Friday, April 4, 2008

Kisah Si Ketua Pengkhianat

"r r" alternatif2007@yahoo.com


Tarikh : Thursday, April 03 @ 17:04:34 MYT
Topik : Coretan @ Luahan


Apabila bersiap-siap si pahlawan pejuang rakyat untuk turun ke gelanggang yang dijangka Mei ini, maka senaklah perut si Ketua Pengkhianat , terketar – ketar umpama parkinson Si Panglima pengampu dan Skizofrenia lah Hulubalang pak turut si pengkhianat ini apabila akan berhadapan dengan jaguh-jaguh yang terkenal di ceruk rantau.

Walaupun ada diantara panglima pengkhianat negara ini mempunyai keris berbisa yang selalu diciumnya setiap kali perhimpunan terulung pengkhianat itu.
Gelanggang kali ini sudah berlainan, tidak ada lagi bukit-bukau dan gunung-ganang yang boleh melindungi Ketua Pengkhianat, tidak ada lagi panglima kanan yang boleh mempertahankan ketua pengkhianat kerana sudah gugur di panah petir, yang tinggal hanyalah panglima biasa yang sudah pun acap kali tewas di medan perang dahulu kala.

Ketua pengkhianat semakin gusar, panglima perangnya tidah segagah dulu, tidak semantap dulu, kini berebut pula kuda-kuda yang telah ditinggalkan oleh panglima terdahulu. Senjata pula semakin berkurangan, dicuri oleh pihak lawan dan ada yang hilang begitu saja akibat hulubalang yang kerap kali tertidur. Peluru juga dibazirkan begitu saja, maka Ketua pengkhianat memanggil semua pahlawan pengampu dan hulubalang pak turut memberi amaran dan nasihat supaya bersedia mempertahankan diri daripada diserang pihak lawan.

Panglima pengampu dan hulubalang pak turut merasa pelik dan hairan, kerana sekian lamanya menyerang kini mereka pula akan bertahan.
Ilmu mereka hanya setakat menyerang dan bertahan secara tidak sengaja akibat pertolongan bukit-bukau dan gunung-ganang, kini mereka tiada lagi. Ini sudah parah, bagaimana hendak berhadapan dengan pejuang yang mahir menyerang dan mempertahankan bukan setakat diri mereka malah seluruh rakyat nusantara.

Ketua pengkhianat bingung dan bangang memikirnya yang selama ini tidak tercapai akalnya kerana sudah lama tertidur di dalam gua bersama jin peliharaannya.Maka bersiap-siaplah ketua pengkhianat untuk terbang bersama jin ke pasir berdengung di pulau yang sudah pun ditawan oleh pejuang rakyat.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: