Wednesday, April 2, 2008

Pemuda dihalau, bangkit isu Anwar / sanggupkah Adun Umno Perak sertai PAS?

(Pimpinan BA, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)

Malaysiakini
Pemuda dihalau, bangkit isu Anwar
Fathi Aris Omar | Apr 1, 08 2:23pm
kemaskini 5:38pm Seorang ketua pemuda Umno dihalau keluar dari forum anjuran kumpulan penyokong parti ketika beliau cuba membangkitkan persoalan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

mahathir khir toyo kmu forum 010408 01Belum sempat menghabiskan pertanyaannya, Hasnizan Adham (foto kanan) disorak kuat sehingga gagal bersuara lagi di tengah-tengah laungan "keluar, keluar".

Pemimpin peringkat cawangan itu terus dibawa ke luar kawasan hotel tersebut, tempat berlangsung forum yang melibatkan tokoh-tokoh popular Umno - ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan exco Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir.

Forum bertajuk 'Umno Pasca Pilihanraya ke-12: Satu Penilaian', anjuran MyKmu.net disusuli ucapan dan sesi soal-jawab dengan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Turut serta sebagai pembicara, ketua penerangan Umno Johor, Datuk Dr Mohd Fuad Zarkashi.

Kira-kira 1,000 penyokong parti itu menyertainya - termasuk 300 di luar dewan dan lobi hotel.

Suasana tidak menentu dan hingar-bingar selama beberapa minit sehingga peserta-peserta yang berang dengan soalan itu, termasuk menjerit-jerit dan memaki hamun, berjaya ditenangkan.

Pihak penganjur yang kesal dengan kejadian itu berkata jika keadaan semakin buruk, mereka tidak akan menganjurkan lagi program seumpama itu pada masa depan.

Suasana tegang mula kedengaran sewaktu sewaktu Dr Mohd Khir memberikan jawapannya, mengulas isu-isu di Selangor.

mahathir khir toyo kmu forum 010408 02Walaupun tidak jelas maksud sebenar persoalan yang cuba dibangkitkan Hasnizan (foto kiri: beliau dibawa keluar), dipercayai beliau cuba mengulas dan bertanya isu yang dibangkitkan oleh bekas menteri besar Selangor itu ketika menganalisis ketewasan Umno.

Dr Mohd Khir berkata Umno dan BN mengalami krisis dan pertukaran kepemimpinan dalam tempoh 10 tahun sekali, bermula kekalahan teruk pada 1969 dan rusuhan kaum.

"Akibat kekalahan itu, kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk membantu ekonomi khususnya orang Melayu," katanya.

Umno juga, tambahnya, membuat pertukaran kepemimpinan pada 1981 selepas krisis politik hujung 1970-an, dan kemudian diikuti pertembungan kumpulan Tengku Razaleigh Hamzah dengan presiden waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad pada hujung 1980-an.

Krisis dalam Umno muncul lagi, kata Dr Mohd Khir, pemecatan timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 dan kemunculan gerakan reformasi dan kini parti itu berdepan krisis susulan ketewasan mengejut dan besar-besaran dalam pilihanraya umum lalu.

"Formula mana yang kita mahu guna? Formula 1969 atau formula 1999?" katanya lagi.

Dalam pilihanraya 1999, BN mengalami kekalahan teruk apabila Terengganu jatuh ke tangan PAS dan parti itu mula membuka langkahnya ke Perak, Pahang, Perlis dan Selangor.

Dalam sesi soal jawab, Dr Mohd Khir sendiri diganggu oleh peserta sehingga beliau menyebut beliau tahu ada percubaan pihak tertentu cuba merosakkan majlis tersebut.

Nama Anwar juga muncul sewaktu Dr Mohd Fuad menceritakan pengalaman Dr Mahathir cuba menganalisis ketewasan Umno pada pilihanraya umum ke-10.

Menurut ahli parlimen Batu Pahat itu, bekas presiden Umno memanggil mesyuarat tertutup yang dihadiri sekumpulan kecil pemimpin atasan dari setiap negeri, termasuk beliau sendiri, dan membentangkan pandangannya.

Katanya, Dr Mahathir mengakui secara jujur bahawa bekas timbalannya itu menjadi faktor utama kemerosotan teruk undi Umno, selain parti itu kehilangan pengaruh dari kalangan pengundi muda, kakitangan kerajaan dan ulama.





Demi ketuanan Melayu, sanggupkah Adun Umno Perak sertai PAS?
Mat Zain Mat Isa
Tue | Apr 01, 08 | 12:01:58 pm MYT
Tak pasal-pasal PAS pula yang dipersalahkan di atas kekurangan jumlah Exco berbangsa Melayu yang dibentuk kerajaan Perak, Sabtu lalu. Pelbagai pihak seakan berpakat menggambarkan betapa keadaan itu wujud disebabkan orang Melayu telah tersalah memberi kepercayaan kepada parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-12 bulan lalu. Sejauh manakah rasionalnya dakwaan itu?

Barisan 10 Exco Kerajaan Negeri Perak telah mengangkat sumpah jawatan masing-masing di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, 29 Mac. �

Mengikut pembahagian parti, DAP memperolehi enam kerusi Exco, diikuti Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiga dan PAS hanya satu. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang, Ir Mohamed Nizar Jamaluddin yang mewakili PAS bagaimana pun telah dilantik sebagai Menteri Besar minggu lalu. �

Ertinya, dalam kesebelasan utama peneraju negeri Perak (termasuk Menteri Besar), komposisinya mengikut parti ialah DAP 6: PKR 3: PAS 2. �

Pembahagian kuota itu dianggap sejajar dengan jumlah kerusi dimenangi parti-parti terbabit. Dengan 18 kerusi dimenangi DAP, sudah tentu parti itu menuntut bilangan kerusi Exco yang lebih. Bahkan, jika dinilai dari sudut itu sahaja, kerusi Menteri Besar juga sepatutnya menjadi milik parti itu. �

PKR menang tujuh kerusi, manakala PAS enam. Maka apabila PKR diberikan tiga kerusi Exco dan PAS dua (termasuk jawatan Menteri Besar), apa lagi yang perlu dipertikaikan? �

Ada pun taburan mengikut kaum daripada 11 orang itu, enam adalah berbangsa Cina, empat Melayu dan seorang India. �

Perkara ini dijadikan isu dan cuba diperbesarkan, terutama oleh pemimpin Umno Perak yang tidak pernah menyangka akan duduk di kerusi pembangkang. Kononnya komposisi Exco negeri itu tidak seimbang dengan taburan penduduk negeri tersebut yang 56 peratus berbangsa Melayu. �

"Pemerintahan kerajaan Perak kini dikuasai oleh bukan Melayu. Melayu kini sudah hilang kuasa di Perak walaupun dalam sebuah kerajaan negeri yang mempunyai Menteri Besar berbangsa Melayu daripada parti PAS," kata Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman. �

Barangkali beliau cuba membangkitkan sentimen kaum. Andaian itu semakin dijelaskan dengan kenyataan beliau seterusnya. �

"Sudah tentu DAP mempunyai kuasa yang lebih dalam membuat keputusan dan apa lagi yang diharapkan oleh orang Melayu dan Islam daripada kerajaan ini?" katanya, sebagaimana dipetik Mingguan Malaysia, Ahad lalu. �

"Saya harap kita tidak menjadi menang sorak, kampung tergadai," kata Adun Pangkor, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir pula. Secara sinis beliau berkata rakyat boleh menilai sendiri siapa sebenarnya yang memerintah Perak. �

Tidak cukup setakat itu, kalangan rakyat bawahan pula cuba diapi-apikan sentimen kaum itu. Akhbar Utusan Malaysia, Isnin (31 Mac) menyiarkan pula temu bual dengan masyarakat Melayu di Perak. Bagai diduga, ia tidak akan menyiarkan pandangan yang memperbetulkan keadaan. Sebaliknya apa yang dipaparkan menjurus kepada kecaman terhadap kerajaan negeri pimpinan PAS. �

Ruangan surat pembaca akhbar tersebut juga turut memuatkan pandangan dan lontaran fitnah berbau perkauman itu. Mangsa utama kesemua mereka ialah PAS, yang digambarkan gagal membela bangsa Melayu walau pun diberi kepercayaan menerajui negeri Perak. �

"Tiada apa yang boleh disesalkan lagi. Melayu kini sudah hilang kuasa di negeri Perak, walaupun dalam sebuah negeri yang mempunyai Menteri Besar daripada parti PAS," tulis seorang pembacanya. �

Inilah masalah dengan orang Melayu, terutama di kalangan pemimpin Umno. Asal saja ada masalah dengan soal Melayu, mereka cenderung meletakkan kesalahan kepada pihak lain, terutamanya PAS. Seolah-olah hanya Umno berbangsa Melayu dan hanya Umno yang memperjuangkan agenda Melayu. �

Untuk meletakkan kesalahan kepada pihak lain memang tidak sukar. Namun, sepatutnya dalam perkembangan dunia serba maju ini, lebih-lebih lagi seorang bertaraf wakil rakyat perlu merasionalkan hujah dan berpijak ke bumi nyata. Apakah masuk akal untuk menuntut sesuatu yang lebih baik daripada apa yang diputuskan kerajaan campuran itu dalam realiti politik di Perak kini? �

Bagi yang belum jelas keadaannya, perangkaan pecahan Adun-Adun Perak mengikut parti dan kaum wajar diteliti seadilnya. Berdasarkan parti, Barisan Nasional memperolehi 28 kerusi, iaitu 27 oleh Umno dan satu oleh MCA. �

Di pihak kerajaan negeri pula, telah disebutkan DAP memperolehi 18, PKR tujuh dan PAS enam. �

Jika dibahagikan mengikut kaum, jumlah Adun Melayu keseluruhannya adalah seramai 36 orang, Cina 18 dan India, lima orang. Malangnya, seramai 27 Adun Melayu adalah daripada Umno dan berada di pihak pembangkang. �

Maka jumlah Adun Melayu yang ada di pihak kerajaan hanyalah sembilan, iaitu enam daripada PAS dan tiga daripada PKR. �

Jumlah Adun berbangsa Cina di pihak kerajaan ialah 17, manakala India seramai lima orang. Ertinya komposisi mengikut kaum di pihak pemerintah ialah Melayu 9: Cina 17: India 5. Apa lagi alasan tersangat kukuh yang mahu diberikan bagi mewajarkan PAS atau PKR menuntut lebihan kerusi Exco, semata-mata atas dasar menambah kuota Melayu dalam kerajaan? �

Persoalan yang sepatutnya ditanya semua pihak, terutama mereka yang konon amat mementingkan soal ketuanan politik Melayu, ialah mengapa jumlah Adun Melayu di pihak kerajaan Perak begitu sedikit? Apakah PAS dan PKR tidak meletakkan jumlah calon Melayu secukupnya untuk memastikan Adun Melayu menjadi majoriti dalam Dun? �

Perlu diketahui bahawa PAS telah meletakkan 21 orang calon yang kesemuanya Melayu, tetapi menang hanya di enam kerusi. Ia menewaskan lima calon Umno dan satu calon MIC. �

PKR pula bertanding di 20 kerusi. Sebelas calonnya adalah Melayu, lima Cina dan empat India. Di kalangan yang menang, ada tiga Melayu, tiga Cina dan satu India. �

DAP pula bertanding di 18 kerusi. Calonnya 14 berbangsa Cina dan empat India. Tiada calon Melayu dari DAP. Ia menang kesemua kerusi ditandinginya. �

Ertinya, di pihak parti-parti kerajaan sudah ada 32 calon Melayu, iaitu masing-masing 21 daripada PAS dan 11 PKR. Tetapi mengapa hanya sembilan antara mereka yang menang? Jawabannya ialah kerana mereka dikalahkan calon BN. �

Siapakah calon BN yang mengalahkan mereka? Siapa lagi kalau bukan Adun-Adun Umno yang ada di Perak sekarang! �

Kuota pembahagian kerusi Exco Perak mengikut kaum kini masih boleh dibaiki sekiranya jumlah Adun PAS atau PKR berbangsa Melayu bertambah. Tiada cara lain selain Adun-Adun Melayu di pihak pembangkang (Umno) menyertai parti-parti itu. �

Soalnya, apakah mereka sanggup berbuat begitu demi ketuanan Melayu? Rasanya�payah la sikit kot.�Maka mahu tidak mahu buat masa ini semua pihak, terutama golongan yang terlalu mendewakan soal ketuanan Melayu di Perak perlu menerima hakikat yang ada. �

Penyelesaian lebih baik mungkin akan datang dalam masa empat atau lima tahun akan datang. Cukuplah beri undi kepada calon-calon Umno. Jika benar-benar mahu jumlah Adun Melayu di pihak pemerintah di Perak bertambah, pastikan semua calon PAS menang. �

Umno pula jangan menjadi batu penghalang kepada agenda PAS meramaikan Adun Melayu, jika ia benar-benar mahu ketuanan Melayu di Perak dipulihkan. - lanh



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: