Friday, April 4, 2008

Sudah sampai masanya UMNO dibogelkan ............ .....

"r r" alternatif2007@yahoo.com

Tarikh : Thursday, April 03 @ 19:48:51 MYT
Topik : Komentar


aassalamu alaikum

Sudah lebih 50 tahun rakyat malaysia dimomokkan olih UMNO dengan berbagai momokan yang sebahagiannya masih bolih dilihat sehingga ke hari ini. Mengumpat mengeji menghina kononnya kerja pembangkang, tidak berterima kasih kepada kerajaan,tidak mahu berkorban untuk kerajaan, jangan tuduh tanpa bukti dan berbagai bagai lagi. Juga tidak kurang juga momokan mengenai kerjasama pembangkang dalam PR dimana DAP dicop sebagai racist perkauman dan tidak bolih disokong kerana kafir harbi. Itu antara momokan dan retorik yang mempengaruhi rakyat pada ketika UMNO membahagikan harta negara seperti "HARTA BAPAK MEREKA".

Tidak lama dulu UMNO menyerang DSAI dengan berbagai serangan yang mengaibkan. Namun serangan mereka semakin longlai dan DSAI nampaknya menjadi "BADI" kepada ahli UMNO bilamana seorang ketua pemuda mereka diusir keluar dewan hanya kerana menyebut nama DSAI.

Muktakir ini UMNO menghalakan mucung senapang "ROSAK " mereka kepada kerjasama PAS - DAP. Mereka sibuk dengan laungan pakatan dengan kafir harbi dan terus memperlekehkan usaha PAS yang kononnya sudah melupakan negara islam yang diperjuangkan.

Namun segala tindakan dan momokan UMNO ini sudah dapat dibaca,dihidu dan disedari olih sebahaigian rakyat yang telah mula menolak mereka. Lantaran inilah masanya UMNO di"bogel" sehabis habisnya. Hari ini kita mendapat ruang dan peluang yang baik, jadi kita gunakan sebaik baiknya ruang dan peluang yang ada.

Baru sebentar tadi ana membaca pendedahan MB terengganu yang shopping sakan di KLCC di web TKO secara langsung serta masih hangat. Walaupun nampaknya ada yang cuba mempertahankan dia tetapi berita semacam ini bolih dijadikan bahan serangan balas sekaligus membogelkan UMNO. Begitu juga ada sahabat yang menyebut tentang BTN(biro tatanegara). Maka kita wajar memberi fokus kepada aktiviti BTN yang sejak bertahun lamanya menanamkan unsur perkauman. BTN perlu di"BOGEL"kan sedalam dalamnya.

Kita perlu ingat bahawa BTN ialah satu agensi yang dibiayai olih kerajaan atau lebih tepat dibiayai olih rakyat tetapi digunakan UMNO untuk menanamkan rasa benci melayu kepada kaum lain dengan berbagai bagai momokan. Satu penipuan dan penyelewengan bukan sahaja kepada orang melayu tetapi kepada seluruh rakyat malaysia yang membayar cukai. Untuk itu ana menyeru para sahabat yang ada pengalaman dengan BTN ini untuk turut mendedahkan penyelewengan mereka. BTN perlu dibogelkan.

Demikaian juga selama bertahun juga RTM, satu lagi agensi kerajaan menjadi alat UMNO menyebarkan momokan mereka. Sekali lagi RTM juga dibiayai olih rakyat. Maka masanya sudah sampai bagi kita mempertajamkan serangan kita dengan peluang yang ada sekaligus mem"BOGEL"kan RTM.

Kita juga perlu melaporkan apa jua aktiviti orang UMNO yang menyeleweng baik penyelewengan kewangan, kuasa atau juga penyelewengan agama seperti kes murtad IFC dan article 11. Sebarkan kepada rakyat marhain diluar sana,lengkapkan pengetahuan diri dengan mencari maklumat dari sumber yang betul untuk menjadi bekalan kita menyebarkan kepada rakyat marhain. Sebarkan dikedai kopi dimajlis perkahwinan distesen bas dan dimana jua suara kita dapat didengar. Sebarkan dan "BOGEL"kan UMNO.

Kita tidak tahu sama ada kita akan dapat peluang seperti sekarang ini kalau kita abaikan. Sumbangkan setiap tenaga dan kemampuan yang kita ada untuk satu perubahan dan perubahan ini pula menuntut kita mem"BOGEL"kan UMNO sebelum kita dapat menguburkannya. Dan kita jangan ambil peduli dengan tuduhan mengumpat atau mengata kerana kita tahu dan faham UMNO perlu dilenyapkan serta sebagai orang islam kita juga mesti tahu bahawa mengumpat kepada perkara mungkar dan jahat itu diharuskan.

Olih itu dedahkan dan bogelkan segala kejahatan UMNO kepada rakyat. Tak usah takut dengan komen komen sebegini . . . . . . . . . . . . . . . . . . .



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: