Tuesday, April 8, 2008

Perhimpunan khas 'Black 14' Isnin ini - Badrul

"Topeng Perak" poji2ya@gmail.com

M Khaleel Kas
Tue | Apr 08, 08 | 5:01:35 pm MYT

KUALA LUMPUR, 8 April (Hrkh) - Seluruh rakyat dijemput ke Perhimpunan Rakyat dan 'Count Down' sempena Black 14 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di ibu negara pada 14 April depan.


Menurut daripada laporan blog peribadi Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan, Badrul Hisham Shaharin, perhimpunan "Countdown dari Black 14 ke arah kemenangan rakyat" itu diadakan bagi menandakan berakhirnya larangan selama lima tahun terhadap Anwar untuk aktif dalam politik.


Larangan itu dikena selepas beliau disabitkan hukuman terhadap tuduhan salah guna kuasa sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri. Hukuman itu dijatuhkan pada 2003.


Tambah Badrul, 'Black 14' dikenang setiap tahun sebagai peristiwa hitam negara.


"Tetapi 14 April 2008 bakal disambut dengan berbeza sekali kerana 14 April 2008 bukan lagi gelita. Ia sudah mula diterangi cahaya.


"Tanggal 15 April, udara di Malaysia akan berbeza kerana wira rakyat Anwar Ibrahim bakal melangkah masuk ke arus perdana politik negara secara sah.


"Seluruh rakyat dijemput untuk bersama dalam perhimpunan khas countdown rakyat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada jam 8.45 malam 14 April depan," katanya lagi.


Dalam majlis tersebut dijangkakan Anwar akan menyampaikan ucapan sulung selepas pilihan raya, selain ucapan barisan pemimpin utama Pakatan Rakyat dalam mengimbau kenangan perjuangan rakyat.


Selain itu, satu tayangan video khas 'Dari Black14 ke arah kemenangan rakyat' dan pameran khas juga akan diadakan. - mks.



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: