Saturday, April 19, 2008

Siapakah Altantuya, Najib, Razak Baginda?

"r r" alternatif2007@yahoo.com


Tarikh : Friday, April 18 @ 15:43:19 MYT
Topik : Analisis Isu


a
Ini adalah merupakan analisis peribadi saya terhadap Altantuya Shariibuu dan hubungannya dengan TPM (Najib) dan Razak baginda. Analisis ini berdasarkan kajian dan pengalaman di dalam bidang berkaitan sebelum ini.

Seperti masyarakat Malaysia sedia maklum, isu Altantuya ini telah menggemparkan negara dan antarabangsa dengan pengiktirafan pembunuhan yang paling kejam pernah berlaku dalam sejarah dimuka bumi Allah ini.

Di dalam tinjauan dan pandangan saya, Altantuya bukanlah seorang model seperti yang digembar gemburkan selama ini. Kita lihat isu yang berkaitan ini:
  • Altantuya dikatakan mempunyai hubungan dengan Abd Razak Baginda yang merupakan penasihat strategi kepada TPM.
  • Perkenalan Abd Razak Baginda dengan Altantuya adalah ketika rundingan pembelian senjata untuk negara.
  • Beliau juga dikatakan pernah berjumpa dengan TPM ketika di luar negara atas urusan pembelian senjata tersebut.
  • Komisyen yang dijanjikan kepada beliau berjumlah ratusan juta.


Bila dikaji dan diamati, mana mungkin seorang model boleh mengadakan hubungan dengan pembesar negara dan penasihat strategi MINDEF untuk menjalankan urusan pembelian senjata? Adakah lojik bila difikirkan seorang model boleh menjadi orang tengah melakukan pembelian senjata bagi sesebuah negara.

Untuk menjalankan urusniaga pembelian senjata, hanya beberapa jenis orang yang boleh melakukannya iaitu:

  • Wakil kerajaan sepeti Panglima Angkatan Tentera, Menteri dan Pengarah - pengarah Jabatan / Kementerian / Agensi tertentu.
  • Agen - agen perisikan seperti Agen perisikan Malaysia, CIA, Russia dan sebagainya.
  • Wakil agensi militan seperti Mafia, Pejuang Pemisah Tamil dan sebagainya untuk pembelian senjata ringan.

Bila dilihat di dalam situasi tersebut, adakah mungkin berlaku syarikat yang membekalkan senjata berat melibatkan kapal selam dan sebagainya menjalankan rundingan dengan seorang model? Ini yang menjadi persoalan dan tanda tanya. Mungkin ramai yang tidak terfikir akan perkara ini.

Ini bermakna kemungkinan Altantuya ini seorang agen perisikan adalah tinggi. Sekiranya ini berlaku, tidak mustahil Altantuya mengetahui dokumen rahsia kerajaan tentang pembelian senjata ini. Ini amatlah merbahaya dan keselamatan negara akan terancam.


Di dalam hal ini, siapakah yang patut dipersalahkan? Orang yang sepatutnya bertanggungjawab ialah Najib dan Razak Baginda. Oleh itu, tuduhan sebelum ini yang menyatakan DSAI adalah agen CIA dan sebagainya adalah semata - mata mengalihkan pandangan rakyat.

Kita lihat pula fakta perihal pembunuhan mendiang Altantuya :
  • Beliau telah dibunuh setelah berjumpa dengan Abd Razak Baginda.
  • Pembunuhan tersebut dikaitkan dengan 2 orang anggota polis UTK Bukit Aman yang ditugaskan dipejabat TPM.
  • Mayat beliau diletupkan menggunakan C4, sejenis bahan letupan yang hanya boleh didapati oleh tentera. TPM adalah juga Menteri Pertahanan.
  • Keterangan saksi pendakwaan yang ada menyebut mendiang Altantuya ini pernah berjumpa dengan seorang pegawai tinggi kerajaan Malaysia ketika beliau bersama Razak Baginda. Orang yang dimaksudkannya ialah Najib.
  • Mendiang Altantuya mempunyai maklumat peribadi yang pelbagai. Ini berdasarkan keterangan awal yang mengatakan beliau Islam dan menggunakan nama Islam.
  • Maklumat imigresen beliau juga tidak dapat dikesan di dalam rekod.

Bagi hal ini, Abd Razak Baginda dan Najib tidak mustahil mempunyai hubungan dengan ramai agen perisikan daripada negara luar berdasarkan status dan jawatannya. Oleh yang demikian, siapakah Altantuya? Sama samalah kita fikirkan.



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: