Thursday, April 10, 2008

Penipuan dalam pasaran bawang goreng -benarkah?

"Ummu Waheedah" assakynah@yahoo.com

Tuesday, July 31, 2007

Penipuan dalam pasaran bawang goreng

Saya telah memperolehi satu rahsia baru dalam penghasilan bawang goreng yang berada dipasaran. Terdapat segelintir pengeluar bawang goreng yang menghasilkan bawang goreng dengan mencampurkan straw plastik minuman semasa menghasilkan bawang goreng !.

Tujuan straw ini dicampurkan adalah supaya bawang goreng rangup dan tahan lama !. Oleh itu bawang goreng ini dapat dijual dengan harga yang murah dipasaran.

Rahsia mereka ialah, mereka ini akan beli straw plastik jernih ataupun warna putih. Kemudian ianya dipotong halus kemudian digoreng bersama bawang mentah yang telah dihiris halus. Straw plastik akan cair seterusnya, akan melekat pada bawang goreng dan memberikan rasa rangup !.

Oleh itu, berhati - hati dalam pembelian bawang goreng. Cadangan saya adalah beli bawang goreng jenama Agromas yang dipasarakan oleh FAMA sebuah agensi kerajaan. Ini merupakan bawang goreng tulin yang dibuat hasil campuran bawang goreng dan tepung beras.

Plastik straw ini amat bahaya pada kesihatan kita !.Oleh itu berhati-hati dalam membeli bawang goreng dipasaran !
sumber:http: //cariduit2. blogspot. com/2007/ 07/penipuan- dalam-pasaran- bawang-goreng. html
--- In al-Falaah@yahoogrou ps.com, Zain Almuhaasib
wrote:

ana suka bawang goren..wangi. .yg goreng sendiri..bukan yg dlm paket
dijual dipasar tu..kata peniaga pasarborong. .bawang goreng itu keras
kerana digoreng sama dgn straw plastik...pasal tu ia tahan lama x
lembik2. Berbeza dgn bawang goreng buatan sendiri x tahan
lama.....wallahu' alam




*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: