Wednesday, April 9, 2008

KESELURUHAN SISTEM BERADA DI TELAPAK KAKI BN

"Topeng Perak" poji2ya@gmail.com

Posted on Wednesday, April 09 @ 01:18:13 MYT by greenboc
Artikel Oleh usamabenladen

"a
Keseluruhan Sistem Pentadbiran Negara dulu, kini dan akan datang masih lagi berada di bawah telapak kaki BN. Tiada jalan lain kecuali menumbangkan REJIM tersebut agar keseluruhan perjalanan sistem negara akan dipulihkan.

Jawapan yang diberikan olek Ketua Pengarah Siasatan BPR yang memegang jawatan sejak tahun 1996 untuk kes campur tangan Mahathir jelas membuktikan BPR masih lagi belum merdeka dan masih lagi diinjak-injak oleh BN. Muhasabah dan keterbukaan kini hanya satu retronik dalam usaha memastikan media mendapat sokongan untuk dikhianati pada masa akan datang.

Kenapakah masih percaya kepada manusia yang selama ini berdusta, rasuah, ego, bongkak serta memilih kasih dan mengamalkan dwi standard dalam pentadbiran yang ditunjangi oleh UMNO. Kes Mahathir campurtangan dalam BPR adalah secebis dari himpunan kisah-kisah kebobrokan BN dalam mentadbir Negara selama ini..

Kisah-kisah ini akan menjadi lagenda seandainya BN masih lagi memegang kuasa kerana ianya akan dijadikan Barter Trade kepada mereka yang memilki kuasa.. Selagi BN memegang kuasa jangan harapkan keadilan akan berpihak kepada rakyat apatah lagi Najib berkuasa maka kisah-kisah ini akan diperdagangkan bagi menguasai seseorang ataupun untuk membunuh karier politik seandainya manusia tersebut berpaling tadah..

Terdapat masih banyak kes-kes misteri yang dalam gengaman BPR atau Polis tetapi hanya akan digunakan bilamana yang tertuduh derhaka atau berpaling tadah. Pelbagai file masih lagi dipegang sebagai kartu terakhir untuk dibuka bila terdesak�Alangkah cekap dan hebatnya BPR bilamana dalam kes Lojing di Kelantan sekadar membangkitkan di sidang DUN maka BPR berlari , berkejar untuk membuat siasatan walaupun belum dibuat aduan rasmi. Alangkah effisiennya BPR kes YB PAS Affendi disiasat hanya berdasarkan tuntutan yang tinggi dan melampaui keraguan�Atau BPR sendiri perlu mendakwa saksi kes Linggam yang menfitnah BPR memberikannya RM 3,000.00 kerana BPR adalah badan yang paling "telus dan amanah" serta memiliki kewibawaan seumpama kata Linggam "Itu nampak macam telus, amanah, bersih dan cekap".

Apakah BPR lupa bahawa mana-mana penjawat awam sekiranya gagal membuktikan bahawa harta dan pendapatan yang dimiliki dengan munasabah maka itu boleh dikatogerikan RASUAH hanya PENJAWAT AWAM TERSEBUT GAGAL MENJUSTIFIKASIKAN HARTA ATAU KEKAYAAAN YANG DIMILIKINYA TANPA PERLUKAN PENYIASATAN TERPERINCI�..
HARUSKAH KITA MEMBIARKAN PIMPINAN BN YANG BERSALAH BERLELUASA SEDANGKAN GOLONGAN BAWAHAN YANG BERSALAH DIKENAKAN HUKUMAN YANG BERAT

Disenaraikan kes-kes yang perlu diingati sebagai cebisan kisah pengkhinatan UMNO selama ini dalam 50 tahun menjelang usia kematianya�.Kisah ini tidak akan habis seandainya BN masih lagi memegang tampuk pemerintahan Negara dan seluruhan jabatan kerajaan masih lagi dijajah oleh politik UMNO. Masih ingatkan bekas pengarah FELDA Hassan yang namanya hanya sebagai lagenda dan mitos bagi pengamal rasuah dalam instrument kerajaan�

Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan nama, UMNO perlu mati untuk meninggalkan keadilan dan kebebasan untuk Malaysia�.Disenaraik an kes yang perlu disiasat agar Melayu Haprak BPR dapat mengingati semula kes-kes tersebut:

1) Aduan rasuah Mat Khir Toyo oleh Ahmad Lufti.
2) KES Maika Corporation � Samy Vellu,
3) Kes agihan saham Rafidah Aziz.
4) Kes Komisen kapal selam � Najib.
5) Kes Pembunuhan Man Datuk.
6) Kes Norita..
7) Skandal BMF
8) Skandal Anak pimpinan MCA memperolehi kekayaan luarbiasa.
9) Skandal PPRT..
10) Skandal Perwaja Steel


Dan Pelbagai kes yang masih selamat ataupun tak dijangkakan macam kes Kasitah Gaddam. Perkara ini akan disimpan oleh pimpinan UMNO sebagai alat ugutan atau pembunuhan karektor untuk memastikan mereka tunduk dan taat kepada Sistem yang berteraskan TAGHHUT ini...



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: