelembah kehinaan hidup penuh noda dan dosa.
Kisah hidup beliau yang tragis dibongkar oleh wartawan News Of World yang menyamar sebagai pelanggannya dengan 'membeli' Sufiah dengan harga 130 paun sterling.
Lalu timbullah suara-suara dari sisi rakyat Malaysia yang kononnya prihatin untuk ditubuhkan satu jawatankuasa penyelamat kepada janda muda yang bernama Sufiah.
Sufiah lantas respon, mengatakan yang beliau sangat seronok dengan apa yang beliau kecapi dan nikmati sekarang dan seolahnya memberi isyarat beliau tidak perlu diselamatkan.
Usaha-usaha untuk menyelamatkan beliau dianggap baik dan mulia kerana akidah beliau sebagai seorang Islam adalah fitnah besar kepada semua umat Islam, tetapi apakah hasil besar yang boleh dinikmati oleh rakyat sekiranya wang rakyat digunakan untuk menyelamatkan beliau sedangkan beliau bukan warganegara Malaysia.
Tidakkah dari segi perundangan antarabangsa Malaysia akan berhadapan dengan banyak masalah dan tribulasi. Ada baiknya usaha-usaha menyelamatkan beliau diusahakan oleh saudara-saudara Islam kita disana.
Kita disini pula menumpukan usaha untuk menyelamatkan akidah gadis-gadis anak orang Islam yang terlalu sarat dengan pelbagai kes dan gejala sosial yang seolahnya terlalu sedikit usaha kita untuk menyelamatkan mereka.
Janganlah kita bersikap nyamuk diseberang kita nampak, gajah didepan mata kita buat-buat tak nampak. Akhirnya siapa yang lebih penting dari yang penting-penting. ....

Sumber : Jundullah


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: