Monday, April 28, 2008

Pembaharuan BPR jangan hanya tinggal janji / The 'untouchable' multi-millionaire diesel smuggler

(Pimpinan PR, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)

Pembaharuan BPR dan kehakiman, jangan hanya tinggal janji - Nasharudin
Wan Nordin Wan Yaacob
Thu | Apr 24, 08 | 11:13:13 am MYT
KUALA LUMPUR, 24 April (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa mengalu-alukan pembaharuan yang diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung membebaskan Badan Pencegah Rasuah (BPR) serta mewujudkan Suruhanjaya Kehakiman.

PAS juga katanya menyambut baik keputusan kerajaan memberi pampasan kepada beberapa orang hakim yang pernah dipecat semasa krisis kehakiman dahulu.

Namun, kata beliau PAS tidak mahu pengumuman itu akhirnya akan menjadi seperti mana janji-janji Abdullah selepas menjadi Perdana Menteri pada tahun 2003 yang tidak tertunai hingga kini.

Melihat kepada reformasi yang kononnya mahu dilakukan itu, PAS meletakkan asas bahawa jika benar perubahan mahu dilakukan ia menuntut kepada kesungguhan PM sendiri dalam memastikan ia terlaksana.

"Kita bimbang cadangan ini hanya akan jadi seperti dahulu, justeru PAS berharap ia tidak hanya tinggal sebagai cadangan semata," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Bachok.

Merujuk kepada reformasi BPR, beliau yakin jika benar badan itu mahu diletakkan di bawah Parlimen, sebagai ahli parlimen beliau sendiri akan memastikan tiada fail-fail rasuah yang tersimpan.

Ujarnya, ia termasuk kes-kes yang pernah disebut sebelum ini yang dikaitkan dengan individu berprofil tinggi selain kes-kes membabitkan sanak saudara Perdana Menteri.

"Saya akan pastikan tidak ada fail-fail yang ditutup sebelum ini tersimpan," ujarnya.

"Jika sekalipun ada pemimpim pembangkang yang ada kaitan dengan kes rasuah, mereka perlu disiasat," katanya.

Namun persoalannya kini kata beliau, sejauh mana kesungguhan PM untuk melaksanakan apa yang dicadangkan itu kerana rekodnya sebelum ini tidak meyakinkan rakyat.

Selain itu beliau juga menyatakan cadangan PM ini adalah hasil dari tekanan yang dibuat PAS dan Pakatan Rakyat sebelum ini selain keputusan pilihan raya umum lalu yang menyaksikan rakyat memberi signal jelas kepada PM supaya melakukan perubahan.





The Malaysian Insider

The 'untouchable' multi-millionaire diesel smuggler
Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs officers inspect a diesel storage tank in Kampung Pasir Tinggi, Terengganu April 1. � Bernama pic

KUALA LUMPUR, April 27 � Some are businessmen. Some are triad members. Some are politicians. But they have a few similarities: they are politically- connected or enjoy the patronage of law enforcement agencies in their state or districts and they head some of the biggest diesel smuggling syndicates in Malaysia.
On average, each of them earns up to RM50 million a year from diverting heavily subsidised diesel from petrol stations or fishermen to factories and construction sites in Malaysia or to waiting barges and fishing boats headed for Thailand and Philippines.

Over the past two years, the government has been paying between RM20 and RM30 billion in subsidies so that certain categories of Malaysians can enjoy lower prices at the pump. But in reality much of the consignment of the subsidised diesel has not reached their target market. In short, billions of ringgit in subsidies in being wasted on Malaysia�s neighbours.

The Malaysian Insider understands that the Customs and other enforcement agencies have identified some of these big diesel smugglers. They know that they are based near fishing areas, sea ports and border areas like Pantai Remis, Malacca, Kuala Selangor, Prai and Bukit Kayu Hitam. A couple of the big operators are in East

Malaysia. The use of nanotechnology has even given the authorities the ability to pick out consignments of diesel being smuggled.

Still, the big players have been untouched by any enforcement action. The authorities have not acted against the syndicates for several reasons. Some of the syndicate bosses have political patronage and have not been afraid to show off their connections while others work "closely" with enforcement agencies officials in their areas. They have been known to offer RM8,000 per tanker to officials at the checkpoints to Thailand.

Also, all of them have fierce reputations and are known to have bodyguards or own firearms. So enforcement officials are wary of tangling with them.

The Insider has learnt that the use of nano markers has enabled the government to prevent about RM1 billion in subsidised diesel from being smuggled out of the country or diverted to consumers not entitled to get the subsidies. But this figure can easily hit RM5-RM10 billion if Customs, Domestic Trade and Consumer Affairs and police officials crack down on the big syndicate bosses.

Typically, the syndicates buy subsidised diesel from fisherman at RM1.50 per litre, 50 sen more than what the fisherman pays the government. They sell the smuggled diesel at RM2.30 per litre, 40 sen lower than the current market price of diesel. After taking into account transport and other expenses, they make a profit of about 60 sen per litre.

Interestingly, the diesel purchased by fishermen has almost tripled in the last three years from 320 million litres to 1.2b litres but without a corresponding increase in the fish haul. This suggests that many of the fishermen are selling their consignment of subsidised diesel to syndicates. In view of the food security crisis affecting Malaysia, the trend of fishermen not going out to sea is an alarming one.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: