Wednesday, April 9, 2008

MOHON SUMBANGAN PEMBINAAN SURAU

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com

Posted on Tuesday, April 08 @ 08:28:28 MYT by greenboc
Bahan Umum Oleh soudine75

"
Kami penduduk seksyen 6, Bandar Bukit Mahkota, Kajang mengalu-alukan semua penulis dan pembaca dan pengunjung tranungkite. net/ menghulurkan sumbangan bagi pembinaan surau di seksyen kami.


Sehingga kini pembinaan bangunan surau telah mencapai50 % lebih, hasil derma orang ramai dan penghuni seksyen 6. Kami berharap usaha ini dapat dijayakan bagi beribadat dan mengadakan aktiviti-aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan. Semasa sambutan maulid rasul baru-baru ini, kami telah menjemput YB Dr. Shafie b. Abu Bakar - ADUN Bangi, sebagai pertemuan mesra rakyat antara YB dan penduduk sekitar Bandar Bukit Mahkota.


Kos pembinaan dijangka melebihi RM 270,000.00 memandangkan kos bahan pembinaan. Kini AJK Pembinaan baru sahaja berjaya memungut lebih kurang
RM 150,000.00


Maklumat butiran surau :


Bendahari Surau : En Azarin Razalli
No Tel : 019 224 7300
Bank : Bank Islam Berhad
Nama Akaun : Surau Al-Buhairah
No Akaun : 0505 80100 7524


terima kasih kami ucapkan pada semua.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: