Friday, April 4, 2008

Pendapat Ikhlas ku Untuk BN / Kerajaan PR perlu tubuh badan Hisbah

(Pimpinan BA, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)

From: MoNI
Sent: Thursday, April 03, 2008 5:21 PM


Hari ke hari , tulisan ke tulisan , peristwa ke peristwa , berita ke berita ..makin kita lihat apa yang berlaku sekarang nampaknya sangat menampakkan akan New Book of Malaysia kata Prof Diraja Ungku Aziz ..it is not new chapter ...New Book di ulang lagi oleh Pak Ungku..
Melihat sejarah Malaysia yang baru 50 tahun , kita tidak menyangka rupanya perubahan tetap berlaku meskipun sudah beribu kali kita di tanam dengan slogan hanya BN yang boleh memerintah . Apa faktor menyebabkan ia berlaku , sudah banyak di ulas oleh penulis-penulis pengkaji pengkaji , bukan sorang dua ..bahkan di kaji oleh di komen oleh 27 Juta Rakyat Malaysia ...semua rakyat 27 juta sudah pandai menjadi pengkaji hari ini .
Sejak akhir-akhir ini juga dunia koperat di war-war kan rebranding ..penjenamaan semula .. yang baik di sebut penjelmaan semula ...tapi sebab bunyi nya macam mahluk makhluk halus maka bahasa ini tidak di gunakan.
Maka MIC dah mula nak buat rebranding , umno sibuk nak reformasi , MCA hingga Presiden nya tak mahu jawatan kabinet , Gerakan dah makin garang belasah umno semua nya kalut belaka . Tapi umno tak pulak sebut nak rebranding nie ...pada aku elok lah semua nie buat rebranding . Tak kira lah nak menjelma semula ..atau nak menjenamakan semula tak kira lah mana yang sesuai asal kan jangan buat perangai lama .
Ada satu tulisan dan banyak juga pendapat kita patutnya ke arah sistem 2 parti , macam Liberal dan Demokrat di luar negara tu , banyak negara maju Jepun US dan lain-lain buat sistem itu , dan ini ramai orang tahu . 2 Parti ni saling bertukar , kan ker bagus ...hari nie hang dapat jawatan hang tak buat kerja ..aku tukar dia pulak ...dia pulak kalut , aku tukar hang pulak ...yang untung kan rakyat dapat yang terbaik ..ini tidak dapat 50 tahun ..baik ker tidak 50 tahun , buat apa pun dia saja ...so sekarang tanda 50 tahun tu hampir dan Insya Allah akan tamat.
Jadi aku mencadangkan BN nie tukar lah nama ..rebranding ..percaya lah pada CEO CEO yang buat rebranding nie ...atau pilihan nya bungkus terus dan tak akan muncul tinggal sejarah saja . Pakatan Rakyat nie masih baru , tak sampai pun 2 bulan maka harapan , semangat , komitmen masih tinggi . dan belum teruji kemampuan kecuali lah dah 2-3 tahun . yang baik nya kalau di beri peluang 10 tahun , 2 penggal maka akan nampak kesan nya .
Aku bukan apa kesiyan lah tengok BN nie , kalut tambah kalut , macam nak pupus pulak . Walaupun aku suka BN pupus sebab perangai nya , aku tetap mahu ada tukang check pada yang baru nie Pakatan Rakyat ..almaklumlah manusia bila dah mempunyai kuasa , akan di uji , bila duit depa mata , kuasa ada , maka kena ada orang tukang tengok ..so hasil nya kita buat lah macam negara maju tu tukar-tukar ...bukan ker kita nie nak maju ..??...
Jadi BN tukar lah nama , MIC tukar nama , MCA tukar nama , Umno pun sama tukar nama , jangan lah kempen pembangunan lagi , jangan lah kempen yang merapu macam dulu , menipu merampok macam dulu , tukar lah sikit-sikit ya lah , kalau dah imej perampok , kena masuk jel dulu , bila keluar jel .. jual lah goreng pisang , lepas tu rajin-rajin ke surau , rajin-rajin buat kerja amal lepas tu tunjukkan ikhlas bertaubat , slow slow naik baik buat benda baik ... kalau dah macam tu nanti ...buat lah gagasan baru , lawan balik , lawan dengan gentleman lah , sementara SPR dah di betulkan , aku sangat lah suka , kalau tukar-tukar sebab aku akan dapat yang terbaik.
Cuma itu lah ....yang aku tak pasti kalau dah perangai tu 50 tahun berapa tahun lah pulak di perlukan untuk pulih jadi betul-betul baik , kalau ikut umur manusia 50 tahun nie alamat nya tak sempat pulih , dah tak ada kederat dan menunggu masa mati dan pupus terus.
Nota : Dr Khir Toyo , Shahidan Kasim , Idris Jusoh tu kalau tak ada kerja baca lah tulisan aku nie �





Kerajaan PR perlu tubuh badan Hisbah
Abdul Halim Mohd Rashid
Wed | Apr 02, 08 | 7:28:02 pm MYT
KUALA LUMPUR, 2 April (Hrkh) - Semua kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang memerintah lima negeri mesti menubuhkan badan Hisbah untuk memastikan ketelusan yang disandarkan kepada sistem yang dipercayai, kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar.

"Bukan pengisytiharan harta Exco-exco sahaja yang boleh meningkatkan keyakinan umum terhadap kerajaan-kerajaan tersebut, tetapi yang lebih penting lagi ialah kepada siapa harta diisytiharkan dan adakah perisytiharan itu disiasat oleh badan yang bebas," kata beliau ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim tentang keputusan untuk mengisytiharkan harta Menteri Besar serta Exco-exco kerajaan negeri itu serta keluarga mereka.

Beliau berharap badan tersebut yang dipanggil ombudsman oleh umum akan ditubuhkan dengan segera oleh kelima-lima kerajaan negeri yang berkaitan.

"Kita tidak mempersoalkan kejujuran sesiapa. Tetapi hukum alam seolah-olah menetapkan kejujuran sahaja tanpa sistem yang memelihara kejujuran itu boleh menyebabkan individu-individu yang jujur juga terperangkap dengan situasi yang mereka hadapi," jelas Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Sebab itulah, satu sistem yang memelihara dan memastikan kejujuran individu yang berkaitan mesti diwujudkan melalui badan hisbah tersebut.

"Dengan adanya badan hisbah, Menteri Besar, Exco-Exco dan pegawai-pegawai kerajaan boleh mengisytiharkan harta mereka kepada badan itu.

"Bukan setakat isytihar sahaja, tetapi boleh disiasat jika badan itu berpendapat ada keraguan yang mesti dijelaskan dan seterusnya mengambil tindakan susulan," katanya.

Jika harta-harta diisytiharkan kepada Menteri Besar sahaja, katanya, ia tidak memadai untuk dilhat sebagai ketelusan yang selama ini dituntut oleh rakyat.

"Kita jangan lupa, rakyat mengundi kita kerana sudah jemu dengan janji-janji yang tidak ditunaikan oleh Barisan Nasional (BN).

"Mereka bertindak mengundi PR kerana mengharapkan ketelusan dan satu anjakan dalam pengendalian kuasa yang mereka amanahkan.

"Kita mesti buktikan bahawa tindakan mereka itu berbaloi. Worth it," kata Mahfuz.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: