Tuesday, April 15, 2008

RUPA-RUPA UMNO DI BELAKANG PROJEK BABI

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com

Posted on Monday, April 14 @ 15:54:48 MYT by greenboc
Artikel Pilihan Oleh sripetaling

"a
Tidak disangka lansung..harapkan padi,padi makan pagar, rupanya diantara orang yang paling lantang bersuara merupakan dalang dan pemain utama dibelakang projek babi di Selangor. Sungguh memalukan apabila Malaysiakini mendedahkan melalui lidah salah seorang pemimpin MCA yang menyatakan sebenarnya seorang wakil rakyat Umno berada dibelakang isu babi dimana yang terlibat dalam penternakan isu babi di Selangor adalah syarikat bumiputra (Di mana kah nilai agama sykt bumiputra ini yang sanggup menggadaikan prinsip agama semata-mata untuk keuntungan didunia). Jom kita ikuti petikan dari Malaysiakini :


"Syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno "di belakangnya" , kata seorang pemimpin MCA.


Syarikat tersebut, yang terlibat dalam satu usahasama, bercadang menggunakan wang - dilaporkan menelan belanja RM100 juta - daripada sumber-sumber dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).


Mendedahkan perkara itu kepada satu sidang media hujung minggu lalu, ketua biro pertanian tradisi MCA Datuk Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera itu berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut.


Akhbar The Sun hari ini yang mengutip laporan The Oriental Daily kelmarin menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Datuk Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut.


Karim antara pemimpin Umno yang lantang menyuarakan isu itu di akhbar-akhbar berbahasa Melayu minggu lepas. Sementara ketua kampung itu turut menyertai bantahan projek tersebut di depan bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam.


Dr Lee berkata beliau mengetahui segala-galanya tentang projek tersebut "seperti tapak tangannya sendiri" kerana terlibat sendiri dengan semua mesyuarat berhubung perkara tersebut."


AllahuAkbar. .kebenaran akhirnya terserlah dan kebatilan terhapus...Allahu Akbar!!!


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: