Wednesday, April 30, 2008

Laksanakan Amanah Rakyat Secara Jujur / Bayar Pampasan Kami

(Pimpinan PR, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)

Global Media Channel
Laksanakan Amanah Rakyat Secara Jujur, Berhemah - Tuanku Mizan


Written by Hisham Lokman
Tuesday, 29 April 2008
KUALA LUMPUR 29 April (Utusan Online) - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengingatkan Ahli-ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat supaya menjalankan tugas dan kewajipan yang diamanahkan oleh rakyat dengan ikhlas, jujur, amanah dan berhemah tinggi demi kepentingan negara.

Bertitah merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-12, Seri Paduka mahu setiap daripada mereka melaksanakan kepercayaan yang diberi oleh rakyat dengan mengambil bahagian secara aktif dan penuh tanggungjawab dalam semangat demokrasi berparlimen.

"Pilihan raya umum telah pun berlalu dan rakyat telah memberi mandat sekali lagi kepada kerajaan untuk mentadbir negara. Ahli-ahli Yang Berhomat hendaklah menunjukkan sifat dan tingkah laku terpuji agar nama baik Dewan yang mulia ini sentiasa terpelihara, '' titah Seri Paduka.

Tuanku Mizan diiringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Nor Zahirah berangkat menyempurnakan istiadat pembukaan rasmi Parlimen bagi penggal baru di sini, yang dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan kehormat sebelum diarak masuk ke dalam Dewan Rakyat.

Turut mengiringi Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia serta dua timbalannya, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee di samping Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri masing-masing hadir sama pada upacara itu yang dihadiri kesemua anggota Dewan.





ALHUSSEYN

Kelantan : Mohon Maaf Dan Bayar Pampasan Kami

KOTA BHARU : Kerajaan Negeri Kelantan berpendapat kerajaan pusat sepatutnya menyalurkan bantuan tertentu kepada negeri itu mengikut amalan sistem demokrasi dan oleh itu harus memohon maaf dan membayar pampasan atas kegagalan berbuat demikian, kata Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini.

Katanya, sejak PAS memerintah negeri itu selepas pilihan raya umum 1990, kerajaan pusat gagal menyalurkan peruntukan untuk program perumahan kos rendah dan bantuan kelengkapan peralatan untuk pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Terengganu sekarang ini pun minta kembali royalti minyak negeri itu. Kita ada hak untuk minta (peruntukan dan bantuan) kerana ia bayaran yang sepatutnya kami terima.

"Negeri lain dapat, kenapa Kelantan tidak dapat, sedangkan ini negara demokrasi," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, beliau membuat desakan itu memandangkan kerajaan pusat kini sudah sedar dengan kesilapan-kesilapan lampau dan sanggup membuat permohonan maaf.

Katanya ini termasuk kesediaan kerajaan pusat pimpinan Umno baru-baru ini memutuskan untuk membuat bayaran exgratia kepada bekas ketua hakim negara Tun Salleh Abbas dan beberapa hakim lain yang dipecat berikutan krisis kehakiman pada 1988.

Berita dan gambar dari Global Media



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: