Monday, April 28, 2008

Saat-saat berakhirnya Dinasti Pak Lah / Abdullah�s last stand

(Pimpinan PR, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)

Warisan

Saat-saat berakhirnya Dinasti Pak Lah

"Dakwaan Anwar Bukan Cakap Kosong" kata Ku Li

Hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mengambil alih pentadiran negara dalam masa beberapa bulan akan datang tidak mustahil dan boleh menjadi kenyataan, kata Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata ini kerana memang ada kemungkinan anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) "menyeberang" ke pihak Pembangkang.

"Ini bukan cakap main-main, tak boleh kata ini tak boleh berlaku. Orang di Sabah tak begitu kuat rasa kecintaannya terhadap Umno, tak macam kita di sini yang lahir dan membesar dalam Umno dan segala benda yang kita sentuh ada kaitan dengan Umno.

"Saya juga tengok kebanyakan Anggota Parlimen yang terpilih adalah orang kuat (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dulu dan mereka masih berhubung rapat dengan Anwar," katanya semasa sesi pertemuan dengan anggota Umno dari cawangan-cawangan sekitar Subang Jaya di sini hari ini.

Anggota Parlimen Gua Musang itu juga yakin Anwar serius dengan hasratnya mahu mengambil alih kerajaan. "Tadi kebetulan semasa datang ke sini saya naik satu kapal terbang dengan beliau dan saya tanya beliau sendiri, dan beliau kata beliau serius," katanya.

Tengku Razaleigh berkata berdasarkan kepada faktor-faktor itu, pemimpin BN wajar mengambil serius kenyataan Anwar kerana dengan hanya 30 kerusi Parlimen, kerajaan BN boleh tumbang.

"Jangan fikir kita boleh terus berkuasa. Kena ambil tindakan tegas untuk atasi masalah ini," katanya yang turut melahirkan kebimbangan dengan sikap pemimpin BN sekarang berhubung isu itu.

Mengulas lanjut perkara itu kepada pemberita kemudian, beliau berpandangan pemimpin BN sekarang bersikap seolah-olah pengambilalihan kuasa oleh pembangkang tidak akan berlaku.Ditanya mengenai keyakinannya bahawa terdapat kemungkinan Anggota Parlimen dari Sabah menyertai PKR, Tengku Razaleigh berkata keyakinan itu berdasarkan "suara-suara" dari negeri itu yang antara lain mengatakan bahawa mereka masih kurang senang dengan keadaan sekarang.

"Daripada apa yang saya dengar, mereka tidak mendapat apa yang mereka minta, misalnya lebih banyak perwakilan, maka perkara ini perlu diselesaikan, " katanya.

Kepada soalan lain, Tengku Razaleigh berkata beliau akan tetap bertanding jawatan presiden Umno sekalipun ketika pemilihan parti pada Disember nanti, jawatan itu telah dipegang oleh orang lain."Kalau saya diberi mandat saya akan bertanding," katanya sambil menambah setakat ini hasrat beliau disambut baik oleh kebanyakan bahagian Umno.




anilnetto.com

Abdullah�s last stand

In the Battle of the Little Bighorn in 1876, a hopelessly outnumbered General Custer, along with his Seventh Cavalry of the United States Army, was defeated by a combined Lakota-Northern Cheyenne force. Custer and his forces were outnumbered at least three to one. When the end came, it was swift, the final battle lasting only 30 minutes to an hour.

As Abdullah Badawi surveys the formidable gathering forces - Anwar and the Pakatan Rakyat, Tengku Razaleigh and Mukhriz, Mahathir and Najib - on the terrain around him, he could be forgiven for wanting to dig in deep and come out fighting with a slew of reforms. Why, even Hishamuddin has apologised!

But these reforms are likely to be too little too late. For one thing, he has not delivered where it matters most. Think of the yet-to-be-formed Independent Police Complaints and Misconduct Commission, a truly independent judiciary, a fearlessly independent Election Commission, the release of the Hindraf and other ISA detainees and the repeal of repressive laws such as the ISA, the Printing Presses and Publications Act and the Universities and University Colleges Act.

The only real question now is how long he can last.

Abdullah�s second-chance reform drive
By Anil Netto

PENANG - Malaysian Prime Minister Abdullah Badawi has mounted a rearguard fight to salvage his leadership in the face of a poor electoral showing and formidable challenges to his rule, both from within and outside his United Malays Nasional Organization (UMNO) party.



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: