Thursday, April 3, 2008

Najib lemah macam Pak Lah / KINI Tun Mahathir Mulai MUSUHI

(Pimpinan BA, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)

Malaysiakini
Najib lemah macam Pak Lah
Nash Rahman | Apr 2, 08 11:26am
Kini tersebar berita mengenai wujud sebuah kumpulan yang sedang bergerak cegas di semua peringkat, mempelopori reformasi dalam Umno, menjelang pemilihan pucuk pimpinan parti itu Disember ini.

Malaysiakini difahamkan, gerakan ini ditunjangi barisan pemimpin Umno di peringkat akar umbi yang begitu kecewa dengan prestasi parti itu dalam pilihanraya umum 8 Mac.

BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Parlimen, apabila hanya mampu meraih 140 daripada 222 kerusi parlimen.

Barisan pembangkang memenangi 82 kerusi parlimen - PKR (31), DAP (28) dan PAS (23).

BN juga kehilangan tiga negeri yang dikuasai Umno - Kedah, Perak dan Selangor. DAP-PKR merampas Pulau Pinang daripada Gerakan dan PAS kekal menguasai Kelantan.

Malaysiakini juga difahamkan bahawa barisan pemimpin peneraju kumpulan tersebut kecewa kerana Umno sudah hilang kekuatannya dan terpaksa bergantung kepada parti komponen BN di Sabah dan Sarawak untuk menang dalam pilihanraya umum kali ini.

Daripada 54 kerusi yang dimenangi BN di Sabah dan Sarawak, 42 kerusi dimenangi oleh parti-parti komponen lain daripada Umno.

'Najib lemah'

Umno sendiri kehilangan 31 apabila menang 78 kerusi parlimen, berbanding 109 kerusi pada 2004. Prestasi parti-parti komponen BN di Semenanjung juga buruk apabila MCA hanya menang 15 kerusi parlimen, Gerakan (2) dan MIC (3).

umno 2007 najib and umno 061107Kumpulan ini juga difahamkan tidak senang dengan sikap timbalan presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang didakwa terlalu mementingkan kedudukannya dalam parti.

Menurut mereka, Najib tidak memainkan peranannya untuk menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara berkesan.

"Najib dilihat lebih mementingkan kedudukannya dalam parti, dan sering mengelak daripada mengulas apa-apa keputusan dan tindakan Pak Lah yang dilihat tidak baik untuk parti dan kerajaan," kata sumber-sumber yang rapat dengan gerakan tersebut.

"Kalau Pak Lah didakwa lemah dalam pentadbirannya, Najib lagi lemah kerana beliau tidak berani membuat teguran.

"Sebaliknya beliau dilihat lebih mahu menjaga supaya tidak kelihatan seperti melawan Pak Lah. Akibatnya, Umno kalah teruk dalam pilihanraya umum lalu," kata sumber-sumber itu lagi.

Di samping itu, tegas mereka, Abdullah tidak seharusnya 'berbangga' dengan pencapaian BN, khususnya Umno.

Punca alih sokongan

"Saya tidak faham mengapa Pak Lah kata BN masih kuat dan hanya kurang lapan kerusi (parlimen) untuk mendapatkan majoriti dua pertiga.

"Kalah sudah gagal mendapatkan majoriti dua pertiga, itu kalah teruk, kerana BN gagal menguasai Dewan Rakyat," kata sumber-sumber itu lagi.

Menurutnya, walaupun ramai pihak yang menyalahkan Abdullah, tetapi Najib juga tidak boleh "dilepaskan" daripada tanggungjawab tersebut.

"Sejak dilantik menjadi timbalan perdana menteri, Najib tidak kritikal langsung terhadap pentadbiran Abdullah, walaupun rakyat membantah seperti kenaikan harga minyak, kadar tol dan kos hidup yang semakin tinggi.

"Malah, sebelum pilihanraya umum lalu, tersebar berita bahawa kerajaan akan menaikkan harga minyak, kadar tol dan barangan lain selepas pilihanraya umum.

"Saya rasa ini merupakan punca utama rakyat memberi sokongan besar kepada pembangkang, kerana para pemimpin Umno sendiri, termasuk Najib tidak dapat berbuat apa-apa," katanya.

Sebaliknya, tambah sumber-sumber itu, pemimpin Umno termasuk Najib mesti menasihatkan Abdullah tentang implikasi tindakan seumpama itu, tetapi sebaliknya turut "mendendangkan" irama sama, bahawa "barangan di Malaysia, termasuk harga petrol" masih terendah di dunia.





SANGGAHTOKSAGO

KINI Tun Mahathir Mulai MUSUHI Anak Emasnya, NAJIB TUN RAZAK?

Mahathir tidak lagi percaya da yakin dengan sikap membuta tuli Najib terhadap Anak Badawi. Apakah kesannya kenyataan Mahathir itu terhadap Najib selepas ini?

By SA'ODAH ELIAS

TUN Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sudah berubah fikiran dan tidak lagi berpendapat Datuk Seri Najib Razak adalah calon paling layak mengambil alih jawatan Perdana Menteri akan datang.

"Walaupun dahulu saya kata Najib tetapi tidak tahulah mengapa, saya ubah fikiran," katanya apabila ditanya sama ada beliau masih kekal dengan pendirian bahawa Timbalan Perdana Menteri itu adalah calon terbaik untuk mengambil alih jawatan nombor satu negara.

Dr Mahathir berkata demikian pada sesi soal jawab selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Umno Pasca Pilihan Raya ke-12, Satu Penilaian anjuran portal mykmu.net di sini, Selasa.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata Kabinet dan majlis tertinggi (MT) Umno sudah tidak lagi relevan kerana keputusan penting melibatkan negara dan parti dibuat oleh pihak lain.

Bekas Perdana Menteri itu berkata Kabinet dan MT kini dianggotai hanya oleh orang yang hanya akan mengangguk dan mengiyakan keputusan, walaupun keputusan itu dipengaruhi oleh kaum keluarga Perdana Menteri.

Sambil mengulangi permintaannya agar Abdullah meletak jawatan kerana dikatakan bertanggungjawab terhadap pencapaian buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya yang lalu, Dr Mahathir berkata peralihan kuasa itu perlu kerana pemimpin hari ini sudah tidak tahu memimpin.

Dr Mahathir berkata Umno perlu dipulihkan bagi mengembalikan keyakinan rakyat, terutama orang Melayu terhadap perjuangannya dan Abdullah, katanya, perlu faham mesej daripada rakyat yang mahukan beliau mengundur diri.

"Jika sampai hancur baru hendak sedar, masa itu sudah tidak berguna lagi," katanya sambil menambah Abdullah juga telah silap mengadakan pilihan raya pada masa yang tidak sesuai.

Selain itu, Dr Mahathir mendakwa, pencapaian buruk BN dan Umno juga berpunca daripada pemilihan calon yang tidak menepati kehendak pengundi.

"Senarai calon bukan seperti yang dikemukakan negeri, tetapi apabila di bawa ke Pejabat Perdana Menteri, ia disemak oleh pihak tertentu di bilik sebelah.

Kesannya, ramai jaguh Umno disingkir, orang baru diberikan tempat. Inilah pembaharuan ala KJ (menantu Abdullah Khairy Jamaluddin). Ini antara sebab kita kalah lima negeri.

"Janganlah cuba kita bagi alasan yang tidak benar. Terimalah hakikat bahawa kekalahan ini disebabkan oleh pihak tertentu yang memberi ruang kepada kaum keluarga memerintah negara kita," katanya.

Beliau juga terus mengulangi sokongannya terhadap cadangan supaya diadakan mesyuarat agung luar biasa untuk membincangkan keadaan parti masakini, terutama bagi meminda perlembagaan Umno bagi menghapuskan sistem kuota dalam pemilihan jawatan tertinggi.

"Saya mengaku, soal undi bonus saya yang buat, tetapi pada masa itu ahli dan bahagian berani mencalonkan sesiapa sahaja. Hari ini ia sudah disalah gunakan," tambahnya.

Dr Mahathir berkata, jika usaha mengadakan mesyarat agung luar biasa itu berjaya, ahli Umno mesti memastikan ia tidak di manupalasi oleh MT dan perwakilan tidak akan "dibeli".

"Ahli Umno mesti berani. Jangan kerana takut pada pemimpin kita tidak sayang Umno. Tidak guna kita cakap sayang Umno tetapi takut. Kita mesti tolak kepimpinan yang membawa mala petaka," katanya lagi.

Beliau juga mencadangkan agar dikembalikan sistem majlis presiden dalam Umno bagi mengimbangi kuasa Presiden dan menasihati beliau agar beliau tidak lagi perlu mendengar nasihat daripada keluarga sendiri.

Melalui sistem itu, katanya, kuasa presiden akan dapat dikekang agar ia tidaklah terlalu besar sehingga menyebabkan apa yang berlaku hari ini.

Di minta mengulas tahap pengaruh Khairy di dalam pentadbiran Abdullah, Dr Mahathir berkata beliau sendiri tidak faham mengapa kebanyakan pemimpin Umno begitu takut kepada menantu perdana menteri itu.

Katanya, Khairy juga begitu berkuasa sehingga pernah mencadangkan agar beliau (Dr Mahathir) dipecat daripada Umno.

Ahli panel lain yang bercakap di forum itu anak beliau yang juga Ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz, ahli MT Datuk Seri Dr Khir Toyo dan Ketua Penerangan Umno Johor dan ahli Parlimen Batu Pahat Dr Mohd Puad Zarkashi. - mSTAR



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: