Sunday, April 6, 2008

Pemimpin Bersama Rakyat Ipoh / penduduk dianugerahkan geran tanah

(Pimpinan PR, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)

ALHUSSEYN

Perhimpunan Pemimpin Bersama Rakyat

Satu perhimpunan rasaksa akan diadakan di Stadium Perak, di Ipoh pada 14 April ini , pada jam 8.00 malam.Demikian yang di maklumkan oleh sdr misbahul munir, selaku pengarah majlis tersebut.

Kelima-lima Menteri Besar dari negeri-negeri Pakatan Rakyat telah diundang untuk bersama dalam majlis tersebut.

Pastikan anda tidak kemana-mana pada hari tersebut, melainkan bersama kami di Stadium Perak nanti.Bawalah keluarga anda bersama.Kita jumpa disanaaaaa!

Umno masih bersyahdu dengan gurindam lamanya , yang konon-kononya hanya dialah yang mampu menerajui ummat Melayu. Mereka mendakwa mahu mengembalikan kekuasaan Melayu

Alahai Umno!

Adakah kekuasaan Melayu terhakis di Kelantan yang Menteri Besarnya , Tn Guru Nik Aziz , seorang Melayu Muslim?

Adakah kekuasaan Melayu terhakis di Kedah yang menteri Besarnya, Azizan Abd.Razak, serorang Melayu Muslim?

Adakah kekuasaan Melayu terhakis di Perak yang Menteri Besarnya, Mohd Nizar Jamaludinseorang Melayu Muslim?

Adakah kekuasaan Melayu terhakis di Selangor yang Menteri Besarnya, Abd Khalid Ibrahim,seorang Melayu Muslim?

Alahai Umno! Adakah kekuasaan Melayu terhakis di Pulau Pinang kerana Ketua Menteri nya orang Cina? Yang pernah masuk penjara kerana cubaannya membela nasib seorang budak Melayu dibawah umur yang telah dirogol oleh bekas Ketua Menteri Melaka Ketuanan Melayu dulu? Dan sejak bila pula orang Melayu Muslim pernah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang?

Alahai Umno! Tiba-tiba sahaja kekuasaan Melayu runtuh sejak Umno / BN yang kehilangan 2/3 kuasa di Parlimen selepas PRU-12 pada 8 Mac lalu?

Bukankah Umno/BN sendiri yang telah memporak perandakan Melayu, Cina , India bahkan apa sahaja yang ada diatas muka bumi ini �

Badan Kehakiman Negara , dimana peguam kaki arak boleh menuliskan keputusan penghakiman dan boleh mengatur perlantikan Hakim!

BPR, yang diamanahkan memantau amalan rasuah, tetapi lebih dikenali sebagai Badan Penerima Rasuah!Dimana bekas Ketua Pengarahnya dituduh oleh pegawai bawahannya sendiri terlibat dengan rasuah.

PDRM , dimana bekas Ketua Polis Negara , Tun Hanif Omar pernah menyifatkan nya sebagai � Pagar Makan Padi�; bergelut dengan masalah dalaman dan gerakan samseng Cina.

Kalau dah ketiga-tiga badan asas terpenting tersebut kong kali kong , ditambah pula dengan amalan Rasuah , Kroni & Nepotisma para pemimpin politik yang berkuasa apa nak diharapkan bagi sebuah negara yang sedang membangun seperi Malaysia ini?

Siapa pengkhianat Melayu di Pulau Pinang ,di Johor , di Sabah , di Perak dan di setiap pelusuk tanah air ? Mahu tahu jawapannya? Lihat di sini





Setelah 60 tahun menanti, penduduk dianugerahkan geran tanah
Johari Jaafar
Fri | Apr 04, 08 | 10:17:20 am MYT
IPOH, 4 April (Hrkh) - Selepas mengumumkan pemansuhan bayaran denda bagi kesalahan meletak kereta, dan kompaun bagi kesalahan penjaja pada 17 April lalu kini kerajaan Negeri Perak yang baru memberikan 'hadiah' lagi kepada rakyat khususnya kepada penduduk di kampung tersusun dan kampung baru dengan memberikan geran hak kekal kepada mereka.

ImageMenteri Besar Perak, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin semasa mengumumkan perkara tersebut dalam sidang medianya di Pejabat Menteri Besar menegaskan keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat sebagai tanda terima kasih kepada rakyat yang telah memberikan sokongan kepada ketiga-ketiga parti, DAP, PAS, dan KeADILan sehingga berjaya menewaskan BN dalam pilihan raya umum ke-12 yang baru lalu.

Pemberian geran hak kekal ini juga menandakan keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat terhadap masalah yang dihadapi rakyat di negeri ini, kerana itu sebagai Kerajaan Pakatan Rakyat semestinya keutamaan akan diberikan kepada rakyat terutama menyelesaikan apa juga masalah yang selama ini membelenggu dan membebankan mereka.

"Selama lebih 50 tahun berada di bawah pemerintahan BN, penduduk kampung tersusun dan kampung baru yang tidak mempunyai geran hak kekal, mereka hampir kecewa dan putus asa untuk mendapatkan geran hak milik, Kerajaan Pakatan Rakyat melihat masalah ini perlu diselesaikan segera kerana itu kerajaan yang baru ini membuat keputusan memberikan geran hak milik kekal kepada mereka,"jelasnya.

"Terimalah berita gembira ini dari Kerajaan Pakatan Rakyat sebagai satu 'hadiah' di atas kesabaran mereka menunggu begitu lama untuk mendapatkan geran hak milik kekal," ujarnya.

Sementara itui Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar dan Kerajaan Pakatan Rakyat yang begitu prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat terutama penduduk di kampung tersusun dan kampung baru.

"Penduduk di kampung baru telah mendiami kawasan itu sejak tahun 1948 lagi semasa negara menghadapi serangan dan anasir komunis, mereka cuma memperolehi tanah kediaman bertaraf tol , mereka telah memohon begitu lama untuk mendapatkan geran hak milik tetapi Kerajaan BN tidak memberikannya.

"Kini sudah 60 tahun mereka menanti geran hak milik kekal, keputusan yang tepat yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pastinya melegakan dan menggembirakan mereka kerana penantian selama 60 tahun kini telah berakhir,"ujar beliau. - mks.



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: