Monday, April 7, 2008

PAS Perak cetak 50,000 borang ahli ekoran sambutan hangat

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com

Ekmal Yusof
Sun | Apr 06, 08 | 11:23:54 am MYT


TAIPING, 6 April (Hrkh) - Badan Perhubungan PAS Perak akan menyediakan 50,000 Borang Ahli bagi kemudahan mereka yang ingin menyertai itu, terutamanya kepada ahli-ahli Umno yang berhasrat meninggalkan parti tersebut.



"Borang tersebut yang dicetak sebanyak itu adalah sebagai memenuhi hasrat orang ramai untuk menyertai PAS selepas kemenangan Barisan Alternatif dalam PRU-12 lalu," kata Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang di Majlis Usrah, Markaz PAS Negeri, Air Kuning dekat sini malam tadi.



Tambahnya, Pejabat PAS Perak telah menerima beratus pesanan dan ada yang datang sendiri mulai hari pertama kemenangan BA di Perak.



Katanya, untuk memenuhi hasrat orang ramai itu, PAS Perak telah memutuskan untuk mencetak sebanyak 50,000 borang keahlian PAS untuk diedarkan.



"Tetapi dalam masa seminggu dua ini, kepada mereka yang ingin mendapatkan borang tersebut bolehlah memfotokopi borang lama bagi kegunaan sendiri atau untuk diberkan kepada kawan-kawan, " katanya.



Sehubungan itu, beliau mengingatkan kepada pimpinan Dewan Pemuda PAS supaya bergerak pantas mulai dari sekarang menggunakan kebijaksanaan dan daya kreatif mempengaruhi anak-anak muda remaja supaya mereka dapat mendamping diri dengan perkembangan perjuangan PAS.



Dalam perkembangan lain, Ustaz Ahmad menyatakan sempena negeri Perak bertukar kepada Kerajaan Barisan Rakyat yang Menteri Besarnya Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, PAS Perak akan mengadakan Majlis Kesyukuran di Pejabatnya, di Ipoh Raya, Ipoh pada 13, April ini mulai jam 9 pagi hingga 12 tengah-hari di mana Presiden PAS Dato� Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat akan turut hadir bersama dengan pimpinan PAS Pusat lainnya. - mns


Probable Source: Harakahdaily.net

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: