Thursday, April 10, 2008

Re: [melayucyber] PAS parti lalang – cakap tak serupa bikin betul la. Macam ular lidah bercabang…

"g_joy" zul_sz@yahoo.com.sg

Lain kali dapatkan maklumat sahih baru boleh buat penilaian... jangan dok terima je berita yg diterima tanpa buat penilaian...

Ini ladang babi punya cerita...
Cetak E-mail
Oleh Agendaselangor. com
Khamis, 10 April 2008
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengambil keputusan meneruskan cadangan projek penternakan babi moden di Ladang Tumbuk, Mukim Batu, Sepang kerana urusan pengambilan tanah bagi tujuan itu sudah dibuat kerajaan negeri sebelum ini.

Selain itu, projek tersebut tidak membabitkan wang kerajaan negeri dan kos RM100 juta yang dinyatakan sebelum ini hanya anggaran pelaburan dibuat pengusaha ternakan itu atau pihak bakal menyediakan pusat berkenaan.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata projek penternakan babi moden itu adalah bagi memenuhi permintaan rakyat Selangor selain mengurangkan bilangannya.
Difahamkan, ada kira-kira 400,000 ekor babi diternak di seluruh Selangor dengan lebih kurang 300,000 di Tanjung Sepat, Sepang.

Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat Exco di sini hari ini, Abdul Khalid berkata, keputusan meneruskan projek ladang babi moden itu adalah keputusan munasabah dan perlu bagi penyelesaian isu pencemaran air sungai berpunca ladang-ladang ternakan babi.
Beliau percaya, rakyat Selangor faham keadaan ini dan mahu kerajaan negeri mengambil tindakan wajar mengelak ancaman pencemaran berterusan jika penternakan babi tidak dipusatkan di satu lokasi.

Abdul Khalid berkata kerajaan Selangor terdahulu, sudah mengambil keputusan untuk "menimbang dan meluluskan" pengambilan tanah seluas 134.84 hektar di Mukim Batu Kuala Langat bagi tujuan berkenaan di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah 1960. Beliau berkata secara prinsipnya projek itu telah diluluskan dan proses pengambilan tanah sedang berjalan.

Menurut Abdul Khalid, penternak yang beroperasi di pusat moden ini akan diberikan insentif kerajaan negeri bagi memajukan bidang lain di tapak ternakan asal. Selain itu, kerajaan negeri Pakatan Rakyat turut akan menumpukan bagi bidang pemodenan pertanian dan penternakan lain dengan cadangan menyediakan pusat seumpama itu bagi ternakan lembu, kambing atau ayam.

Sementara itu bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dalam sidang akhbar di sini hari ini, berkata keputusan yang dibuat oleh exco di bawah pimpinannya pada 30 Jan 2008 itu adalah keputusan awal.

Beliau berkata semua keputusan kerajaan negeri semasa kerajaan pimpinannya hanya boleh dilaksana setelah mendapat ulasan teknikal dan pandangan umum dan perkara itu belum dibuat untuk projek ladang babi itu.

Dr Mohamad Khir berkata projek ladang babi yang diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional itu bersaiz kecil iaitu cukup untuk memenuhi permintaan negeri Selangor sahaja.
Katanta, keperluan semasa daging babi di Selangor hanya sekadar 250,000 ekor.

Kerajaan Negeri Selangor hari ini ingin menjelaskan kelulusan projek ternakan babi moden yang akan dilaksanakan di Ladang Tumbuk, Mukim Batu, Kuala Langat yang kini hangat diperkatakan.

BERITA BERKAITAN
Kenyataan penuh Tan Sri Khalid Ibrahim
Merujuk kepada Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada 30 Januari 2008 lalu, mesyuarat telah mengambil Kertas EXCO-MTES No : 9/2/2008 dan mengambil keputusan untuk menimbang dan meluluskan pengambilan tanah seluas 337.09 ekar di Mukim Batu, Kuala Langat untuk tujuan Modern Pig Farming di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Balik Tanah 1960.

Mesyuarat juga memutuskan bahawa Pentadbir Tanah dan Daerah Kuala Langat diminta menyegerakan urusan pengambilan balik tanah tersebut. Segala pembiayaan kos pengambilan balik tanah tersebut akan dibiayai oleh syarikat swasta dan disalurkan kepada UPEN Selangor.


reformkite wrote: PAS parti lalang â€" cakap tak serupa bikin betul la. Macam ular lidah
bercabang…!!!!!!!!!!!! !!!!!

Heboh…heboh…apabila parti yang memperjuangkan Islam tiba-tiba beralih
arah dan kenyataan. Lepas satu perkara, timbul pula perkara baru.
Parti ini nampaknya suka sangat mencari publisiti murahan dan
mengeluarkan kenyataan yang boleh memakan diri mereka sendiri. Agaknya
inilah cara mereka. MATLAMAT MENGHALALKAN CARA…!!!! Boleh melakukan
apa cara apa saja demi kelangsungan survivor masa depan politik mereka
agar sentiasa bertahan. Macam lalang. HAMPAS kelapa betullah.

Baru-baru ni, ana terbaca artikel yang menyatakan bahawa PAS menyokong
keputusan kerajaan Selangor melaksanakan projek ternakan BABI @
KHINZIR. Dengar katanya projek ternakan khinzir berkelompok tersebut
bernilai RM 100 juta dan akan di bina di sepang, Selangor. Orang-orang
PAS ni pula kata orang Islam tidak berhak menghalang bukan Islam
menternak dan memakan daging khinzir ni. Apa cerita ni. Dulu masa isu
babi di Melaka merekalah orang pertama yang memainkan isu ni. Kata
UMNO Melaka melindungi penternak lah, membenarkan pemeliharaan babi ni
dan macam-macam lagi. Tapi sekarang ni kau orang pula yang
menjadi orang pertama menyokong penuh cadangan kerajaan Selangor.

Fikir-fikirkanlah. ..Selaku parti yang memperjuangkan Islam, tak kan
lah sanggup menipu orang ramai. Takkanlah sanggup menjadi munafik demi
memastikan parti mereka terus hidup. Menyesal betul ana menyokong
parti ni masa piliharaya tempohari. Kenyataan yang pernah dibuat satu
ketika dulu, tiba-tiba berubah sekelip mata. Ini ke parti yang
kononnya mampu mendukung perjuangan Islam tapi dalam masa yang sama
menipu rakyat marhean. UMPAMA LALANG. Mengikut saja arah angin
bertiup. Tak pernah nak tetap pendirian.

Wahai rakyat Malaysia terutamanya rakyat Selangor..bukalah
mata..bukalah minda..renungilah diri anda..Ini kah parti yang kita
sokong dan pilih selama ini. Parti yang kita percaya memberi
kesejahteraan untuk anda. Inilah p arti yang hanya akan hidup demi
kepentingan mereka sendiri. Sudah terbukti mereka hanya sanggup
menggadaikan maruah dan perjuangan parti. Mereka mengikut sapa saja
demi masa depan politik mereka. Perjuangan yang tidak pernah ikhlas.
Hanya hendak mendapatkan jawatan memerintah.. ...

Bila jari menaip...!!!

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: