Monday, April 21, 2008

re: Kempen GMI / Tamadun manusia halalkan Akta KDN dan Teluk Guantanamo?

(Pimpinan PR, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)

Artikel di bawah harus di baca bersama berita Kempen GMI yang dihantar pada hari Jumaat. Sedikit pembetulan pada link berita, ianya sepatutnya seperti berikut: NoISA atau http://petitiononli ne.com/NoISA/ petition. html.

Diharap pembaca budiman dapat bersama menurunkan tandatangan sebagai sokongan dalam usaha untuk menghapuskan akta yang kejam ini. Semoga artikel di bawah dapat memberi penerangan yang lebih jelas. Terima kasih,





Tamadun manusia halalkan Akta KDN dan Teluk Guantanamo?
Shirzad Lifeboat
Fri | Apr 18, 08 | 3:37:46 pm MYT
AKTA Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Akta KDN) adalah satu undang-undang yang pelik di negara ini dan mungkin juga dalam dunia bertamadun.

Akta ini adalah merupakan susulan kepada Emergency Regulation Ordinance 1948 (Ordinan Darurat) yang digubal oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya di bawah Federation of Malaya Order in Council 1948, yang merupakan instrumen pemerintahan kerajaan British di Malaya selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari sehinggalah Malaysia (Malaya ketika itu) mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Jika tahun 1948 dianggap sebagai bermulanya penguatkuasaan undang-undang seperti ini, maka bermakna undang-undang bersabit peruntukan penahanan tanpa perbicaraan ini telah berkuat kuasa selama 60 tahun � dari zaman Darurat, sehinggalah zaman pra-Darurat apabila kerajaan (menerusi Parlimen yang dikuasai Umno-Perikatan, kini Umno-BN) meluluskan Akta KDN pada tahun 1960 dan seterusnya sehingga termaktunya Perjanjian Haatyai pada 2 Disember 1989 yang merintis jalan bagi pembubaran Parti Komunis Malaya.

Pada tahun 1960 itu, apabila Rang Undang-undang meminda Perlembagaan bagi membolehkan Parlimen meluluskan undang-undang yang membenarkan kerajaan menguatkuasakan penahanan tanpa perbicaraan menerusi penggubalan Akta KDN, ramai ahli-ahli Parlimen ketika itu membantah.

Berucap di dalam Majlis Perundangan Persekutan (Federal Legislative Council) ketika Ahli Yang Berhormat dari PAS, Dato' Raja Abu Hanifah menyelar kerajaan (Laporan akhbar China Press 24 April 1960):

"PAS adalah sebuah pertubuhan anti-komunis. Rang Undang-undang bagi meminda Perlembagaan secara realitinya adalah ditujukan kepada parti pembangkang dengan alasan memerangi anasir subversif. Saya masih ingat bagaimana Umno dalam Mesyuarat Tahunannya telah meluluskan satu resolusi untuk menghalang PAS daripada menggunakan lambang bulan sabit sebagai logo parti. Ini jelas menunjukkan betapa kerajaan pemerintah mahu menekan pembangkang. "

Akhbar yang sama turut melaporkan ucapan seorang lagi Ahli Yang Berhormat Majlis Perundangan Persekutuan (Datuk Profesor) Zulkifli Mahmud, turut memperkukuhkan hujah Abu Hanifah, "Kita menentang Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan bukan kerana kita menyokong Komunis."

(Tan Sri) D.R. Seenivasagam dari Parti Progresif Rakyat pula menekankan betapa mereka yang mendraf Perlembagaan adalah pakar perundangan antarabangsa terkemuka dan amat menyedari tentang wujudnya anasir subversif Komunis yang aktif di Malaya dan dengan yang demikian mengekalkan perkara mengenai kuasa Darurat tanpa perlu meluluskan peruntukan untuk penahanan tanpa perbicaraan. Katanya:

"Sekiranya kerajaan Persekutuan berhasrat untuk menghapuskan anasir subversif, maka kerajaan hendaklah terlebih dahulu mencari sebab wujudnya elemen subversif tersebut. Kerajaan Persekutuan perlu membatalkan sekatan ke atas kebebasan bersuara."

Bagi Ahli Majlis dari parti kerajaan, alasan bagi menjustifikasi perlunya diadakan pindaan berkenaan adalah cukup mudah. Menteri Dalam Negeri ketika itu, Dato' Sulaiman Abdul Rahman menyifatkan, "...sesiapa sahaja yang menentang Rang Undang-undang (berkenaan) adalah dianggap sebagai penyokong Parti Kommunis. Bukan itu sahaja, bahkan dikira sebagai menerima ideology Komunis."

Menteri Kewangan pada ketika ketika yang juga merupakan Pengerusi MCA, (Tun) Tan Siew Sin pula mengatakan, "Mereka yang membangkang Rang Undang-undang Pindaan adalah anti-nasional, dan dengan demikian merupakan golongan yang bersimpati terhadap Komunis."

Sepanjang Rang Undang-Undang Akta KDN dibentangkan lebih daripada 40 orang Ahli dari parti kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian dalam perbahasan yang hangat. Akhirnya apabila Rang Undang-undang berkenaan, mereka yang mengundi menyokong kelulusannya termasuklah Dato' Onn Jaafar dari Parti Negara dan tiga orang Ahli Bebas selain daripada Ahli-Ahli parti kerajaan.

Begitulah ringkasnya senario yang membumbui kelahiran Akta KDN. Sungguhpun keperluan menentang apa juga yang boleh dianggap dan ditakrifkan sebagai anasir subversif, adalah perlu bagi menyekat penindoktrinasian ideologi komunisme, namun peruntukan menahan seseorang tanpa bicara sudah tentulah bertentangan perkara Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Universal Declaration of Human Rights yang menyatakan bahawa setiap adalah sama sahaja di sisi undang-undang.

Dalam Islam sekalipun, kesamaan undang-undang dan hak membela diri ini dinyatakan secara eksplisit dalam Quran dalam banyak ayat dan juga hadis Rasulullah s.a.w.

Misalnya dalam a-Nisa� ayat 59 Allah berfirman yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, taatilah kamu kepada Allah, taatilah kamu kepada Rasul dan Ulil Amri (wali, penjaga, ketua dan pemerintah) di kalangan kamu, sekiranya kamu berselisih pendapat dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu merujuk Allah (al-Quran) dan Rasul (al-Sunnah) sekiranya kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat��

Dan antara hadis yang membayangkan hal kesamarataan manusia serta hak membela diri ini adalah seperti yang diriwayatkan oleh Bukhairi dan Muslim:

"Tiada ketaatan dalam keadaan maksiat kepada Allah, ketaatan hanyalah dalam perkara makruf"

Antara asas terpenting Islam ialah kemanusiaan. Malah inilah antara asas Islam yang dilihat terpenting oleh orang bukan Islam.

Dr. Abu al Faed dalam satu wawancaranya dengan Jurnal Islam Indonesia mengenai soal kemanusiaan dalam Islam turut menyebut sebuah buku yang ditulis Arfaq bin Nas pada Abad ke-3 Hijrah yang menghuraikan situasi apabila berlaku pertelingkahan tentang hukum atau undang-undang maka yang perlu dipilih adalah hukum yang paling menghampiri dengan kemanusiaan.

Dalam zaman yang lebih moden dan dengan melihat gambaran lebih besar tentang pemikiran Islam ini, George Maqdisi, penulis buku The Rise of Humanism in Islam menjadikan tema kemanusian dalam Islam ini sebagai tema utama buku beliau.

Begitulah penting kemanusiaan dan hak membela diri yang diberikan penekanan dalam undang-undang.

Malah sekiranya soal kemanusiaan dalam Islam ini tidak dijadikan sandaran sekalipun, boleh dikatakan semua negara yang dianggap sebagai bertamadun menggubalkan undang-undang negara mereka menurut prinsip kemanusiaan bersandarkan hak asasi manusia, kesamaan di mata undang-undang dan hak membela diri apabila dituduhkan melakukan pelanggaran mana-mana undang-undang yang dikuatkuasakan di negara masing-masing.

Sekiranya orang bukan Islam menghargai kemanusiaan dalam Islam dan negara-negara yang Islam bukan agama rasminya menghormati kemanusian dan hak asasi manusia dalam menggubal undang-undang mereka, maka mengapakah Malaysia, sebuah negara di mana Islam menjadi agama rasminya dan dipimpin oleh orang Islam enggan menghormati ajaran Islam dalam soal ini.

Sungguhpun hari ini, slogan Islam Hadhari (yang turut diberikan puji-pujian oleh pelbagai profesor dan cerdik pandai Islam di Malaysia) semacam mengalami kematian tidak semena-mena (sudden death), namun prinsip kemanusian dan keserataan dalam undang-undang yang begitu Islamik ini tidak mendapat sebarang cahaya baru.

Mungkin Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri begitu gembira dengan pujian yang diberikan oleh Presiden George Bush mengenai Islam Hadhari pada Sidang Kemuncak APEC 2007. Dalam pertemuan diplomatik ringkas itu Bush mengatakan kononnya idea Islam Hadhari boleh membantu dalam memerangi keganasan.

Berdasarkan dasar luar Amerika di bawah pentadbirannya, tidak mustahil Bush sedang mencari satu formula bagaimana peruntukan seperti yang terkandung dalam Akta KDN Malaysia boleh digunakan atas nama memerangi keganasan golongan militan Islam yang menjadikan negara Amerika sebagai sasaran selepas peristiwa 9/11.

Namun sehingga hari ini formula tersebut masih belum wujud kerana menerusi 10 pindaan pertama Perlembagaan Amerika Syarikat yang juga dikenali sebagai Bill of Rights, yang menjadi asas kepada perundangan negara tersebut antara lain "melarang Kerajaan Persekutuan dari menafikan kehidupan seseorang, kebebasan dan harta benda tanpa proses perundangan yang sepatutnya (perbicaraan) ."

Tidak mustahil di atas sebab inilah sejak tahun 2002, kerajaan Amerika di bawah pentadbiran George W. Bush (mula menjadi Presiden pada Januari 2001) menggunakan Pengkalan Tentera Laut Amerika di Teluk Guantanamo, Cuba sebagai penjara tentera. Perlu juga dinyatakan di sini bahawa inilah satu-satunya pengkalan udara Amerika Syarikat yang terletak di sebuah negara di mana Amerika Syarikat tidak mempunyai hubungan diplomatik dan kerajaan Cuba sendiri menganggap ia sebagai satu penempatan haram dan melanggar Perkara 52 1969 Vienna Convention on the Law of Treaties.

Tidak ada banyak perbezaan di antara mereka yang ditahan di Malaysia di bawah Akta KDN. Penyiksaan bersifat tidak berperi kemanusiaan berlaku sewaktu soal-siasat sebagai yang diceritakan oleh bekas tahanan. Tidak ada had terhadap tempoh tahanan � penahanan 60 hari, dua tahun, dua tahun selanjutnya, satu tempoh selanjutnya menurut budi bicara mereka yang berkuasa. Tidak ada hak membela diri sebagaimana yang digambarkan oleh wartawan Nicholas M. Horrock dan Anwar Iqbal dalam majalah Mother Jones edisi Januari/Februari 2004:

"At Guantanamo Bay Naval Base, Cuba, where 660 "enemy combatants" from 42 countries are being held in legal limbo�charged with no crime yet regularly interrogated, unable to talk with lawyers nor even aware that the U.S. Supreme Court is about to consider their plight�the building of detention blocks and interrogation centers continues."

Dan terpenting, ia melucutkan status tahanan kepada kurang daripada seorang manusia. - mns



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: