Wednesday, April 30, 2008

Kisah dari Sabah

Topeng Perak" poji2ya@gmail.com

Dilulus terbit pada Wednesday, April 30 @ 09:42:08 MYT oleh greenboc
Pelbagai Oleh lambunau

"a
KENINGAU : Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Sairin Hj Karno berkata,masih ramai rakyat yang tinggal di kawasan pedalaman tidak pernah menonton televisyen,berikutan kesukaran menerima siaran daripada stesen penyiar.

Membaca berita dari New Sabah Times (28 April 2008) dengan tajuk "Ramai penduduk pedalaman tidak pernah menonton TV" membuatkan saya terpanggil untuk membuat sedikit coretan sebagai renungan untuk kita kongsikan bersama. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru, malah saya sendiri pernah mengalaminya suatu ketika dahulu dan kini orang tua saya yang masih di kampung bergantung kepada perkhidmatan berbayar ASTRO untuk mendapatkan siaran TV yang lebih jelas.


Alangkah malangnya menjadi rakyat di negara yang telah 50 tahun merdeka tetapi tidak dapat mengecapi sedikit nikmat kemerdekaan seperti yang dinikmati oleh orang lain. Kehidupan rakyat asing yang berhijrah mencari rezeki membanjiri tanahair kita mungkin lebih baik daripada mereka. Untuk mendapatkan siaran TV yang sepatutnya percuma, masyarakat pedalaman pula perlu mengeluarkan belanja sekurang-kurangnya RM50 sebulan. Jika hendak meminta kerajaan memberikan subsidi kepada mereka ini pastinya tidak sesuai pula.

Isu siaran TV yang tidak jelas ini hanyalah satu isu kecil daripada pelbagai isu lagi yang membuatkan kita tertanya-tanya apakah mereka yang berada di kawasan pedalaman itu hanya diperlukan ketika pilihanraya sahaja? Mungkin pihak berkuasa melihat mereka ini tidak ada apa-apa sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara, maka seharusnyalah mereka dipinggirkan.

Kerajaan telah lupa ataupun buat-buat lupa bahawa hasil balak dari kawasan pedalaman inilah yang mula-mula menjadi pemacu ekonomi Sabah di awal kemerdekaan dahulu sehingga politik Sabah sentiasa panas kerana menjadi rebutan bukan sahaja di kalangan ahli politik Sabah tetapi juga mereka dari negeri lain yang ingin menumpang semangkuk hasil kekayaan bumi Sabah pada masa itu.

Seharusnya pedalaman tidak terpinggir setelah puluhan tahun membekalkan hasil balak yang pastinya mencecah angka bernilai billion ringgit kepada ekonomi negeri dan negara. Situasi ini mengingatkan saya kepada hasrat kerajaan negeri Sabah (pemerintahan PBS) pada tahun 90-an yang ingin memiliki stesen TV sendiri. Mungkin perkara ini perlu ditimbulkan semula.

Itu cuma sekelumit kisah dari negeri di bawah bayu, banyak lagi kisah yang lebih menyedihkan selain cerita tentang tv. Mungkin di lain hari kita boleh berkisah mengenai keadaan jalanraya yang tidak patut digelar jalanraya, kisah sekolah yang daif, dan pelbagai lagi kedaifan yang seharusnya tidak lagi wujud setelah 50 tahun merdeka, apatah lagi kini bercita-cita hendak menuju negara maju.

Seorang teman yang geram dengan keadaan pembangunan tidak seimbang antara Sabah dengan negeri-negeri lain di Malaysia pernah berkata, " Malaysia perlu membuat pilihan untuk menjadi negara maju, pilihan pertama memajukan negeri Sabah sama seperti negeri lain yang maju, atau pilihan kedua, lepaskan sahaja Sabah agar ia tidak menjejaskan status negara maju Malaysia."

http://asam- lambunau. blogspot. com


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: