Tuesday, April 1, 2008

Najib & Khairy Undang Yahudi?

"Bukit Lintang" bukitlintang4@yahoo.co.uk


Posted on Tuesday, April 01 @ 07:34:22 MYT by greenboc
Analisis Isu Oleh bktpinang

"a
Apakah Najib akan ulangi insiden seperti yang pernah dibuat oleh Mahathir semasa membenarkan pasukan kriket Israel menjejaki bumi Malaysia? Ura-ura Malaysia menjemput pasukan Chalsea yang jurulatih dan seorang pemainnya berbangsa yahudi mungkin menjadi kenyataan apabila Najib sudah membayangkan hasrat mahu melihat pasukan Chalsea itu beraksi di bumi Malaysia pada penghujung bulan Julai nanti.

Kita jangan lupa peristiwa penyokong-penyokong PAS yang membantah kehadiran pasukan kriket Yahudi pada tahun 1997 yang mana pasukan Yahudi itu diberi layanan bagitu mesra oleh pemerintah UMNO tetapi rakyat yang membantah dikasari dan dihujani gas pemedih mata dan semburan kimia.
Lebih malang lagi apabila FRU dengan angkuh mengejar rakyat hingga ke dalam masjid dengan memakai kasut dan memukul jemaah yang sedang menunaikan ibadah. Ekoran kejadian itu beberapa orang penyokong PAS telah ditahan dilokap dan dikenakan tahanan reman.

Ayuh, Najib dan Khairy, jemputlah Yahudi itu datang dan kamu akan saksikan lebih ramai lagi bantahan-bantahan rakyat terhadap UMNO yang terang menyokong Yahudi. Dan UMNO jugalah yang mengibarkan bendera Yahudi dengan megahnya di bangunan PWTC ketika itu.

Kedudukan rakyat Israel bersama Chelsea diteliti

KUALA LUMPUR 31 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai kedudukan dua rakyat Israel yang akan menyertai pasukan bola sepak Chelsea beraksi di Malaysia pada 29 Julai ini.

Beliau berkata, keputusan yang bakal diambil akan mengambil kira mengenai wujudnya peraturan melarang lawatan rakyat negara itu ke Malaysia.

''Kita kena mengkaji perkara ini terlebih dahulu. Saya tidak pasti apakah keputusan yang akan dibuat, tetapi adalah menyedihkan apabila politik dicampur aduk di dalam sukan.

''Saya suka melihat Chelsea beraksi di Malaysia walaupun ia bukan pasukan yang saya minati memandangkan saya ini penyokong kuat Manchester United," ujarnya kepada pemberita selepas melancarkan prospektus Dayang Enterprise Holdings Berhad di sini hari ini.

Beliau mengulas langkah Juara Liga Perdana England (EPL) musim 2004/2005 dan 2005/ 2006 itu ke Kuala Lumpur termasuk aksi pada perlawanan persahabatan menentang skuad kebangsaan dalam siri Jelajah Asia.

Dua rakyat Israel itu ialah pengurus pasukan, Avram Grant dan pemain pertahanan, Tal Ben Haim.

Sebelum ini, Malaysia pernah membenarkan kemasukan pasukan kriket Israel bagi menyertai Kejohanan Trofi Persatuan Kriket Antarabangsa (ICC) pada tahun 1997.

Tambah Najib, kedatangan pasukan Chelsea berkenaan adalah baik untuk bola sepak tempatan.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, kerajaan tidak bercadang membenarkan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe mendapat perlindungan di Malaysia setelah parti beliau dikatakan kalah dalam pilihan raya negara itu. - Utusan


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: