Tuesday, April 8, 2008

Semakin ramai simpati ADUN PAS, PKR & DAP N.Sembilan

"Topeng Perak" poji2ya@gmail.com

Posted on Tuesday, April 08 @ 15:19:05 MYT by greenboc
Analisis Isu Oleh AMKNS

"a
Pengumuman pemotongan elaun pusat khidmat masyarakat oleh Datuk Seri Mohamad Hassan Menteri Besar Negeri Sembilan pada 2 April 2008 yang lalu dijangka akan menambahkan lagi simpati orang ramai terutama penduduk Negeri Sembilan terhadap wakil rakyat dari PAS, PKR dan DAP di Negeri Sembilan ini.

Dalam kenyataan yang disiarkan dalam akhbar , MB NS dengan jelas menyatakan bahawa elaun untuk membuka pusat khidmat masyarakat oleh wakil rakyat di Negeri Sembilan ini yang diberikan sejak tahun 2004 telah disalahgunakan oleh sesetengah wakil rakyat untuk kepentingan peribadi.

Bukanlah satu langkah yang bijak apabila MB NS mendapati wakil rakyat yang lama apabila telah diketahui mereka telah tidak amanah dibiarkan lepas begitu sahaja tanpa sebarang pendakwaan.

Yang menerima akibatnya ialah 36 orang wakil rakyat yang baru hendak berkhidmat pada tahun 2008 ini yang tiada kena mengena langsung dengan wakil rakyat yang lama.

Dasar berjimat cermat yang tidak kena pada tempatnya akan hanya menambahkan lagi kemarahan orang ramai.

Sekiranya alasan MB NS bahawa wakil rakyat menjadi wakil rakyat secara sukarela untuk membantu rakyat justeru itu tidak perlu mengharapkan wang kerajaan negeri untuk membuka pusat khidmat masyarakat, maka adalah disarankan juga agar imam-imam, ami-amil zakat, kaunselor-kaunselor agar dipotong elaun mereka untuk menjimatkan lagi perbelanjaan kerajaan negeri.

Tidak membeli kereta rasmi baru untuk EXCO boleh dikirakan satu langkah yang bijak untuk berjimat cermat, tetapi memotong elaun untuk membuka pusat khidmat masyarakat ?

Walaubagaimana pun , rata-rata simpati orang ramai pada ketika ini terhadap wakil rakyat Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan ini telah mula mendapat perhatian bukan sahaja penduduk Negeri Sembilan, malahan beberapa individu dari luar Negeri Sembilan hingga ke Jepun telah menyatakan komitmen untuk membantu wakil-wakil rakyat di Negeri Sembilan ini agar perkhidmatan mereka untuk memberikan pembelaan kepada rakyat adalah lebih baik daripada wakil rakyat dari BN

.

Sumber : Pautan"


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: