Sunday, April 27, 2008

Sayang semuanya sudah terlambat..............

"r r" alternatif2007@yahoo.com

Keris: Hisham mohon maaf
Muda Mohd Noor | Apr 25, 08 7:48pm

dikemaskini Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammudin Hussein berkata beliau bertanggungjawab dan memohon maaf jika keris Panca Warisan telah menjejaskan undi Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum lalu.

"Saya minta maaf pada orang bukan Melayu kerana telah menakut-nakutkan mereka dan kepada orang Melayu kerana gagal mempertahankan simbol warisan orang Melayu.

umno 2007 pemuda keris 061107 unsheath"Saya bukan angkuh dan sombong yang tidak boleh memohon maaf dari orang lain," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa Pemuda BN di ibu negara hari ini.

Menurutnya, isu keris Panca Warisan dibincangkan secara panjang lebar dalam mesyuarat tersebut.

"Kita boleh luahkan apa sahaja yang hendak diluahkan dan kita tidak akan menuding jari kepada mana-mana pihak, dan dalam masa yang sama, kita tidak ada penafian dalam kejadian yang berlaku," tambahnya.

'Saya pilih parti'

Menurutnya, Pemuda BN telah berfikir panjang selama satu setengah bulan untuk mengenal pasti dan mencari kelemahan sejak pilihanraya lalu.

Beliau menambah, perjuangan membangunkan orang Melayu tetap diteruskan.

"Kita (Pemuda BN) melihat isu ini secara realistik. Cukuplah, kita mahu memandang ke depan. Pemuda BN memasuki paradigma baru.

"Berapa ramaikah orang Melayu yang mempertahankan keris. Ini merupakan persepsi yang wujud. Ini tidak bermakna keris tidak ada.

bn youth meeting at pwtc 250408 05"Saya pikul tanggungjawab itu. Jika kena pilih antara parti dan diri saya, saya pilih parti. Kita faham apa yang telah berlaku dalan senario politik negara.

"Kita tidak mahu tengok ke belakang yang boleh jejaskan pergerakan kita," tambahnya.

Tanding naib presiden

Ditanya sama ada beliau tidak akan menjulang lagi keris dalam perhimpunan agung akan datang, Hisham tidak menjawab dan hanya ketawa.

Sebaliknya beliau berkata, fokusnya adalah mengenai mesyuarat hari ini.

Kemudian seorang lagi wartawan bertanya bagaimanakah beliau hendak bertanding jawatan naib presiden kerana didakwa tidak menunjukkan prestasi baik sebagai ketua Pemuda Umno.

Berikutan itu, Hishammuddin terus bangun dan berkata: "Ok, awak tanya pemuda-pemuda di belakang, adakah saya tidak perform."

Ahli parlimen Sembrong, yang juga menteri pelajaran, kemudian beredar dari situ.

Isnin lalu, Hishammuddin berkata beliau akan mempertimbangkan untuk bertanding jawatan naib presiden Umno pada Disember ini jika mendapat pencalonan dari bahagian.

Source: Malaysiakini

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: