Saturday, April 19, 2008

Siri Pembohongan Paklah aka Bapa Pembohong Negara

"r r" alternatif2007@yahoo.com

Siri Pembohongan Paklah
Tarikh : Friday, April 18 @ 09:03:12 MYT
Topik : Artikel Pendek




Berdasarkan perkembangan tuntutan Cuepacs, di sini saya ingin menyatakan beberapa siri pembohongan yang dilakukan oleh PakLah. Pembohongan yang dilakukan ini adalah bagi mengaburi mata rakyat bagi meraih undi pada PRU12 yang lepas. Di sini disenaraikan beberapa siri pembohongan yang telah dilakukan oleh PakLah.

  1. Sebelum PRU12, PakLah dan anggota kabinetnya mencanang bahawa ekonomi negara di dalam keadaan yang baik. Walhal, kita sendiri lihat dengan kenaikkan harga barang yang berlaku sekarang adalah menunjukkan bahawa ekonomi kini dalam keadaan tenat.
  2. Bagi menyokong kenyataan yang telah dibuat, PakLah dan kabinetnya dengan terburu - buru mengumumkan 'Koridor Pembangunan' diseluruh negara sehingga budjet bagi melaksanakannya menjangkau trilion ringgit.
  3. Dalam jangkamasa setahun, PakLah telah melancarkan koridornya ini ke serata negara sehingga ke Sabah dan Sarawak.
  4. Pelbagai lagi projek mega yang diumumkan termasuk Projek Jambatan Pulau Pinang Kedua yang akan menelan kos yang besar.
  5. Ketika pembentangan Budjet Negara, ternyata budjet yang dibentangkan merupakan budjet lesu yang menunjukkan lagi kelesuan ekonomi negara.
  6. Kenaikkan harga barang (beras, minyak dsb) disebabkan oleh pihak kerajaan tidak berupaya menyediakan subsidi menunjukkan kelesuan ekonomi era PakLah.
  7. TPM pula mengumumkan bonus kepada peneroka FELDA yang sememangnya secara majoriti merupakan penyokong kuat kerajaan. Ini bagi menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia telah pulih. Di dalam masa yang sama ianya meminta balasan undi yang tidak berbelah bahagi daripada penduduk FELDA. Sedangkan apa yang diterima oleh penduduk kampung biasa yang turut menerima kesan kenaikkan harga barang?
  8. Tuntutan Cuepacs agar pembayaran saguhati sebanyak RM2,000 kepada semua kakitangan kerajaan tanpa mengira gred semenjak tahun lepas. PakLah meminta agar pihak Cuepacs berbincang dengan KSN dan telah memberi 'Lampu Hijau' kononnya kepada KSN.
  9. KSN menyatakan tidak mahu meminta saguhati tersebut kerana malu kepada PakLah setelah kerajaan memberikan kenaikkan gaji kepada kakitangan kerajaan.
  10. Cuepacs membuat rayuan kepada PakLah sebelum pilihanraya. Kenyataan yang dibuat oleh PakLah ialah "Saguhati tersebut masih boleh dibayar selepas pilihanraya. Tidak semestinya sebelum pilihanraya untuk membayarnya. " Satu lagi bentuk penipuan yang diberikan oleh PakLah kepada kakitangan awam bagi meraih undi daripada kakitangan awam seramai lebih 1.2 juta orang.

Daripada rentetan peristiwa penipuan ini, ternyata benarlah kata mantan PM yang masih menginginkan kuasa bahawa PakLah bohong. Apabila dilihat sumbangan yang diberikan oleh warga FELDA, rasanya sudah terlalu cukup apa yang diberikan oleh kerajaan. Penduduk FELDA telah menerima tanah, 'bonus' yang diberikan oleh kerajaan melalui TPM dan sebagainya. Oleh yang demikian, sumbangan kakitangan awam juga harus diambil kira oleh pihak kerajaan.

Tuntutan yang dipertimbangkan oleh PakLah ialah:
  • menaikkan elaun perumahan daripada RM180 sebulan kepada RM230,
  • meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menghapuskan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) untuk kakitangan kumpulan sokongan I dan II (Gred 1 hingga 40),
  • memberikan semula elaun kritikal bagi kumpulan sokongan II yang ditarik balik pada Februari lepas,
  • melanjutkan umur persaraan wajib daripada 56 tahun kepada 60 tahun, dan memperkenalkan kadar pencen mengikut perkhidmatan.

Daripada 4 tuntutan tersebut pula, 3 tuntutan tersebut memihak kepada golongan kakitangan sokongan manakala kakitangan profesional pula tidak menerima kesan yang sangat.

Oleh yang demikian, wajarlah bakal Mantan Perdana Menteri PakLah diberikan gelaran sebagai Bapa Pembohongan oleh rakyat Malaysia.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: