Friday, April 25, 2008

MP Padang Terap

"Mohd Nawawi Bin Ismail" nawawii@tnb.com.my

Dulu beliau selalu di Kota Damansara ..tinggal di Paya Jaras..

AHLI PARLIMEN PADANG TERAP YANG PRIHATIN
Oleh: Tun Telanai - Laman M@RHAEN

Manusia dipilih oleh Allah menjadi Khalifahnya dibumi ini. Pada masa yang sama mereka dituntut supaya mengabdikan diri kepada-Nya dalam semua tindakan sama ada dalam urusan ibadah, urusan kehidupan dan sehingga urusan kematian. Pengurus mempunyai bidang tugas yang besar dan luas antara lainnya mengatur dan mentadbir pelbagai sumber anugerah Allah supaya dapat digunakan dengan sebaik-baiknya oleh umat demi kebahagiaan kehidupan mereka yang sementara di dunia ini dan saham bekalan bagi kehidupan mereka di akhirat. Maka sewajarnya setiap individu Muslim itu mempunyai akauntabiliti terhadap apa yang dilakukan. Lebih tinggi pangkat dan kedudukan dan lebih besar autoriti yang dipegang, maka lebih besar dan lebih beratlah akauntabiliti tersebut. Untuk itu Islam meletakkan garis panduan pengurusan dan kepimpinan yang baik iaitu berteraskan kepada penghayatan konsep khilafah, ukhuwwah dan tazkiyyah (Ismail Omar, Pengurusan Sumber Asli, IDMP, 2000).

Asas kepada kepimpinan Islam mestilah menjurus kepada 3 matlamat utama yang jelas iaitu (Mustafa Daud, 1996)


i. Akidah–hakikat kepimpinan itu adalah amanah Allah yang mempunyai implikasi kepada keimanan terhadap Rukun Iman yang enam yang pasti ditanya diakhirat. Yang berjaya memimpin dengan baik akan ke syurga dan yang tersasar akan ke neraka.

ii. Syarak–mengakui dan menurut setiap syariat dan undang-undang yang diperuntukan oleh Allah didalam sumber teragung iaitu kitab Al-Quran dan Al-Hadith. Pematuhanya dikelaskan sebagai suatu ibadah seperti yang dikehendaki oleh Allah bahawa manusia itu diciptakan untuk tujuan beribadah.


iii. Akhlak–ia adalah asas kepada kepimpinan Islam dan ianya mestilah bertunjang kepada aqidah dan syariat. Akhlak yang baik dan mulia secara langsung mencerna kepimpinan kearah kesempurnaan seperti yang dikehendaki oleh Allah swt.



TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN

Kepimpinan menurut perpektif Islam bukanlah suatu kedudukan yang boleh dianggap istimewa atau perlu direbut-rebut kerana ia sebenarnya lebih bersifat amanah. Rasulullah saw pernah mengingatkan Abu Dzar Al-Ghifiri yang memohon diberi suatu jawatan mentadbir wilayah Islam dalam sabdanya:


Maksudnya : Sesungguhnya kepimpinan itu adalah suatu amanah, pada hari kiamat ia merupakan kehinaan dan penyesalan kecuali bagi mereka yang menunaikan amanahnya dengan sempurna seperti yang telah dipertangunujawabka n.


Menyedari hakikat itulah, YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria, Ahli Parlimen [AP] Padang Terap telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai pemimpin yang diamanahkan pada PRU ke-12 lalu.


Pada hari Sabtu, 19 April lalu, jadual tugasnya paling ketat dari pagi hingga ke tengah malam. Sebelah pagi sehingga petang, beliau bersama-sama wakil rakyat PAS lainnya telah mengadakan perjumpaan dengan YAB Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan bin Abdul Razak di Daerah Sik, Kedah.


Saya telah mengaturkan satu program untuk YB Ustaz Nasir iaitu untuk menziarahi seorang pengasas PAS di sebuah Cawangan di Daerah Padang Terap yang uzur. Saudara Arshad bin Othaman telah diserang penyakit angin ahmar. Beliau kini lumpuh dari pinggang ke bawah. Sekarang beliau bergerak menggunakan kerusi roda.


Program ini bermula dengan sembahyang berjemaah maghrib dan diikuti penyampaian sumbangan peribadi merupakan bahan-bahan makanan dan duit sagu hati. Diakhiri jamuan ringgan. Selepas itu, beliau beredar untuk menghadiri dua lagi program yang melibatkan beliau di kampung yang berlainan dalam Daerah yang sama. Ikuti gambar-gambar keprihatinan beliau itu :


YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria Sedang Memberi Sumbangan


YB Ustaz Nasir Menunjukkan Keprihatinnya


Luangkan masa jenguk-jeguklah blog saya : http://tuntelanai. blogspot. com/


Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya satu lagi: http://demang. blogmas.com/

"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

- Tun Telanai



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: