Saturday, April 12, 2008

Sambutan Black 14 cuba digagalkan.. .

(Pimpinan PR, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)


badrul hisham shaharin wrote:

Friday, April 11, 2008

Sambutan Black 14 cuba digagalkan.. .

Makin ramai yang panik !!! 11.13 malam ketika membuka email badrul_angkatanmuda @yahoo.com kelihatan singgah email dari seorang yang menggunakan nickname 'kadet pencen' dia telah 'foward' email yang beliau perolehi dari yahoogroup [dunia-politik] . Email dari lonelyladies <lonelyladies@ yahoo.com> menyatakan kononya

Berita terbaru, Perhimpunan Black 14 akan ditangguhkan sehingga diberitahu kerana Dato Seri Anwar Ibrahim mempunyai jadual yang padat sepanjang minggu depan. Menurut Angkatan Muda Keadilan (AMK) tarikh baru bagi perhimpunan tersebut akan dimaklumkan kemudian. Bagi pihak Dato Seri Anwar, beliau memohon maaf diatas kelewatan memaklumkan penangguhan perhimpunan tersebut dan segala kesulitan amat dikesali. Setiap maklumat terkini akan diumukan secepat mungkin bagi merialisasikan Perhimpunan Black14 ini.

itu adalah antara usaha 'sengal' mereka - mereka yang dalam ketakutan.

Himpunan Rakyat telah dirancang secara teliti dan baik sekali. Petang tadi mesyuarat jawatankuasa penganjur telah berlansung di Kelab Sultan Sulaiman sendiri dengan dipengerusikan oleh YB Azmin Ali, dihadiri Dato' Salehuddin Hashim (Timbalan Pengarah Program merangkap S/U Agong keADILan), Tenku Maraziyah (bendahari keADILan), Kak Ann (Naib Wanita Pusat),wakil AMK Pusat, wakil AMK W.Persekutuan, wakil AMK Selangor, Zaki Yamani (Setiausaha AMK) dan beberapa teman aktivis reformasi, wakil kelab sendiri selain cheGuBard sendiri.

Banyak diperbincangkan secara serius. Harap semua berjalan licin dan meriah.

Parti juga telah mewajibkan semua ahli parlimen dan ADUN serta pimpinan pusat keADILan untuk hadir malam tersebut. Selain Anwar dan Kak Wan yang pasti hadir, Menteri Besar Selangor dan Timbalan Ketua Menteri P.Pinang juga telah mengesahkan kehadiran.

Arahan kepada peniaga, tempat perniagaan tersedia adalah amat terhad.... sila berhubung dengan penganjur untuk memastikan tempat.

Himpunan sambutan rakyat meraikan pembebasan dan kembalinya Anwar Ibrahim ke persada politik secara sah tanpa sekatan undang undang amat dinantikan. Perhimpunan akan diteruskan seperti yang telah diumumkan, sebarang usaha pengumuman batal ialah usaha jahat yang cuba mensabotaj

Kepada yang datang secara berkumpulan digalakkan membawa banner masej pertubuhan dan kumpulan saudara meraikan peristiwa bersejarah tersebut.

Bagaimana nak pergi ke Kelab Sultan Sulaiman

Ramai yang telefon, sms atau email cheGuBard untuk tahu bagaimana nak ke tapak program 14 April ini. Di atas ialah peta Kelab Sultan Sulaiman. sila klik peta untuk imej lebih jelas.

Walaubagaimanapun untuk mengelakan kesesakan, rakyat diminta menggunakan pengangkutan awam malam tersebut. Bagi pengguna LRT boleh menggunakan stesen Kampung Baru dan berjalan ke arah 'Nasi Lemak Antarabangsa' , sebelum melintasi jalan untuk ke KSS. Jarak berjalan kaki kira kira 250 meter.

Bagi pengguna Monorel sila gunakan stesen Jalan Sultan Ismail (berhampiran Concorde Hotel) berjalan ke arah Kg. Baru - Hotel Renaissance. Jarak berjalan kaki kira 350 meter.

Dari Negeri Sembilan disediakan bas (oleh keADILan Rembau) dengan tambang berpatutan sila hubungi 0123696474 NorAzizi Aziz. Untuk bahagian lain sila berhubung keADILan bahagian tersebut.

Penganjur juga meminta maaf kepada semua peniaga kerana tidak akan ada peniaga yang dibenarkan berniaga di dalam kawasan KSS.

Poster design by AIC





Bara Black14 2008 makin terasa, AIC juga turut design beberapa poster yang cheGuBard nak kongsi sama di sini kerana kelihatan 'cool'..... disamping poster yang jawatankuasa penganjur keluar poster ini juga boleh dicetak dan edar.... himpunan di negeri - negeri sedang dirancang tetapi ayuh penuhkan padang Kampung Baru dulu...
0 comments


lonelyladies <lonelyladies@ yahoo.com> wrote:

Berita terbaru, Perhimpunan Black 14 akan ditangguhkan sehingga
diberitahu kerana Dato Seri Anwar Ibrahim mempunyai jadual yang padat
sepanjang minggu depan. Menurut Angkatan Muda Keadilan (AMK) tarikh
baru bagi perhimpunan tersebut akan dimaklumkan kemudian. Bagi pihak
Dato Seri Anwar, beliau memohon maaf diatas kelewatan memaklumkan
penangguhan perhimpunan tersebut dan segala kesulitan amat dikesali.
Setiap maklumat terkini akan diumukan secepat mungkin bagi
merialisasikan Perhimpunan Black14 ini.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: