Wednesday, April 9, 2008

Sokong Ambil TINDAKAN Pada TUN MAHATHIR!

"jaga jaga" jagajagala@yahoo.com.my

PAS Kawasan Batu memandang serius dakwaan dengan pendedahan UN Special Rapporteur, Dato' Param Cumaraswamy di dalam akhbar The Star minggu lalu yang mendakwa terdapat tanda-tanda bagaimana Tun Mahathir terlibat dalam memusnahkan sistem kerajaan di Malaysia.

Menurut Setiausaha PAS kawasan, Haji Ismail Yahya ketika dihubungi dakwaan Dato' Param Cumaraswamy amat serius dan ia bukan sahaja membuka perbincangan baru tetapi satu tindakan tegas patut diambil segera terhadap Tun Mahathir.

Dalam kenyataannya kepada The Star itu, jelas menunjukkan bagaimana Tun Mahathir terlibat dalam memusnahkan sistem kerajaan di Malaysia.

Param berkata biarpun hampir keseluruhan rakyat sebulat suara bersetuju bahawa sistem kerajaan telah dicemari dengan amalan rasuah, berdasarkan keputusan pilihan raya umum lalu, kesalahan amalan rasuah ini tidak boleh diletakkan ke atas PM, Abdullah Ahmad Badawi semata-mata .

"Ini kerana, kelemahan yang berlaku di bawah pentadbiran beliau (Abdullah) bukan terjadi dalam masa semalaman, tetapi diwarisi dari pentadbir sebelumnya. Sehubungan itu, Tun Mahathir sewajarnya disalahkan ke atas krisis yang berlaku dalam bidang penghakiman, polis dan BPR," tegas beliau.

Ismail tidak menafikan apa yang telah berlaku selama ini membuktikan betapa gejala rasuah, campurtangan badan kehakiman, kelembapan BPR dalam mengambil tindakan terhadap "jerung-jerung" utama, terangkum dalam dakwaan Param itu.

PAS Kawasan Batu menyokong penuh kenyataan Param untuk menyiasat dakwaan terhadap Tun Mahathir.
Ismail juga menyokong dakwaan-dakwaan Ezam Mohd Noor terhadap Tun Mahathir yang patut diambil tindakan.
"Berdasarkan testimoni bekas Pengarah BPR, Dato' Shafee Yahya, di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Ariffin Jaka dalam perbicaraan kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim pada Jun 2000 seperti yang tertera dalam rekod mahkamah, bahawa terdapat bukti kukuh untuk menyiasat Tun Mahathir kerana salah guna kuasa dan campur tangan dalam badan kehakiman yang dilakukan beliau pada 1998. Sebagai mantan PM, tidak meletakkan beliau 'keistimewaan' untuk terlepas dari hukuman ke atas kesalahan semasa pentadbiran beliau," tegas Ezam.

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: