Wednesday, April 16, 2008

RM27 juta untuk Selangor hangus / ADUN BN diarah kemuka laporan bajet

(Pimpinan PR, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)


RM27 juta untuk Selangor hangus dalam masa 50 hari
Harakahdaily
Tue | Apr 15, 08 | 3:43:43 pm MYT
KLANG, 15 April (Hrkh) - 54 Adun Barisan Nasional (BN) dalam pentadbiran dahulu membelanjakan peruntukan tahunan sebanyak RM27 juta bagi 2008 hanya dalam masa 50 hari daripada permulaan tahun itu, kata Exco Selangor, Ronnie Liu.

"Amat mengejutkan dan sukar dipercayai apabila para exco mendapati peruntukan tahunan sebanyak RM500,000 seorang yang bertujuan untuk memperbaiki jalan raya dan longkang telah habis digunakan dalam bulan Februari," katanya.

Katanya, kerajaan negeri akan meminta penjelasan daripada 36 bekas Adun BN dan 18 yang lain yang masih mengekalkan kerusinya tentang bagaimana peruntukan tersebut digunakan.

Ronnie Liu, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kajian dan Penyelidikan Kerajaan Tempatan, berkata demikian kepada wartawan selepas melakukan lawatan ke Majlis Perbandaran Klang, semalam.

Katanya, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil keputusan minggu lepas untuk mendapatkan penjelasan daripada Adun terbabit sebagai tanggung jawab.

"Kesemua surat kepada Adun terbabit akan dihantar dalam masa seminggu dan mereka perlu menjelaskan dengan terperinci bagaimana wang tersebut digunakan dan siapa kontraktor yang terbabit melakukan kerja-kerja berkenaan," katanya.

"Kami tidak berpuas hati dengan cara peruntukan itu digunakan. Kami ingin tahu bagaimana wang pembayar cukai itu dihabiskan. tapi buat masa ini kami tidak membuat sebarang spekulasi tentang bagaimana wang itu digunakan, kita tunggu penjelasan mereka," katanya.

Ronnie berkata, ekoran itu Adun dalam pentadbiran sekarang terpaksa memohon peruntukan baru untuk kegunaan mereka.

"Kami akan memperkanalkan satu sistem di mana setiap sen akan diteliti. Matlamat kami supaya semuanya berjalan secara telus dan rakyat boleh menyemak perbelanjaan kerajaan," katanya.





Global Media Channel
ADUN BN diarah kemuka laporan bajet


Written by Sinarharian
Tuesday, 15 April 2008
KLANG - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) termasuk yang telah tewas dalam Pilihanraya Umum Ke 12 lalu diarah untuk mengemukakan laporan perbelanjaan peruntukan sebanyak RM500,000 yang telah diberikan melalui bajet tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri, Ronnie Liu berkata, arahan berkenaan dikeluarkan setelah mendapati ada di kalangan ADUN terbabit didakwa telah menghabiskan peruntukan berkenaan hanya dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

“Kerajaan negeri ketika ini tidak berpuas hati dengan situasi tersebut kerana adalah tidak munasabah peruntukan yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) habis digunakan dalam tempoh yang begitu singkat.

“Kita mahukan laporan lengkap daripada mereka dalam tempoh masa yang telah ditetapkan kerana berdasarkan penelitian, didapati tiada sebarang pembangunan atau program dijalankan di kawasan mereka dalam tempoh tersebut,” jelasnya demikian selepas menghadiri perjumpaan ADUN-ADUN kawasan Parlimen Klang bersama Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Klang (MPK), Mislan Tugiu, di sini, semalam.

Ketika ditanya tentang ADUN yang dimaksudkan itu, Ronnie bagaimanapun tidak menyatakan ADUN yang dimaksudkan itu dan hanya menunggu laporan daripada semua ADUN BN itu.

“Malah, berlaku ketidakadilan dalam pimpinan Kerajaan negeri terdahulu kerana tiada sebarang peruntukan yang sama diberikan kepada ADUN Sungai Pinang dan Sekinchan kerana meraka adalah dari parti DAP yang menjadi pembangkang di Selangor pada penggal lalu.”

Turut hadir dalam perjumpaan itu ialah ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah dan ADUN Sungai Pinang, Teng Chang Khim.

Sementara itu, Ronnie ketika ditanya sama ada ADUN BN akan menerima peruntukan dalam belanjawan negeri pada tahun hadapan berkata, ia bergantung kepada laporan serta jawapan daripada ADUN berkenaan.

“Sebarang keputusan sama ada peruntukan yang sama akan diberikan kepada ADUN BN tahun depan, bergantung kepada bagaimana ADUN tersebut menyalurkan peruntukannya pada tahun ini.

“Saya tidak mahu buat sebarang spekulasi mengenai perkara ini lagi kerana kita masih belum menerima sebarang laporan daripada ADUN berkenaan,” ujarnya.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: