Tuesday, April 15, 2008

Silapnya "Perhimpunan Perpaduan Melayu"

From: Sulaiman Masri


13 April 2008

Silapnya "Perhimpunan Perpaduan Melayu"

Oleh Al-Banjari

Coretan ringkas ini khusus ditujukan kepada Profesor Emeritus Ismail
Hussein, Datuk Haji Hassan Ahmad, ahli panel dan pertubuhan bukan
kerajaan/NGO Melayu yang terlibat dalam Perhimpunan tersebut.

Saya berketurunan Banjar dan Jawa, menjadi Melayu kerana dilahirkan di
Selangor, Malaysia.

Apa pun, syabas diucapkan kepada ahli2 panel, penaja dan peserta
Perhimpunan Perpaduan Melayu. Turut dimaklumi, pada awal Mei
perhimpunan serupa bakal diadakan pula di Johor.

Namun, Tan Sri2/Datuk2/ Datin2/Tuan2/ Puan2 yang terlibat dalam
Perhimpunan tersebut sudah melakukan KESILAPAN BESAR.

Kesilapan besar tersebut kerana tuan2/puan2 terus menerus merayu dan
mengajak agar orang Melayu bersatu dalam Umno.

Lupakah tuan2 dan Puan2, sedangkan Allah pernah melenyapkan beberapa
umat kerana "ingkar" dan sesat walaupun terus diberi peringatan oleh
nabi dan rasul pesuruh Allah? Sekadar menyebut contoh; umat Nabi Nuh, umat Nabi
Lut.

Justeru, jika setelah 50 tahun Umno gagal membantu menaikkan taraf
hidup majoriti orang Melayu, tetapi hanya "mengkayakan" segelintir
pemimpin dan kroni ahli Umno, mengapakah tuan2/puan2 NGO Melayu terus
meminta dan mendesak supaya orang Melayu bersatu kembali dalam Umno?

Silap tu Prof emeritus Ismail, Datuk Hassan, Osman Bakar, atau GPMS.
Tuan2 dan Puan2 NGO Melayu, jangan takbur.

Bukan hanya Umno yang boleh menyatupadukan orang Melayu, hatt
"mengkayakan" orang Melayu. PKR dan Pas, termasuk DAP pun layak.

PKR dan Pas, di Selangor khususnya, yang terbukti mendapat undi
majoriti daripada orang Melayu dalam PRU-12, kini sedang melaksanakan
pelan tindakan untuk memajukan hidup orang Melayu secara adil dan sama
rata.

Tuan2/puan2 penganjur dan peserta Perhimpunan Perpaduan Melayu jangan
terus taksub terhadap Umno yang semakin lemah dan menunggu rebah.
Sedarlah, inilah balasan Allah kepada kalangan pemimpin Umno dan anak
bini serta kroni yang menggunakan Umno untuk kaya raya di dunia.

Justeru, NGO2 Melayu jangan terus memperbodoh orang Melayu (Jawa,
Banjar, Bugis, Kampar, bumiputera suku kaum Sabah dan Sarawak, dsb) agar
terus "bertuankan" Umno hingga kiamat.

Jangan bodoh dan sombong. Memang silap jika terus memuja Umno!

Sebaliknya, tuan2 dan puan2 serta orang Melayu ahli2 Umno, marilah
beramai2 menjadi ahli PKR atau Pas. Insya-Allah tuan2 dan puan2
selamat, bersatu dan menjadi kekal menjadi "tuan" di bumi Malaysia.

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: