Friday, April 4, 2008

Keris Telanjang Akan Bertukar Tuan

"Pas Johor Bahru" pasjohorbahru@yahoo.com

Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan agung parti itu Disember ini mengikut sidang media yang beliau adakan sebentar tadi.

Kekosongan jawatan itu dikatakan akan ditandingi oleh menantu Pak Lah Khairy Jamaluddin,anak Tun Dr Mahathir Dato Mukhriz Mahathir dan yang paling baru bekas Menteri Besar Selangor Dato Seri Mohd Khir Toyo.

Sepanjang 8 tahun Hishamuddin memegang jawatan Ketua Pemuda beliau dilihat sebagai seorang yang berani dan kontroversi di Perhimpunan Agung Umno menghunus keris dan mengucup keris yang menjadi kemarahan dan tidak senang parti-parti kaum Cina dan orang-orang Cina itu yang katanya untuk mempertahankan ketuanan Melayu adalah lakonan yang sudah tidak relevan.

Biarpun beliau berkali-kali menghunus dan mencium keris sebagai simbol ketuanan, beliau turut sama membunuh Bahasa Melayu dalam pembelajaran Matematik dan Sains.

Tidak cukup dengan itu sepanjang beliau menjadi Menteri Pelajaran politik ugut yang diamalkan di bawah kementeriannya melalui sekolah-sekolah dan amalan rasuah tender dan projek pembekal untuk sekolah menjadikan beliau dilihat sebagai tidak layak untuk menjadi Menteri Pelajaran.

Beliau kini masuk 2 penggal bertanding di Parlimen Sembrong tempat dimana pengundi-pengundi yang kurang pelajaran(kawasan hulu)mengundi beliau untuk menang besar dalam setiap kali pilihanraya umum.

Dengan ini kita akan melihat pertandingan 3 penjuru dengan muka-muka baru ini yang dilihat sebagai penyelamat kepada Pergerakan Pemuda Umno untuk menyelamatkan maruah setelah dikecam hebat oleh Parti MCA dan Gerakan yang sangsi dan curiga dengan agenda Pemuda Umno.

Perlu diingat mereka bertiga ini juga sangat kontroversi. Hishamuddin pula dikatakan akan menjadi pencabar dalam merebut jawatan Naib Presiden Umno, makanya selepas ini kita akan melihat siapa yang kena....

Sumber : Jundullah


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: