Tuesday, April 8, 2008

pembaikan dilakukan Umno/BN? / “Wang ehsan” model for Pakatan-controlled states?

(Pimpinan PR, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)

Ramai terpedaya dengan pembaikan dilakukan Umno/BN?
Tarmizi Mohd Jam
Mon | Apr 07, 08 | 11:19:00 am MYT
Langkah Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan yang baru - melakukan perubahan di RTM adalah jelas bukan untuk kepentingan rakyat tetapi untuk mengubati kebejatan Umno/BN setelah dibedal pengundi pada PRU 12 lalu.

Ini suatu perkara yang patut diperhalusi oleh semua pihak yang bukan Umno/BN, khususnya dari Pakatan Rakyat. Ahli, penyokong hinggalah kepada para pimpinannya.

Ruang yang diberi kepada bloggers dalam Berita Perdana Jam 8 juga bermaksud demikian. Jika tidak ada udang di sebalik batu, sudah tentu tidak semudah itu bloggers diutamakan oleh sebuah kerajaan seperti BN yang menyifatkan mereka adalah "beruk-beruk" sebelum ini.

Begitu juga pertemuan yang bakal diadakan dengan pengendali blog patut dilihat sebagai kekuatan di pihak Umno/BN yang bakal melemahkan keyakinan rakyat terhadap Umno/BN yang selama ini dianggap penindas dan kejam.

Dari satu sudut, ia kelihatan baik dan menarik untuk rakyat. Shabery mengemukakan alternatif dan menolak sikap buruk BN selama ini terhadap rakyat.

Tetapi sebenarnya tujuannya satu, untuk menggamit keyakinan ramai terhadap Umno/BN kononnya mereka kini sudah sedar dan mahu bersikap pro-rakyat. Berubah dan berubah.

Isu yang sama turut memperdaya ramai bloggers dan pimpinan politik (mana-mana peringkat) apabila menyertai "tsunami undur" yang menuntut anak Badawi berundur dari jawatan Perdana Menteri.

Sebahagian besar dalaman Umno memang mahu anak Badawi berundur. Mahathir, anaknya Mukhriz, Ku Li juga tidak ketinggalan, barangkali Rafidah Aziz, Idris Jusoh, Shahidan Kasim, Abdul Rahman Bakar antara yang mahu anak Badawi itu undur.

Agenda Mahathir, Ku Li dan ramai lagi, akan mengisi pengunduran tersebut selain memanggil semula sokongan rakyat terhadap parti yang dianggap keramat oleh orang-orang Melayu itu.

Tujuannya satu, untuk mengukuh, menguat, menyegar, meremaja dan memantapkan Umno serta Kerajaan BN. Sebab itu anak Badawi perlu diundurkan. Dengan pengunduran itu, Umno kembali teguh dan orang Melayu sedia bersatu.

Mengapa kita turut terhegeh-hegeh menyokong langkah tersebut?

Seolah-olah kita bersetuju anak Badawi undur? Seolah-olah suka sangat Khairy Jamaluddin tidak aktif di Tingkat 4, JPM? Seolah-olah kita mahu Umno kuat semula dengan menyokong segala pembaikan dalaman parti haprak itu. Bukankah itu semua aset penting kemaraan Pakatan Rakyat sekarang?

Walhal, pengunduran anak Badawi, sama macam pembukaan ruang oleh RTM terhadap Sidang Dewan Rakyat dan program bersama bloggers yang disediakan Shabery Chik itu.

Tujuannya satu, untuk memartabat kembali Umno/BN. Betul atau tidak, terpulang kepada anda semua!

Sudah tentulah pada masa sama, ia akan menggugat Pakatan Rakyat apabila rakyat terpengaruh, terpedaya dan terpikat dengan perubahan dan pembaikan drastik pro-rakyat yang sedang dilangsungkan oleh Umno/BN itu.

Jadi apa untungnya? Apa baiknya kita menyokong dan melihat perubahan serta pembaikan Umno/BN yang dianggap menyebelahi rakyat secara total itu?

Banyakkah faedahnya yang mampu dipungut oleh Pakatan Rakyat dengan pengunduran anak Badawi dan ketiadaan Khairy?

Apa pula impak yang diperolehi jika Ku Li pula yang menjadi Perdana Menteri selepas itu? Ini patut difikirkan agar kita memiliki kotak fikir yang sihat dan relevan!

Saya lebih bersetuju agar semua perkara itu disempurnakan oleh Kerajaan Persekutuan dari Pakatan Rakyat nanti, atau apa-apa yang boleh dilakukan di bawah bidang kuasa Kerajaan-Kerajaan Negeri kini seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Banyak pembaikan yang dulunya diburukkan oleh pentadbiran haprak Umno/BN kini, boleh diberi nafas baru dan dimajukan secara efisyen. Carilah idea kreatif agar rakyat terus mengikuti perkembangan, pembaikan dan pembaharuan dalam pentadbiran.

Itu lebih baik dan memberikan impak berpengaruh kepada Pakatan Rakyat dari menyokong apa jua perubahan dan pembaikan yang sedang dicanangkan oleh Umno/BN dalam membetulkan tanggapan serong rakyat terhadap mereka sebagai parti yang sudah tidak relevan.

Moga tiada suara kencang yang menyokong apa jua yang dilihat baik dari pihak Umno/BN, melainkan kita meletakkan suatu terjahan bahawa itu semua ke arah untuk mengembalikan kekuatan Umno/BN bagi menghentam, mengunyah, dan membaham Pakatan Rakyat dalam PRU ke-13 nanti.

Rasanya semua percaya, apa jua tindakan Umno/Bn sekarang bertujuan untuk "menyerang" Pakatan Rakyat. Untuk merampas kembali lima negeri yang terlepas dan menawan semula kawasan Dun dan Parlimen yang dikuasai Pakatan Rakyat!

Jika kita gagal sedar, bererti hancurlah Kerajaan-Kerajaan Pakatan Rakyat di lima negeri itu "ditelan" oleh perubahan dan nilai pembaikan yang sedang dilakukan oleh Umno/BN sekarang.

Ingat, strategi Umno/BN yang berselidung di sebalik projek kerajaan dan atas nama pembaharuan pro-rakyat itu, jauh lebih sulit untuk fahamkan kepada rakyat kelak. - mns





anilnetto.com

“Wang ehsan” model for Pakatan-controlled states?

The Star carries an alarming report today, the latest in developments which suggest that the BN-controlled Federal Government is looking into alternative models to by-pass the state governments in allocating federal funds to the various Pakatan Rakyat model states.

Federal Govt mulling over project mechanism in Pakatan states
JITRA: The Government is seeking a suitable mechanism to ensure the smooth implementation of federal projects in Pakatan Rakyat-held states, said Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Mohd Johari Baharum.

Mohd Johari, who said Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi had appointed him to monitor the implementation of these projects, said the Government wanted the people to receive the benefits.

Mohd Johari, who is Kubang Pasu MP, said the Prime Minister’s Department was studying the mechanism used in Sabah, Kelantan and Terengganu to be implemented in Kedah, Penang, Perak and Selangor.

“So far, we have found that the mechanism used in Terengganu is the most suitable for these states. However, we need to improve on the mechanism,” he told reporters at a thanksgiving feast organised by him and Bukit Kayu Hitam assemblyman Datuk Mohd Zaini Japar.

Mohd Johari also said the department would re-structure the village development and security committees in Kedah so that they could continue to give their services to the people.

He said they would receive allowances from the federal government in the same way that they received the allowance when Barisan Nasional ruled Kedah.

The BN must realise that federal money is the people’s money. After all, the money comes from the people (and companies) through various taxes and from OUR (not the BN’s) petroleum resources.

It is an insult to the people to think that only the BN can ensure that federal funds is used for the people’s benefit. From experience, many ordinary people felt otherwise and that is why the voted in droves for opposition parties.

It is about time that reforms are instituted to de-centralise the allocations of federal funds so that state governments, elected by local residents, have a greater say in how they are disbursed. “No taxation without representation.”

Unfortunately, the BN seems intent on moving us in the opposite direction, where state governments have less and less say in how the people’s money is being spent. If they think that is going to win back support for the BN from the people, they’ve got another thing coming… Political Tsunami II, perhaps?


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: