Thursday, April 3, 2008

Spekulasi Pak Lah Letak Jawatan

"Pas Johor Bahru" pasjohorbahru@yahoo.com

Spekulasi Pak Lah Letak Jawatan
Abdullah nafi berundur-Tolak spekulasi akan meletakkan jawatan Perdana Menteri itulah tajuk akhbar Utusan Meloya hari ini. Desas desus Pak Lah akan meletakkan jawatan kini semakin bertipu kencang.
Desakan demi desakan yang diterima Pak Lah timbul ekoran gesaan oleh beberapa pemimpin termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang Abdullah patut memikul tanggungjawab bagi prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.
Tidak cukup di akhbar, TV3 melalui Buletin Utama 2 April juga membincangkan perkara yang sama. Pelik dan ajaib bagaimana media arus perdana tanah air milik kerajaan juga boleh 'tumpang semangkuk' memaparkan kisah Pak Lah akan letak jawatan.
Sepanjang Pak Lah menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia Pak Lah adalah seorang pemimpin yang banyak menipu rakyat antaranya:-
Penafian akan berkahwin dengan Jeane Abdullah
Penafian tarikh pembubaran Parlimen Malaysia
Penafian penglibatan anaknya dalam urusan pembekal komponen nuklear melalui anak syarikatnya Scomi
Penafian pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok
Penafian berkenaan anak menantunya Khairy yang menjadi penentu dasar kerajaan.
Dan sebenarnya masih banyak lagi penipuan dan penyelewengan yang boleh disenaraikan disini. Pak Lah menafikan kerajaan pimpinan beliau masih kuat dan beliau tidak terasa tertekan dengan situasi sekarang sangat dicurigai penafiannya.
Beliau sedikit sebanyak mewarisi tradisi pimpinan Umno yang kuat berbohong seperti Tun Dr Mahathir dahulu yang bila ditanyakan tentang masalah kenapa nak tutup sekolah agama rakyat beliau akan memberikan alasan berbeza setiap kali ditanya oleh media seperti SAR ajar benci pemimpin,potensi lahirkan pengganas,SAR terlampau dan daif dan akhir sekali rupanya mereka tak sokong kita(BN).
Pak Lah mengulangi pendiriannya yang beliau tidak akan lari daripada tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri.

"Saya masih di sini. Saya masih di sini. Saya masih di sini. Mereka semua membuat spekulasi. Saya larilah. Saya letak jawatan. Kenapa perlu saya letak jawatan.
Kami pula sebagai rakyat berkata pergiLah,pergiLah, pergiLah wahai Pak Lah...

Sumber : Jundullah


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: