Wednesday, April 9, 2008

Setelah Gelombang Tsunami, Kapal Umno Hampir Karam

"Pas Johor Bahru" pasjohorbahru@yahoo.com

Semalam Perdana Menteri Malaysia, Pak Lah Badawi bertemu secara berasingan parti-parti komponen di Sabah bagi membincangkan permasalahan parti dan rakyat berikutan tuntutan dari Sabah yang mahukan lebih jawatan Menteri Kabinet Penuh yang akhirnya Pak Lah bersetuju untuk menimbangkannnya bersama Sarawak yang juga menuntut perkara yang serupa tetapi bukan dalam masa yang terdekat.
Kini Pak Lah semakin terhimpit dan tersepit, beliau yang cuba mengkoreksi barisan kabinetnya dengan mengecilkan saiz kabinetnya dengan memansuhkan jawatan Setiausaha Parlimen Kementerian dan mencantumkan semula Kementerian- Kementerian berharap kemelut ini selesai tetapi kini semakin berpanjangan.
Ahad lepas Pak Lah dengan lantang menjawab tuduhan barisan pengkritik-pengkrit iknya yang selama ini dianggap mengganggu pentadbiran 'songsangnya' dimulai dengan Tun Mahathir, Ku Li dan Anwar Ibrahim yang seolah-olah menikam beliau secara serentak walaupun berlainan agenda peribadi dan parti tetapi kelihatannya seperti duduk dibawah satu kem dengan 3 komandan.
Tun Mahathir dituduh perosak parti Umno dan memburukkan lagi keadaan setelah Umno dipukul ribut, Ku Li pula mengambil kesempatan politik demi agenda dan cita-cita peribadinya dan Anwar Ibrahim yang disuruh tunggu kalau mahukan kuasa menjadi Perdana Menteri.
Pak Lah dengan nada sombong terus mengekalkan fiil dan budaya lama, fiil tidak mahu memeriksa kesalahan dan kelemahan secara kolektif, secara rasional, bijak dan cerdik lalu terus mencari kesalahan orang lain, kesalahan pengundi dan kesalahan parti lawan.
Ahli Umno terus disekat dan dinafikan demokrasi yang sebenar dengan dibelenggu undang-undang ketua parti mereka sendiri dan penjilat-penjilat serakah pengampu yang mahukan terus kekal ditampuk kuasa, pada mereka biarlah Pak Lah lemah esok lusa kita ambil alih secara perlahan-lahan sambil mengharapkan ada gurkha yang akan menuntut bela akan nasib mereka.
Anak menantu 'hantu' iaitu Khairy dilihat masih mempunyai pengaruh yang kuat dan tidak boleh dipandang sepi, bagaimana akhbar-akhbar arus perdana masih lagi berani menyiarkan gambarnya seolahnya beliau bakal pemimpin walhal pada PRU ke-12 yang lepas beliaulah yang menjadi subjek utama kebencian rakyat dan penyokong-penyokong Umno yang terasa semakin dipinggirkan.
Umno mesti mengambil contoh untuk bermuhasabah supaya jangan jadi seperti kapal Titanic yang tenggelam dilautan Atlantik pada tahun 1912 gara-gara kapten kapal,pencipta kapal dan orang-orang kaya didalamnya yang tidak percaya kapal sehebat dan sebesar itu dalam sejarah boleh tenggelam begitu sahaja dengan ungkapan sombong mereka Tuhan pun tidak mampu mennegelamkan kapal Titanic.
Pak Lah yang menjadi nakhoda kapal kini semakin tidak tertahan, kelasi-kelasi Umno banyak yang mabuk dan muntah darah, tidak kurang yang terjun kelautan luas gara-gara Khairy yang menjadi penasihat rakus yang melepaskan tikus untuk menggigit kapal.
Ada eloknya juga Pak Lah berkemas untuk pulang ke Kepala Batas kerana disana jawatan tok siak Masjid masih menunggu, itupun kalau ahli kariah mahukan beliau disitu.

Sebelum tinggal sejarah dan tenggelam eloklah ahli-ahli Umno berfikir untuk menyertai Pakatan Rakyat sebelum bencana besar turun dengan halilintar menyambar hangus kamu semua dari peta bumi Malaysia.

Semoga Allah memberikan hidayah kepada orang-orang yang mahu bertaubat dan mengambil pengajaran.. ..AllahuAkbar
Sumber : Jundullah


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: