Friday, April 18, 2008

Lim Guan Eng, antara panel forum 'Islam yang Adil' anjuran PUM Johor

"Topeng Perak" poji2ya@gmail.com

Harakahdaily
Thu | Apr 17, 08 | 3:39:18 pm MYT

KUALA LUMPUR, 17 April (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama dengan tiga lagi Menteri Besar iaitu Mohammad Nizar Jamaluddin (Perak), Dato' Ahmad Said (Terengganu) , Dato' Abdul Ghani Othman (Johor) akan dijemput menjadi ahli panel dalam program forum 'Islam yang Adil'.


Forum anjuran Jawatankuasa Persatuan Ulama Malaysia (Pum) cawangan Johor itu akan diadakan di Dataran Dewan Undangan Skudai Johor Bahru pada 11 Mei depan.


Selain menteri besar dan ketua menteri tersebut turut dijemput adalah Yang di-Pertua PUM, Dato' Abdul Halim Abdul Kadir dan Presiden Teras, Azmi Abdul Hamid.


Forum tersebut akan dipengerusi penasihat PUM Johor, Ustaz Haron Tahir.


Menurut Pengarah program PUM Johor, Awwaluddin Juffery dalam satu kenyataannya, program itu diadakan sempena Maulidur Rasul 1429 Hijrah.


Katanya, pada sebelah malam pula penganjur yang sama akan mengadakan program ceramah bertempat di Jalan Dewata/Jalan Dato' Mohd said Sulaiman, Larkin Jaya, Johor Baharu.


Antara penceramah yang diundang dalam program tersebut ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahril Samad bagi mewakili Barisan Nasional dan wakil Pakatan Rakyat pula diwakili Prof Dato' Dr Haji Mahfodz Mohamed. - mns



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: