Monday, April 21, 2008

Mad Said Dedahkan Penyelewengan Dana Khas - Minta Pusat Serah Kembali Duit Royalti

"Topeng Perak" poji2ya@gmail.com

Pusat Serah Kembali Duit Royalti PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh SM Noor
Monday, 21 April 2008
The image

Kuala Terengganu - Hari ini Dato' Mad Said, Menteri Besar Terengganu membuat satu lagi kejutan, membuat kenyataan 'membenarkan' kata-kata pimpinan PAS Terengganu

Beliau mendedahkan wujudnya salahguna dan penyelewengan Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) yang disalurkan terus kepada kementerian sekaligus memberi tamparan kepada dasar negeri Terengganu sebelum ini.

Agensi Bernama melaporkan, DKKP adalah nama lain bagi Wang Ehsan, sebenarnya adalah Royalti Petroleum sebanyak lima peratus, yang ditarik balik semasa PAS memerintah Terengganu pada tahun 2000.

The image Kementerian Kewangan pada 5 Sept 2000 mengumumkan menggantikan bayaran royalti kepada kerajaan Terengganu dengan wang ehsan yang disalurkan menerusi projek, dan tidak lagi disalurkan melalui kerajaan negeri.

Mad Said berkata, sejak DKKP diperkenalkan semua projek yang dilaksanakan tidak merujuk kepada kerajaan negeri, menyebabkan banyak projek yang dilaksanakan gagal memberi impak kerana tidak mengambil kira keperluan rakyat.

"Buat jalan dalam hutan dengan kos hingga RM50 juta hingga RM60 juta,
"kita hanya tahu tentang projek itu apabila ia mempunyai masalah seperti tanah ditarik balik dan sebagainya," kata Mad Said

"Ada projek yang kita rancang... kita akui. Tetapi ada projek yang kita tidak rancang. Tiba-tiba sahaja kita dengar ada projek yang kita dapat,
"Ini yang menjadi masalah... sebab terlalu banyak pihak yang menguruskan wang royalti kerana ia adalah wang ehsan." tambah Mad Said.

Menurut beliau apabila kementerian melaksanakan sesuatu projek, ia adalah berasaskan kepentingan kementerian semata-mata tanpa mengambil kira perasaan dan kehendak rakyat Terengganu, sedangkan wang yang dibelanjakan adalah wang rakyat.

Beliau berkata sudah tiba masanya wang royalti minyak sebanyak lima peratus, yang ditarik balik semasa PAS memerintah Terengganu pada tahun 2000, diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri bagi membolehkan lebih banyak projek pembangunan dijalankan untuk rakyat di negeri ini.

"Kita berharap Kerajaan Pusat kembalikan royalti itu, kita cakap terus teranglah... tidak boleh selindung lagi. Kita mengharapkan duit (royalti) dapat kepada kita," katanya ketika media di sini hari ini.
The image
"Saya cakap terus terang ada sesetengah projek yang saya sendiri secara peribadi tidak berpuas hati kerana dengan kos yang tinggi, tidak memberi keutamaan kepada rakyat sebaliknya orang lain tentukan bukan kita, sedangkan kita tuan rumah," katanya

Ahmad berkata jika Kerajaan Pusat menyerahkan kembali hak pengurusan DKKP, ia akan memudahkan kerajaan Terengganu membuat perancangan tentang projek pembangunan yang hendak dilaksanakan berbanding keadaan sekarang yang memerlukan permohonan dikemukakan terlebih dahulu.


Katanya kerajaan negeri mempunyai keutamaan sendiri dalam menentukan projek yang harus dilaksanakan terlebih dahulu dan jika wang itu ada pada kerajaan negeri, bajet dan perancangan akan menjadi lebih mudah.

Sebelum ini rakyat telah menyatakan tidak puas hati dengan projek-projek yang dibiayai DKKP termasuk pembangunan Pulau Duyong, penganjuran Monsoon Cup, pembangunan Pulau Wan Man dan Masjid Kristal kerana kos yang terlalu tinggi dan tidak memberikan banyak manfaat kepada rakyat.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: