Monday, April 21, 2008

Malaysian Silent Racism - Good Reading material!

"r r" alternatif2007@yahoo.com

Tarikh : Sunday, April 20 @ 10:49:46 MYT
Topik : Analisis Isu


 Suka atau tidak Malaysian is one damn racist country. All of us regardless our races, kita memang racist.

Semua orang enjoy mamak food, Pembinaan masjid disebelah church, We celebrate pelbagai cuti perayaan, masing-masing ada kawan baik dari berlainan bangsa. All these do not prove that Malaysia is racist free country. Itu semua hanya perkara-perkara picisan. Trivia fact, sesuatu yang tidak penting. Pada hakikatnya kita memang racist.

Here my arguments.

Working Environment

How many times we saw employment ads by Chinese company stated they want fluent speaking Chinese language workers? All the time. Those who manage to sneak in and work for Chinese boss will also realize they have different salary scheme for Chinese and other races. That’s in corporate world, how about in government sector pula. Ohh… there are almost no non-Malays employees dalam kerajaan. Kalau ada pun berapa kerat sangat. Jangan nak tipu lah, pergi mana-mana bangunan kerajaan, boleh dibilang dengan jari jumlah pekerja bukan Melayu.

Entertainment Industry

Malays will always support Malays artist. Period. Ada la 2-3 muka penyanyi bukan Melayu yang berjaya curi-curi masuk, tapi sekali lagi boleh dibilang dengan jari. Biar aku cuba kira. Vince AF, Jaclyn Victor MI, Poetic Ammo, Francesca Peter itu sahaja. Aku tahu, even Sathia pun ada album, tapi aku bercakap pasal artis bukan Melayu yang popular dan berjaya menawan hati orang Melayu, tak ramai. Orang Melayu sukar nak terima penyanyi bukan Melayu. And how many non-Malay watch Malaysia made film? Kenapa? Sebab kita racist.

Business

Difficult or almost impossible for Malay to get good price from Chinese supplier and vise versa. No, that not myth or rumors. Itu memang true fact.Why? Because all of us racist.

Politic

Dengan still wujudnya parti berdasarkan kaum di Malaysia that a concrete prove that Malaysian memang racist. MIC will always fight for Indian community as MCA for Chinese and UMNO for Malays. Boleh ke Chinese nak masuk UMNO? Kenapa tidak boleh? Sebab kita semua racist.

News Headlines

Cuba baca laporan berita utama. Contoh:

“Chinese Guy Found Death”

“3 Exco Dari Bangsa Cina”

“Lelaki Melayu di Tangkap Membunuh Isteri”

Ok… that’s not the exact headlines, aku malas nak cari. But you guys mesti setuju dengan aku tajuk berita sebegitu pernah dilihat. Apa kaitannya lelaki yang dijumpai mati tu dengan bangsa dia? Kenapa bangsa exco tu yang diberi perhatian? Dan ada beza ke lelaki yang bunuh isteri tu kalau dia bukan Melayu? Nampak tak? Jangan salahkan wartawan, kerana itu kehendak public, pembaca, kita semua. Kita suka membaca berita pasal bangsa kita atau kegagalan bangsa lain. Betul tak? Kenapa? Sebab kita semua racist.

Sports

Mungkin tidak digembar-gemburkan sangat macam di negara luar, tapi sesiapa yang pernah pergi stadium bolasepak mesti pernah dengar macam mana orang Melayu kita kutuk player bola bangsa India. Aku yang bukan orang India pun pedih telinga dengar. Bigger picture pula, kita boleh lihat masih banyak lagi sukan di Malaysia yang dibahagikan secara tidak sengaja mengikut bangsa. Tidak ramai player Chinese dalam bolasepak, berapa kerat je Melayu masuk acara renang, sepaktakraw masih lagi hampir 100% dikuasai oleh Melayu sama macam basketball monopolize by Chinese selepas Sathiyaseelan bersara.

Government Campaign

Kerajaan dan NGO sibuk suruh kita bersatu padu. Lupakan perbezaan, fikirkan kesamaan. Jutaan ringgit dihabiskan supaya kita semua tidak bergaduh sesama bangsa. Kenapa? Kenapa perlu semua kempen ini? Sebab kerajaan dan NGO ini tahu kita semua racist dan perlu dibetulkan.


Ok… maybe sesetengah cerita diatas tidak 100% cause by racism. Mungkin ada factor-faktor lain yang menyumbang. Tetapi aku pasti kita rakyat Malaysia sememangnya racist. Cuma kita tidak berani mengaku dan masih bangga dengan keharmonian kita semua berbilang bangsa, kononnya.

Takpe lah, asal tiada kes bunuh-bunuh dan semua orang masih boleh hidup aman jom teruskan sifat racist senyap kita.



Dipetik daripada : www.akubetul. com


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: