Wednesday, April 16, 2008

Rumah & Kemiskinan: Jln-Jln Hari Buruh: Tazkirah Utk Semua II

NYFHM - the below is a continuation to Jln-Jln Hari Buruh: Tazkirah Utk Semua


Zul,
Mu panggil ambo yb yb ni....tak kan panggil saja kot; bak mai la elaun nya sama...:-))

Sebenarnya zul, rumah ni kadang-kadang boleh melambangkan kekayaan dan kadang-kadang tak melambangkan apa-apa pun.

Misalnya, berapa ramai drpd kita yg punya rumah teres 1000x ganda lebih selesa drpd rumah Pak Mat, tapi apakah ianya boleh
melambangkan yg kita ni senang, kaya dan mewah, sedangkan realitinya tiap-tiap hujung bulan kita dok bergelut antara belanja
makan anak-anak isteri dan juga 1001 makneka hutang yg nak kena diselesaikan.

Mungkin kaya kot, tapi kaya dalam hutang..:-))

Berbalik kpd kisah Pak Mat ni; selalunya org kita ni kalau kita bicara soal kemiskinan mereka akan kata, di Malaysia ni tak ada org yg fakir/miskin melainkan orang tu pemalas, tak logik miskin melainkan org tu Malas!

Sedangkan realitinya depa x tau; miskin kaya ni bukan kerja kita; itu kerja Allah SWT.
DIA jadikan org miskin sebagai satu ujian kpd org yg x miskin (mcm kita kot) nak tengok sama ada kita nak bantu atau tidak,
itu saja - kalau kita bantu dapat pahala, x bantu x dapat apa. Mcm gak tabung bergerak kat masjid hari jumaat tu, kalau
kita boh masuk 50 sen masuk ke dalam tabung tu kita dpt pahala, kalau x boh terus tolak pi kat member sebelah pun x pa,
x jadi apa. Mcm tu jugak analoginya kisah pak mat ni, mcm tabung bergerak tu jugak, kalau kita pi sedekah kat dia beras
sekampit dpt lah pahala, x sedekah pun x pa.

Ada pun pasal bab Pemalas ni; Pak Mat x malas, cumanya perjalanan takdir hidup beliau kerja buat Illahi ini menyaksikan
penghujung usia beliau berakhir dlm keadaan itu. Beliau asal org Kuala Nerang, dulu-dulu ada banyak tanah pusaka, kemudian
ada org pi putar belit mcm mana entah jual habis tanah pusaka org tua dia tu, dpt dlm RM40,000 tapi pi bagi kat dia RM1000 saja.

Dengan berbekalkan wang seribu tu beliau merantau ke belah sini; buat kerja mcm-mcm, last2 jadi full time ambik upah panjat pokok petai di hutan-hutan sekitar kupang. Panjat pi panjat mai, sedar sedar dah tua, x kawin kawin lagi sebab nama pun panjat petai, berapa sgt yg dapat x cukup nak minang anak org.

Dan, dalam dok panjat naik panjat turun pokok petai demi pokok petai tu, mungkin berserabut sebab life yg x menentu tu kot, lalu sekali tu pak mat hilang konsentrasi, terus terjatuh pokok petai, patah kaki.

Dengan patahnya kaki pak mat tu, maka patahlah punca rezekinya; dan mungkin x keterlaluan kalau kita katakan hatinya pun terpatah sama. Tanpa punca rezeki yg kukuh pak mat membawa diri lagi; last-last sekarang ni menumpang di rumah peninggalan entah sapa-sapa nun jauh di kaki rimba. Punya lah jauh nak pi situ kena lalu 2 titi kecik batang kayu dan kaw bendang terbiar di kaki hutan.

Hari ni pak mat meneruskan hidup tanpa mengharapkan simpati sapa-sapa; kalau sungguh pak mat malas/gila/bodo dsg, maka pastinya pagi2 pak mat tak kan bangun pi noreh getah pokok org kat situ amik upah dpt dua tiga ringgit sehari kemudian menapak keluar pi kedai beli ikan temenung 2 ekor bawa balik masak kat bawah rumah x serupa rumah tu.

Pak Mat tak pernah minta dijadikan pengakhiran hidupnya seperti ini!

Bagi saya, suatu hari nanti Pak Mat akan mati dan kita semua juga akan mati; semuanya akan masuk dlm kubur.
Masing2 akan melalui jalan masing-masing. Cuma baguihnya untuk kita, org-org mcm Pak Mat sedikit sebanyak
membantu mempermudahkan liku-liku perjalanan kita di Sana - kalau kita tau caranya!

Last sekali, berbalik kpd topik email ini Rumah & Kemiskinan; ada satu rumah yg akan kita lawati 1 hb Mei ini, rumah abg Zul di Bakai.

Lihatlah rumahnya, nampak hebat. Tapi, cuba masuk dlm, boleh lihat reput sana sini kecuali sedikit kawasan kecil bersimen untuk Abg Zul yg BUTA ini (95% x nampak) membesarkan ENAM org anak-anaknya. Isterinya x bekerja, lalu mengharapkan simpati dan sedekah rakan dan jiran-jiran shj. Cuba lihat rumah Abg Zul yg disertakan ini: ini pun kisah lama juga, asal keturunannya saya dipahamkan berketurunan Panglima zaman dulu-dulu (sebab tu rumah pusaka ini nampak hebat) tapi Abg Zul ditakdirkan KELAM (95% buta), jadi apa yg mampu beliau lakukan di kg di ulu pedalaman ni? kalau nak main muzik nak cari makan di kota, sapalah yg nak dengar beliau main muzik di kg dalam-dalam ni? lalu beliau terpaksa pasrah dgn ketentuan Illahi. Rumah pusaka ni mungkin nampak hebat, tapi gah di luar dlmnya boleh tgk sendiri dlm gambar yg disertakan ni. Rumah ini dari luarnya tak melambangkan realiti hidup org yg di dalamnya!

Okeylah Zul, cukup takat tu kisah Rumah & Kemiskinan.

Moga ada iktibarnya untuk semua.

wsl

From: Zouls Ent. [mailto:zoulsent@ streamyx. com]
Sent: Wednesday, April 16, 2008 3:00 AM
To: warga_kilang@ yahoogroups. com

sungguh sedih lagi pilu rasanya melihat keadaan pak mat ni. rasanya ni kedaefan paling teruk yg yb monier siarkan. rasanya sblm ni tak pernah lagi tengok rumah seteruk ni di siar wk.
----- Original Message -----

Saja nak celah,
Ini gambar Pak Mat masak atas tanah - dari lensa kamera Wahab.
wsl


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

2 comments:

cahaya said...

saya sedang dalam cadangan untuk membuat thesis pasal kemiskinan luar bandar kat jajahan pasir putih klantan, kalau sesiapa nak kongsi maklumat boleh jugak.

cakapaje said...

cahaya,

Saya cadangkan anda hubungi: monier_matdin@ yahoo.com dan baca Jln-Jln Hari Buruh: Tazkirah Utk Semua yang terdapat di beberapa posting sebelum ini.