Tuesday, April 29, 2008

Lagi Gerai Peniaga Diroboh DBKL

Dilulus terbit pada Monday, April 28 @ 21:12:03 MYT oleh SongkokPutih
Aduan @ Laporan Oleh edyesdotcom


"Pantai Dalam, 25 Apr 2008

 Lebih dari 15 gerai-gerai makan yang dibangunkan oleh penduduk PPR Pantai Ria dirobohkan oleh DBKL.


Tanpa perbincangan, tanpa notis, tanpa memberi ruang kepada penduduk PPR Pantai Ria, pekerja DBKL menjalankan 'tugas' merobohkan gerai2 tersebut.


Terdapat juga bantahan-bantahan dari penduduk dan peniaga namun pihak polis mententeramkan keadaan. (Gambar Hiasan sahaja)


Pihak DBKL hanya memberi peluang kepada pemilik gerai untuk mengalihkan barangan kepunyaan masing-masing sebelum meranapkan gerai dan membersihkan kawasan tersebut menjadi licin. Bagi pemilik gerai yang tiada di tempat kejadian, mereka tiada peluang untuk mengalihkan barangan mereka kerana tidak mengetahui perkara ini.


antara jentera-jentera pemusnah yang hadir termasuklah;

3 Kereta Peronda,
1 Jentolak
1 JCB/Beho
3 van DBKL
3 lori tiga tan DBKL
5 Pajero DBKL


Sebelum ini, pihak peniaga tersebut telah mengemukakan surat kepada DBKL berkenaan tapak gerai dan telah ditandatangan oleh 17 peniaga tetapi tidak pernah mendapat layanan dari pihak DBKL.


Untuk pengetahuan semua, kedudukan PPR Pantai Ria terpisah dari pekan kecil Pantai Dalam oleh landasan keretapi. Setelah gerai2 ini dirobohkan, TIADA langsung gerai makan dan gerai keperluan pagi untuk PPR Pantai Ria.


Penduduk PPR Pantai Ria terpaksa menyeberang landasan keretapi untuk ke kedai makan dengan melalui jejantas yang tinggi. jejantas tersebut juga tidak begitu selamat pada waktu malam kerana tidak diterangi lampu.


Bagi warga tua pula, amatlah menyusahkan untuk melalui jejantas tersebut untuk ke pasar Pantai Dalam.


Pada malam yang sama, wakil dari Ahli Parlimen Lembah Pantai iaitu Mr. Ong telah berjumpa dengan peniaga2 ini bagi mendengar penjelasan kekejaman DBKL.


Bagi saya, tidak salah jika orang melayu berniaga. Hanya kecil-kecilan sahaja bagi memenuhi keperluan penduduk setempat.


Sepatutnya pihak DBKL memberi ruang kepada penduduk PPR tersebut kerana rata2 pendapatan mereka adalah rendah dan ada yang tidak mempunyai pekerjaan.


Lokasi PPR tersebut juga menjadi faktor gerai2 ini dinaikkan kerana kepayahan menyeberangi landasan keretapi. Jika berlaku kemalangan di rel keretapi, siapakah yang disalahkan? sudah tentu si pelintas itu sendiri.


Kenapa peniaga-peniaga di kawasan cina tidak pernah diambil peduli tetapi peniaga melayu asyik menjadi mangsa ? salahkan orang melayu berniaga?


Apabila dibincangkan soal ekonomi, orang melayu juga dibodohkan kerana tidak terlibat dalam perniagaan. Tetapi apabila mula berniaga, gerai mereka pula dirobohkan tanpa sempat bersuara, tanpa notis dijaja.


DBKL sebagai wakil kerajaan sepatutnya lebih bijak menangani masalah seperti ini dan tidak bertindak seperti 'komunis' yang datang dan serang.


wallahualam


edyesdotcom


ps: gambar segerombolan DBKL tidak sempat diambil kerana hanya berada di tempat kejadian pada sebelah malamnya."


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: