Friday, April 4, 2008

Konsert Kasih oleh PENGASIH Malaysia

"fatim092002" patimah@bnm.gov.my

Konsert Amal Kasih
Konsert Kasih adalah satu konsert amal yang bertujuan bagi mengumpul
dana untuk Tabung Persatuan PENGASIH Malaysia. Melalui konsert amal
ini, badan korporat, jutaan, dermawan serta individu adalah di beri
peluang untuk bersama menyumbang di dalam melaksanakan program ini di
samping turut serta melaksanakan aktiviti-aktiviti yang akan
dilaksanakan oleh PENGASIH.

Melalui konsert ini, kami di PENGASIH Malaysia merancang untuk
mengadakan beberapa aktiviti bagi membantu kerajaan menangani masalah
social di negara kita, mungkin bagi sebilangan anda program ini
nampak membosankan tapi bagi kami di PENGASIH Malaysia, kami tidak
akan berputus asa dan berusaha terus dan merancangkan aktiviti tanpa
bergantung kepada bantuan kerajaan. Bagi kami mengadakan konsert ini
adalah salah satu cara yang sesuai bagi melaksanakan program dan
aktiviti dengan citarasa era baru.

Antara program yang di rancang adalah program yang bersangkutan
dengan anak remaja. Ini adalah kerana Anak Remaja adalah sasaran
utama kami, bagi kami cegah sebelum parah adalah sebaiknya dari
terantuk baru hendak mengadah.

Berikut adalah Program dan Aktivti yang akan di laksanakan bagi tahun
2008 hingga 2010. Program tersebut adalah Program Kenali Anak Anda,
Program Intervensi bersama Ramaja, Program Terapi Komuniti Sokong
Bantu Rumah PENGASIH.

Program Kenali Anak Anda
� Untuk membina Generasi Modal Insan Kelas Pertama
� Disasarkan terhadap Ibu-bapa
� Kempen di Media Massa secara besar-besaran
� Untuk memberi petunjuk-petunjuk penting mengenai anak-anak
serta tindakan sesuai yang perlu diambil
Program "Intervensi bersama Remaja"
� Kempen khusus untuk remaja
� Kempen Media Massa dan aktiviti secara besar-besaran
� Untuk membimbing remaja serta tindakan sesuai yang perlu
diambil
� Talian Hotline "Rakan PENGASIH" dan Interaktif E
Program Terapi Komuniti Sokong Bantu "Rumah PENGASIH"
� Membina komplek Rumah PENGASIH
� Program pemulihan Therapeutic Community
� Program pemulihan Therapeutic Community khusus untuk remaja
� Program After Care Rumah PENGASIH
� Program Drop in Centres dan Program Out Reach

Konsert Amal kaSih bersama Jamal Abdillah & Sallem
Pada : 11, 12 & 13 April 2008
Jam : 8.45 malam
Tempat : Dewan Pleno, KLCC

Oleh itu anda di luar sana adalah di jemput untuk bersama menjayakan
konsert amal ini, tempahan tiket boleh lah melalui PENGASIH Malaysia
dengan menghubungi Encik Abdullah Mohd Nor di 0193309698.

Jamal Abdillah Juara Bintang RTM 1978 sering menimbulkan kontrovensi
demi kontrovensi kini sering muncul secara berani di dalam program
program anjuran Persatuan Pengasih Malaysia. Beliau kini mendapat
suntikan semangat dari rakan-rakan senasib dengan beliau di Rumah
PENGASIH. Beliau amat bersyukur sekalipun berbagai kontrovensi dan
kisah suka duka melanda dan dipaparkan dalam media massa baik media
cetak atau elektronik, peminat masih setia dan tidak membenci Jamal.
Malahan tidak kurang yang berharap dan mendoakan semoga Jamal akan
berubah satu hari nanti. Oleh itu anda di luar sana, sekali lagi
djemput agar dapat menjayakan Konsert amal ini. Sokong bantu dari
badan korporat (seperti Petronas, Astro dan lain-lain)dan jutaan,
dermawan serta tidak kurang juga individu yang begitu perihatin
terhadap usaha murni kami.

Sokong bbantu anda saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Bagi membuat tempahan tiket, sumbangan dari badan korporat, sumbangan
dari Jutawan, Usahawan dan orang perseorangan, sila berhubung dengan
Encik Abdullah Mohd Nor di 0193309698

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: