Friday, April 11, 2008

Kudis Buta Umno Sudah Menjangkit ke MCA

"Pas Johor Bahru" pasjohorbahru@yahoo.com

Apa nak jadi dengan UmnoBN sekarang ini, sejak sebulan yang lalu setelah tsunami politik melanda tanah air dengan kemenangan Pakatan Rakyat di 5 buah negeri dan BN yang berjaya mengekalkan kuasa dengan kurang majoriti 2/3 masih tidak nampak lagi tanda-tanda perubahan yang baik untuk negara dibawah BN.
Nampaknya Umno sekarang tengah sibuk dalam usaha mereka untuk menyelamatkan parti mereka dari agenda penting untuk membangunkan negara. Kegagalan berunding diperingkat akar umbi menjadi antara sebab Umno disabotaj oleh ahli sendiri dalam isu menentukan calon-calon pilihanraya pilihan.
Sikap endah tak endah pimpinan Umno untuk mengadakan Mesyuarat Agung Khas untuk membincangkan post-mortem pilihanraya juga dilihat sebagai usaha untuk menafikan pandangan ahli akar umbi untuk mereform semula maruah Umno yang sudah tercalar akibat kekalahan 50 tahun yang memalukan.
Mereka melihat usaha Tengku Razaleigh Hamzah adalah usaha menangguk di air yang keroh. Sehingga hari ini masih ramai lagi ahli Umno berendam air mata dan tidak kurang yang tidak berani mengangkat muka kepada penyokong Pakatan Rakyat mengenangkan kekalahan mereka kepada Pakatan Rakyat yang selama ini dipandang tanpa ekor mata.
Gesaan dan desakan kepada Pak Lah untuk meletakkan jawatan sudah terdengar disana sini, masalahnya Pak Lah menyalahkan ahli Umno sendiri sebagai punca kekalahan, takpalah mereka sudah retak menanti belah dan berkecai.
Penyakit kudis buta ini juga tidak kurangnya juga sudahpun merebak ke parti komponen kedua terbesar BN iaitu parti MCA. Ramai penyokong parti MCA yang meragui kewibawaan Presiden MCA, Dato' Seri Ong Ka Ting untuk memacu masa depan parti itu seterusnya meraih sokongan yang sudah berbelah bahagi daripada ahli parti.
Menurut Penasihat Undang-undang MCA bahagian Khidmat Masyarakat dan Aduan, Dato' Theng Book bahawa 30 peratus ahli MCA yang aktif akan meninggalkan parti itu sekiranya Ong tidak meletakkan jawatan sebagai Presiden.
Menurut media berbahasa Inggeris, kempen 'Saving MCA' yang bermula di Selangor adalah merupakan salah satu usaha jelajah 'roadshow' untuk memberi tekanan kepada Ong setelah beliau dipertikaikan kerana bertanggungjawab dengan kekalahan MCA pada pilhhan raya umum lepas memandangkan beliau yang memutuskan sendiri senarai calon pilhan raya tanpa merujuk dan mendapat nasihat daripada ahli parti MCA yang lain.
Benarlah kata Dato Presiden PAS, Umno dan BN kali ini betul-betul sakit dan sukar untuk pulih kembali. Bagi kami kudis buta ini hanya bisa pulih sekiranya Umno kembali kepada ajaran dan turutan Islam dan parti-parti komponen yang lain berusaha untuk bersikap lunak dan telus kepada rakyat setelah sekian lama bersekongkol dengan Umno menipu dan menghisap darah rakyat.
Rakyat masih ada pilihan, masih ada cahaya dihujung terowong tinggalkan Barisan Neraka dan Barisan Karat marilah bersama Pakatan Rakyat...AllahuAkba r

Sumber : Jundullah


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: