Sunday, April 27, 2008

Polis: bila pencen mula sakit geletar?

hati saya geram bila mengenangkan busuk dan buruknya perangai polis, SB, Pak Lah dan Mahathir. Oleh itu ingin saya ceritakan perkara ini.

Seorang jiran saya, bekas top 5 polis bukit aman, baru saja pencen tidak lebih dari 2 tahun. Apabila pencen, terus keluar Toyota Harrier baru. Selang beberapa bulan keluar pula semua mercedes baru sport. Well, org pencen kerajaan, boleh mampu harrier yg 300 ribu dan mercedes 300-400 ribu. Duduk rumah yang dibeli dengan harga 450 ribu kira kira 7 tahun dahulu.

Tidak sampai 2 tahun, kini dikatakan sakit, menggigil menggeletar tangan nya. Hati saya berkata, mungkin masa mudanya seronok pukul orang. Cuma sekarang dah tua umur dalam 57. Hati saya tidak mengatakan padan muka, tapi hati saya mengaitkan apa yang dilakukan olehnya dimasa muda. Dosa dengan Allah mudah diampunkan, dosa dgn manusia belum tahu.

Saya pernah mengatakan kepada seorang pegawai polis semasa satu demo di hotel berhampiran putrajaya. Saya katakan "jangan rasa kuat sangat, esok tuan akan pencen". Saya juga mengatakan kepada seorang SB di Kuala Pilah dimalam pengiraan pilihanraya, "Jangan rasa hebat sangat, nanti tuan akan pencen. Hidup jangan menyusahkan orang".

Dan saya ingin mengingatkan SB SB yg menjadi petualang negara.... "Anda akan pencen, jangan terasa hebat sangat. Kiamat dunia boleh datang lebih awal dari kiamat hakiki". Jika anda ada ahli keluarga yg menjadi polis terutamanya cawangan khas, janganlah terperanjat mereka ini mempunyai 2 muka. Satu muka baik melampau, satu muka ganas keterlaluan. Mungkin nampak baik dengan ibubapa, tapi dimasa yang sama menampar menerajang membogelkan orang. Hina hidup jika berkelakuan demikian. Tidak tenteram hidup dengan keadaan begitu.

Sebulan lalu, jam 1-2pagi, dalam masa seminggu 2 kali polis ampang membuat roadblock dengan M16 tersedia, semasa saya menaiki jalan bukit untuk pulang kerumah. Saya geram kerana kalau nak serbu indonesia, then serbu lah betul betul diatas bukit tersebut. Yang roadblock selang dua hari pada malam buta begini buat apa! Untuk kali kedua, saya bertanya kepada yg menahan saya "Tuan, cari apa sebenarnya?" Mungkin dia tersentak bila orang bertanya demikian. Alhamdulillah dah sebulan tak ada, mungkin group polis cari makan itu terasa tercabar bila ditanya demikian. Cuma hati saya takut, saya pula dibunuh polis dan kes ditutup kerana perkara demikian boleh berlaku.

Begitulah agaknya polis malaysia. Yang jujur terlalu sedikit. Yang seronok memukul orang, ramai. Yang buat assasination pun ada. Yang sibuk cari duit lebih pun ramai. Yang angkat tilam pun boleh jadi ketua polis. Yang sibuk tunjuk tough macam Ketua polis KL supaya dapat segera naik pangkat, pun ada...
Polis oh polis... Kau penjaga keamanan negara, tapi perangai tak ubah macam ......


hamdy 013 3696712 www.rancanghidup. blogspot. com
Penulis Buku Baru Terbit: RancangHidup RancangWang

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: