Wednesday, April 16, 2008

Sampai bila Polis mahu jadi barua umno

"r r" alternatif2007@yahoo.com

Tarikh : Tuesday, April 15 @ 14:28:46 MYT
Topik : Artikel Pendek


b
Inilah pertanyaan rakyat kepada polis. Sampai bila kah polis mahu jadi barua umno. Kalau lah kerana mengadakan ceramah tanpa permit maka ugutan mahu tangkap kembali Anwar Ibrahim di keluarkan, kita tak tahu samaada polis ini benar benar tahu mengurus keselamatan negeri atau tidak. Bukan kah pru 12 baru ini sudah jelas menunjukkan bagaimana negara boleh bergoncang dengan suara rakyat dan adakah polis tidak sedar sebarang tindakan tidak profesional akan menimbulkan suasana tegang. Atau mungkin Jaafar Albal anak singa umno sudah mahu mencuba gedebe nya.?


Kata ketua polis KL ""Pada malam ini polis tidak menangkap mana-mana individu, tetapi tangkapan akan dibuat selepas ini bergantung kepada siasatan dan tidak terkecuali terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim jika didapati beliau juga telah melanggar undang-undang semasa perhimpunan itu diadakan," katanya."

Alasan polis hanyalah ,

"Ini kerana ceramah yang diadakan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas dan kehadiran pengikut parti itu turut mendatangkan mudarat kepada orang awam lain dan peniaga pasar malam yang berniaga di sekitar kelab ini.

"Adalah menjadi satu kesalahan mengadakan perhimpunan atau perjumpaan tanpa permit dan Seksyen 27 (3) Akta Polis membolehkan polis memberhentikan mana-mana perhimpunan atau perjumpaan tanpa lesen," katanya.


OMG , kesesakan lalulintas ? Mudarat? Peniaga pasar malam?..Bukankah peniaga pasar malam mendapat untung lebih malam itu kerana menjual karipat dan air gantung oren dan air gantung kelapa. Wakeup polis.

Apa salah nya pada awal lagi dengan secara pro aktif polis mengeluarkan permit untuk perhimpunan di premis tertutup itu. Program itu adalah untuk merayakan satu kezaliman terhadap anwar ibrahim oleh umno dengan kerjasama polis. Ia telah terbukti bahawa anwar tidak bersalah dalam kes liwat. Mengapa polis mahu terus mengancam anwar, isteri dan rakan rakan nya atas kerana mengadakan ucapan tanpa permit.
Perayaan itu selamat dan tidak mengancam keselamatan negara. Tidak ada lalu lintas tersumbat atau suara speaker kuat sehingga kapal terbang jatuh. Namun mengapa ia di katakan menggangu ketenteraman awam. Inilah akta lapuk yang selalu di salah guna oleh umno tahun demi tahun dan rakyat sudah bosan dengan kekangan terhadap kebebasan berfikir yang di rancang oleh umno dan yang di kuatkuasa oleh polis


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: