Tuesday, April 8, 2008

Siapakah ahli UMNO yang akan dipecat Abdullah?

"Topeng Perak" poji2ya@gmail.com

Posted on Tuesday, April 08 @ 08:00:15 MYT by greenboc
Analisis Isu Oleh bktpinang

"Dalam taklimat kepada ketua penerangan UMNO bahagian di seluruh negara (tidak termasuk Sarawak - kerana UMNO belum dapat menembusi Sarawak) hari Ahad lepas, Abdullah begitu kesal kerana laporan dari calon-calon UMNO yang tewas dalam PRU12 yang lalu, teradapa ahli-ahli UMNO yang mensabotaj sehingga UMNO/BN kalah di 14 Kawasan Parlimen dan 22 Kawasan DUN di mana dari cula mereka (biasanya dibuat oleh SB) kawasan-kawasan itu dikategori KAWASAN PUTIH kononnya. Abdullah juga membayangkan tindakan yang akan diambil iaitu memecat keahlian UMNO mereka yang dikatakan mensabotaj itu.

Hari ini pula Najib menyambut saranan Abdullah itu kerana rasa terhutang budi terhadap pengakuan Abdullah yang Najib akan menjadi penggantinya. Najib tersenyum dan gembira betul bila Abdullah sebut dalam sidang akhbar petang semalam. Abdullah yang dibantu oleh menantunya Khairi mungkin sudah siap sedia senarai besar mereka yang akan dipecat nanti.

Siapakah yang sudah termasuk dalam senarai Abdullah itu?

Secara logiknya jika Abdullah mahu pecat mereka yang sabotaj itu, kemungkinan nama-nama tersebut ialah:

1. Tengku Razaleigh Hamzah
- Oleh kerana Razaleigh beria-ria menawarkan diri untuk mencabar Abdullah bagi jawatan Presiden UMNO, sudah semestinya dia akan dipecat dahulu. Ini akan mengurangkan risiko Abdullah dengan harapan jika tiada Razaleigh, tidak akan ada lagi ahli yang berani mencabar jawatan Presiden, dan dengan mudahnya Abdullah akan menang tanpa bertanding. Walaupun Abdullah tahu Razaleigh tidak mempunyai sokongan yang besar dari kalangan perwakilan UMNO, tetapi Abdullah juga khuatir badi PRU12 akan berulang jika ada pertandingan jawatan Presiden kelak.

2. Datuk Mukhriz Mahathir.
- Mukhriz adalah di antara ahli muda yang lantang mendesak Abdullah berundur, dengan kata lain meletakkan jawatan Presiden UMNO dan sekaligus berundur dari jawatan Perdana Menteri. Dengan memecat Mukhriz, Abdullah memberi laluan mudah kepada menantunya untuk dicalonkan jawatan Ketua Pemuda kerana Mukhriz dilihat mempunyai sokongan yang besar dari kalangan pemuda-pemuda UMNO di seluruh negara.

3. Datuk Seri Mohd Khir Toyo
- Khir adalah musuh menantu kesayangan Abdullah, Khairi. Dengan adanya Khir, Khairi tidak akan dapat menjawat sebarang jawatan dalam Pemuda, hatta mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Pemuda kerana sudah Mukhriz dan Khir sudah ada calon mereka untuk mencabar jawatan Timbalan Ketua Pemuda. Ini sangat merisaukan Khairi. Dengan memecat Mukhriz dan Khir, halangan sudah dibersihkan dan mudahlah Khairi menjawat jawatan tertinggi Pemuda UMNO.

4. Tun Dr Mahathir Mohamad
- Sepatutnya Abdullah sudah memecat Mahathir beberapa tahun lepas bila Mahathir menuduh menantu Abdullah, Khairi mengawal dan memberi arahan kepada menteri-menteri kabinet yang lain apa patut dan yang tidak patut dibuat. Mahathir menggambarkan Khairi begitu berkuasa sekali di JPM, sehingga banyak keputusan yang dibuat Abdullah menguntungkan Khairi dan kroni-kroninya. Sekiranya Mahathir dipecat, ahli-ahli UMNO yang cuba mendekati Mahathir akan dianggap pembelot. Dengan cara itu senanglah Abdullah mengenalpasti musuh-musuhnya dalam UMNO.


Dan orang seterusnya.. ., siapa pula?

Saya serahkan kepada pembaca untuk mencarinya."


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: