Wednesday, April 9, 2008

Nazri Masih Bongkak Jawab Soalan Rakyat

"Topeng Perak" poji2ya@gmail.com

Posted on Wednesday, April 09 @ 01:41:04 MYT by greenboc
Analisis Isu Oleh reformasi_muda

"a
Isu semasa RTM malam tadi menunjukkan lagi sikap bodohnya pemimpin UMNO yang bernama Nazri Aziz ini. Malam tadi walaupun dikritik oleh dua tiga orang pemanggil, beliau masih lagi bongkak dengan jawapan yang di berikan.

Apakah Nazri masih lagi mahu menjadi pembodek kepada Paklah setelah dahulunya membodek Tun Mahathir? Apapun.. Tahniah kepada pemanggil semalam, Keria yang memberikan sedikit pandangan bernas dan mantap.


Satu soalan dari Keria kepada Nazri adalah sikapnya yang agak kurang ajar kepada Tun kerana mengkritik dan menghentam bekas PM itu serta salah satu perkataan Keria "halau" yang pernah diucapkan Nazri kepada Tun adalah sungguh biadap.

"Orang yang banyak berjasa pada negara dan beliau sendiri tapi bila dah tak ada kuasa, Nazri sendiri kurang ajar pada Tun. Kenapa masa Tun membuat silap, nazri tidak menegur atau membetulkan keadaan. Mengapa masa tu menjadi Pak Turut. Bila Tun tak ada kuasa lagi, mengapa baru sekarang Nazri cakap yang Tun tak betul? Tak mustahil bila Pak Lah tiada kuasa kelak Nazri juga akan menghentam Pak Lah sepertimana Nazri menghentam tul. Sekarang ni apa yang Pak Lah buat, Nazri sanggup dan menjadi pak turut walaupun ada perkara yang tak disenangi oleh rakyat. Pemimpin mcm Nazri ini pasti akan di tolak rakyat dan terbukti." itulah antara kata-kata Keria.

Namun, yang menjelikkan adalah apabila Nazri menjawab dengan Masa Tun dulu lagi banyak benda yang tak boleh dan banyak melakukan kesilapan. Malah nazri juga memperlekehkan Keria dengan menyatakan yang Keria ni seorang yang tak tahu menilai. Malah, Nazri kata sikapnya dulu dan sekarang diterima rakyat, Buktinya "saya menang" kata Nazri.

Alahai Nazri, sudah-sudahlah dengan sikap bongkak anda itu. Nampaknya rakyat makin meluat dengan anda dan BN sendiri. Apapun, walaupun mahathir banyak buat salah, tapi kemajuan dibawah kepimpinannya tidak boleh dipertikaikan. sekurang-kurangnya hormatlah sedikit Tun. Sedarlah bahawa Nazri naik pun semasa kepimpinan Tun. Sekarang ni pun Nazri main kotor dengan berbaik dengan KJ kerana masa al-jazeera forum hari tu pun Nazri dengan menantu Pak Lah itulah yang menghentam BERSIH bersungguh-sungguh. Habuannya, masih kekal sebagai Menteri.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: