Monday, April 21, 2008

Re: Sijil Halal...JAKIM ke HDC?

"mohd pijoe" mohdpijoe@yahoo.com

mmg pun ...HDC tu bawah khairy jamaluddin.. .staff JAKIM diberi option utk berenti dari kerajaan dan pindah ke HDC dgn gaji yang lebih lumayan...staff2 JAKIm pun terpinga2 ngan keputusan ini...skrg dengar cerita depa takde kerja dah..semua permohonan kat JAKIM freeze..
HDC ni merupakan syarikat sendirian berhad yg dapat suntikan dari kementerian kewangan..lebih kurang bunyi macam GLC gak lah...pasni leh bayang tak untuk satu permohonan sijil halal berapa harganya...untuk company besar leh la..untuk IKS org melayu aper cerita???
bagaimanapun masih takleh rampas kuasa negeri dalam halal..sbb hal ehwal agama islam kuasa mutlak negeri...so masih ada tempat untuk IKS melayu mengadu mohon pada negeri masing2...
selama ni pun JAKIM buat pensijilan halal atas dasar pentadbiran. ..

"Yazid, Md" <yazid@ti.com> wrote:
Assalammualaikum, asyik cite pasal babi jer..jom tengok ni plak.. Busines anak beranak pak lah lagi ke.. L. Sila komen pro and kontra..JAKIM tak berkuasa sepenuhnya nya lagi?
Quote:

HDC keluar sijil halal antarabangsa 2008
KUALA LUMPUR 29 Nov.- Halal Industry Development Corporation (HDC) akan mengambil alih tugas pensijilan produk halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mulai tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Forum Halal Dunia, Khairy Jamaluddin berkata, bagaimanapun, pengambilalihan tugas tersebut hanya akan melibatkan produk terutamanya makanan, kosmetik dan farmaseutikal di peringkat antarabangsa.

“Jakim masih melakukan pensijilan bagi produk-produk domestik. Kita mahu produk halal di negara ini disahkan dengan lebih berkesan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Persidangan Kemajuan Penyelidikan Dalam Sains Halal di sini hari ini.
wassalam


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: