Monday, April 21, 2008

SAYU mengenang nasib sekolah SRAB Trg.

Posted on Monday, April 21 @ 08:01:56 MYT by SongkokPutih
Artikel Oleh yb_pmn

" Dalam manusia mengejar realiti kecemerlangan akademik anak-anak mereka dlm pelajaran, terdapat juga segelintir ibu bapa yang cemerlang mahu melihat anaknya lebih berjaya di dunia dan akhirat.

Kemenangan PAS 1999 dahulu ketika membentuk kerajaan negeri Terengganu, mereka telah menubuhkan sekolah rendah berlandaskan kepentingan agama yang dinamakan Sekolah Agama Bersepadu (SRAB). Kini ia menanti masa untuk berkubur...

Pendidikan akademik adalah sebagaimana kurikulum di sekolah biasa, SRAB juga mengadakan pelajaran agama yang meliputi al-quran, hafazan, fekah, fardu ain, bahasa arab, tauhid, akhlak, jawi dan lain-lain.

Dengan pendekatan pendidikan berlandaskan agama bermula tahun satu lagi, ia merupakan jawapan kepada semua kemelut masalah soaial yang berlaku berleluasa di negara ini.

Malang sungguh tedapat puak2 yang mendabik dada, yang mengaku memperjuangkan Islam(hadhori) buta mata melihat kepentingan agama kepada bangsanya sendiri.

Bagi mereka, apabila mengekalkan sekolah SRAB, maka BN akan hancur kerana terlampau takut kepada bayang sendiri: Lalu menuduh sekolah itu ditubuhkan semata-mata memberi pelajaran kepada muridnya membenci BeEnd.

Betapa dangkalnya pemikiran golongan ini, golongan yang mana pemimpinnya melaungkan Melayu adalah GLOKAL. Rupanya golongan mereka benar2 golongan hilang akal

Saya yang mempunyai dua org anak di situ begitu terharu melihat bagaimana mereka mampu menghafal hadis dan al-quran, pandai jawi, khatam quran 3 kali setahun, tahun sirah, dan boleh mengenali asas bahasa arab.

Jika mahu dibandingkan dengan pelajar sekolah harian biasa, ianya jauh dari panggang. Biarpun anak-anak kita di sekolah biasa mendapat 5A, namun 5A di SRAB adalah lebih bermanfaat.

Ya Allah, selamatkanlah sekolah SRAB, berikanlah hidayahMu kepada golongan buta agama dan buta hati ini untuk mengekalkan sekolah yang menjadi impian ibu bapa yang mementingkan agama daripada segalanya. Amin!
"


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: