Thursday, April 17, 2008

Maahad Ahmadi Gemencheh Rayu Mohon Bantuan

Sumbangan Derma Pembinaan Surau Maahad Ahmadi,
Gemencheh

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Maahad Ahmadi dalam
usaha untuk membina surau baru bagi menggantikan surau
lama yang uzur dan tidak mampu menampung jumlah jemaah
yang semakin ramai.

Untuk makluman, surau yang telah berusia lebih 30
tahun itu diperbuat daripada kayu dan hanya boleh
menampung seramai 500 jemaah dalam satu-satu masa
sedangkan jumlah pelajar sekarang telah menjangkau
hampir 1,000 orang.

Maahad Ahmadi adalah satu-satunya sekolah agama negeri
yang mempunyai pengajian ilmu-ilmu Islam dalam Bahasa
Arab sepenuhnya dan STAM. Mudah-mudahan maahad ini
mampu untuk melahirkan para ulamak yang menyebarkan
ilmu Islam dan memperjuangkan agama Allah di muka bumi
ini.

Mereka yang berminat untuk menyumbang, sila hubungi
Ustaz Fauzi 013-6715038 atau Ustaz Fuad 019-3941353

Laman web Maahad Ahmadi Gemencheh di
http://www.geocitie s.com/maahad_ ahmadi
Laman web Link Institusi-Institusi Agama Islam
N.Sembilan di http://puspa- ns.blogspot. com

Rozmal http://waghih. blogspot. com
Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmala ysia.net
Kelab AMAL NS http://amal- ns.blogspot. com
Institut Kajian Angkasa http://ikam- space.blogspot. com
Pusat Pendidikan As Saidiyyah http://puspa- ns.blogspot. com

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: